Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Ogos 24, 2011

Liwat II: jika ianya konspirasi kerajaan, apa dia peranan yg dimainkan oleh 15 saksi??

"Uuuiiii!!! tengok apa tuh?"
Apabila Anwar Ibrahim mendakwa dan menuduh kononnya kes liwat II yang sedang beliau hadapi ketika ini adalah merupakan satu bentuk konspirasi oleh pihak kerajaan Barisan Nasional serta UMNO bertujuan untuk memenjarakannya lalu ramai juga pihak yang terus percaya mengenai dakwaan itu tambahan pula setelah Anwar serta para pegumabelanya berjaya mengheret sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Melaka Datuk Rodhwan Mohd Yusof dan sebelas orang lainnya ke dalam kes liwat II beliau.

Justeru itu, kepada Anwar Ibrahim sendiri yang menuduh serta juga mereka yang masih percaya bahawa kononnya kes liwat II itu sebagai muslihat atau konspirasi jahat pihak BN/UMNO untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar, maka bagi pihak kita perlulah untuk menimbulkan beberapa persoalan mengenainya terutama sekali tentang peranan setiap seorang daripada 15 orang saksi yang dimaksudkan termasuklah Perdana Menteri dan Isteri sehingga mereka berjaya memerangkap Anwar Ibrahim dengan menggunakan wajah tampan Mohd Saiful sebagai umpan untuk menggoda dan menjerat beliau yang akhirnya menimbulkan perasaan ghairah mahu berbuat sesuatu ke atas Mohd Saiful sehingga membawa kepada berlakunya kejadian liwat itu.

Sejauh mana kita mampu melihat berkenaan dangan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap orang daripada 15 orang saksi itu iaitu dari awal konspirasi digerakkan sehinggalah di saat Anwar Ibrahim masuk perangkap sebaik saja soalan dalam bahasa Inggeris "Can I Fuck You Today" terpacul dari bibir Anwar dan dilontarkan kepada Mohd Saiful menyebabkannya menjadi sangat terkejut dan kaku serta ketakutan. Saya sedang cuba untuk mereka-merekakan beberapa persoalan berkaitan dakwaan kononnya kes liwat II itu sebagai "konspirasi jahat kerajaan" dan bagaimana atau dari sudut manakah kita akan mendapat jawapanya. Mari kita melihat beberapa kemusykilan ini,

(1) Siapakah di antara mereka(15 orang saksi) itu yang mula sekali berjaya mempengaruhi Anwar agar menerima Mohd Saiful bekerja sebagai pembantu peribadi beliau? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassan dan 12 orang lagi mereka yang lain?

(2) Siapakah di antara mereka(15 orang saksi) itu yang berperanan mencadangkan kepada Anwar agar sering memabawa Mohd Saiful ke mana saja dia pergi termasuklah ke luar negara? Adakah DS Najib juga, DS Rosmah, TS Musa Hassan atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(3) Siapakah di antara mereka(15 orang saksi) itu yang memainkan peranan mengaturkan jadual serta waktu untuk mesyuarat Anwar di unit 11-5-1 kondominium milikMohd Hasanuddin itu? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassan atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(4) Siapakah di antara mereka(15 orang saksi) itu yang memberi idea agar penggunaan katalaluan "mokhtar" kepada Mohd Saiful sebelum mahu masuk ke unit 11-5-1 kondominium berkenaan? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassn atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(5) Siapakah di antara mereka(15 orang saksi) itu yang telah menyedia dan membekalkan dokumen-dokumen yang dibawa oleh Mohd Saiful untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim semasa pertemuan di dalam bilik unit 11-5-1 di kondominium tersebut? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassan atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(6) Siapakah diantara mereka(15 orang saksi) itu yang telah menyediakan kuih karipap di atas meja serta mengarahkan Mohd Saiful agar menuruti segala kehendak Anwar setibanya di unit 11-5-1 kondominium milik Mohd Hasanuddin itu? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassan atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(7) Siapakah diantara mereka(15 orang saksi) itu yang telah mengatur supaya Anwar perlu berada di unit 11-5-1 pada waktu sementara menanti kehadiran Mohd Saiful ke lokasi? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassan atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(8) Siapakah diantara mereka(15 orang saksi) itu yang peranannya untuk memperdayakan Anwar Ibrahim hingga menyebabkan beliau tertarik dengan wajah jambu Mohd Saiful lalu menaikkan selera atau keinginannya untuk berasmara dengan Mohd Saiful? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassan atau 12 orang lagi mereka yang lain?

(9) Siapakah juga diantara mereka(15 orang saksi) itu yang punya peranan besar untuk memastikan supaya Mohd Saiful berjaya membuat iman Anwar Ibrahim tergoda dengan ketampanan wajahnya lalu menimbulkan keinginan Anwar untuk meliwat Mohd Saiful? Adakah DS Najib, DS Rosmah, TS Musa Hassn atau 12 orang lagi mereka yang lain?

Pelik sekali, bagaimana Anwar Ibrahim, orang yang telah diisyitiharkan oleh isterinya sendiri DS Wan Azizah sebagai "Anugerah Tuhan" kepada seluruh rakyat Malaysia boleh digoda, boleh diperdaya dan boleh pula masuk ke dalam perangkap konspirasi BN dan UMNO dan lebih malang lagi apabila Anwar sendiri tidak sedar yang dirinya telah digunakan sebagai "perkakas" utama dalam menjayakan konspirasi berkenaan.

Bagaimana Anwar boleh tidak perasan atau boleh tidak sedar betapa beliau telah menjadi "alat dan perkakas "konspirasi BN/UMNO" itu untuk menjahanamkan karear politiknya sendiri kalau benarlah beliau tidak mempunyai keinginan nafsu seks yang songsang dan kalau benarlah itu satu konsprasi maka sudah pastilah beliau sedaya upaya akan cuba untuk mengelak agar tidak masuk ke dalam perangkap namun lainlah sekiranya keinginan seumpama itu kalau sememangnya sudah tertanam sejak lahir didalam diri sendiri tentulah sama seperti orang yang sedang mengantuk disorongkan bantal...mau saja!!!

Arkib Blog