Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, November 21, 2012

Isu 3 anggota PDRM: jangan sampai jadi seperti isu video ketuk ketampi!

Semua orang tentu masih ingat lagi dengan isu "video ketuk ketampi" yang heboh dan hangat sekitar tahun 2006 apabila didakwa bahawa pihak polis kononnya telah menyiksa dan mendera seorang wanita warga negara China dengan memaksanya berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam sel tahanan dan lebih teruk lagi apabila aksi telah dirakam menggunakan kamera video dan dan disebarkan di internet.

Kejadian itu juga telah memaksa kerajaan Malaysia menebalkan muka apabila menghantar wakil ke China bertujuan untuk meminta ampun dan maaf daripada kerajaan China kerna kononnya Malaysia dan PDRM khususnya telah melanggar hak asasi manusia terhadap warga negara tersebut walaupun kes itu sebenarnya masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa di negara ini dan belum pasti lagi samada ianya benar melibatkan warga China ataupun sebaliknya.

Setelah siasatan selesai dijalakan oleh pihak Polis ternyata wanita berkenaan bukannya warga China tetapi sebaliknya adalah wanita rakyat tempatan iaitu warga Malaysia sendiri yang terlibat di dalam kes tertentu.

Oleh itu, apabila mengikuti isu tiga anggota polis di Pulau Pinang yang dituduh kononnya telah merogol seorang wanita Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia, maka saya teringat kembali kepada isu video ketuk ketampi yang pernah menggemparkan negara seketika dulu dan saya tidak menolak kemungkinan ada unsur-unsur yang sama berlaku dalam isu yang melibatkan pihak PDRM ini namun apa-apapun biarlah siasatan menemui jawapannya.

Maksud saya mungkin ketiga-tiga polis itu sebenarnya yang menjadi mangsa, mangsa keadaan...sebab sekarang ini semakin ramai warga asing yang berani bertindak merogol undang-undang negara kita. Hidup PDRM !!!

Arkib Blog