Tentu semua masih ingat yang calon DAP untuk PRK Bandar Sibu, YB Richard Wong Ho Leng telah memenangi pilihanraya tersebut dengan majoriti undi yang begitu tipis sekali setelah DAP serta suku-sakatnya dalam PR berjaya mempengaruhi keputusan para pengundi di kawasan Parlimen Bandar Sibu dengan beraneka jenis janji terutama sekali didalam isu banjir.
Setelah beliau diisytihar sebagai wakil rakyat yang sah selepas diumumkan pemenang pada 16hb Mei 2010 yang lalu maka pada penghujung bulan Ogos baru-baru ini segala janji-janji yang pernah ditabur oleh DAP Ho Leng, DAP Guan Eng, DAP Kit Siang, DAP Hadi Awang, DAP Anwar Ibrahim, DAP Husam Musa, DAP Mustafa Ali, DAP Karpal Singh, DAP Wan Azizah, DAP Hafsah Harun dan beberapa orang DAP yang berpayung dibawah konsep Malaysian Malaysia juga suka berkata langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan hudud di Malaysia, mulai ditagih oleh suara-suara rakyat di Sibu tatkala bandar Sibu dan kawasan sekitarnya telah dilanda banjir setelah kenaikan paras air tidak dapat dikawal lagi sehingga melimpah kemana saja dikawasan-kawasan yang rendah.
Pertama kali berdepan dengan masalah banjir selaku seorang wakil rakyat yang kononnya hebat dan ajaib, YB DAP Ho Leng telah menjadi tidak tentu arah apabila terpaksa berkayuh dengan sampan bocor kesana kesini agak-agaknya untuk menyelamatkan mangsa banjir tapi malangnya pengayuh diguna YB yang baru jadi Ahli Parlimen tiba-tiba patah setelah tersangkut dibendera parti PKR yang turut dikibarkan semasa PRK Bnadar Sibu dulu belum diturunkan lagi walaupun pilihan raya kecil itu sudah lama berlalu.
Untuk mengatasi keadaan yang tidak menentu pada diri beliau sendiri pada ketika itu maka DAP Ho Leng terpaksa turun dari sampan yang dia naiki dan mulalah beliau menyinsing lengan baju dan juga hujung kaki seluar panjang yang dipakainya lalu mula berusaha menolak air keluar dari daratan ke dalam Sungai Rejang dengan menggunakan tangan, kaki serta pengayuh yang telah patah tadi dengan harapan agar air segera surut dan keadaan akan segera pulih seperti sediakala hehehe...
hehehe...apa boleh buat, kata harus dikota dan janji harus ditepati. Mau tak mau DAP Ho Leng harus menunjukkan kepada rakyat di Sibu bahawa beliau adalah pilihan yang tepat dan bukannya pilihan yang silap maka beliau mesti dan wajib memperlihatkan kepada seluruh penyokong DAP serta pengundi beliau bahawa beliau bukan tin kosong yang tak akan berbunyi jika tidak diketuk.
Malang, malang, malang memang malang sekali..untuk ujian banjir pusingan pertama DAP Ho Leng ternyata telah gagal dan dia tidak mampu untuk menghalang banjir daripada melanda Bandar Sibu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh beliau kepada para pengundinya yang telah memilih beliau sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat.
Untuk ujian pusingan yang kedua, YB DAP Ho Leng juga gagal ! beliau telah gagal mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir di Sibu kepada Pengerusi SUPP Sibu YB Dato Sri Wong Soon Koh sepertimana yang didakwanya sebagai sudah siap dan YB DAP Ho Leng juga telah gagal menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir dikedua-dua negeri itu.
Dato Sri Wong Soon Koh yang turut disertai oleh rakan-rakan beliau didalam Pasukan Berwawasan BN Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang YB Datuk Tiong Thai King, ADUN Pelawan YB Vincent Goh Chung Siong dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu YB Daniel Ngieng Kiong Ann, telah melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap tindak-tanduk DAP Ho Leng pada pertemuan itu yang berlangsung dalam suasana agak tegang dan hangat.
Dan untuk ketiga kalinya, sekali lagi YB DAP Ho Leng telah gagal ! Ya, Ahli Parlimen Bandar Sibu ini telah gagal untuk mengadirkan diri pada pertemuan yang telah diatur dan dijadualkan bertempat di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), Tingkat 7, Wisma Sanyan, Sibu, jam 9 pagi 03hb September 2010.
Untuk rekod, pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Datuk Sri Douglas Unggah, Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak YB Datuk Sri Wong Soon Koh.
Setelah penat menunggu kedatangan YB DAP Ho Leng yang tidak muncul-muncul, maka YB Datuk Sri Doulas Unggah dan YB Datuk Sri Wong Soon Koh mengambil keputusan untuk membatalkan saja pertemuan dengan YB DAP Ho Leng gara-gara kegagalan wakil rakyat DAP itu gagal untuk hadir setelah lebih 30 minit kedua-dua menteri itu menanti akan kedatangan YB Richard Wong Ho Leng.
Namun ketika ditemui oleh wartawan di Kuching selepas peristiwa itu, YB Richard Wong memberi alasan sebab ketidakhadirannya pada pertemuan itu kerana tidak diberi notis lebih awal oleh mereka yang berkaitan dalam menganjurkan pertemuan itu dan pada ketika itu juga DAP Ho Leng tiba-tiba berkata depan wartawan begini "Berikan saya lesen dan saya akan segera memulakan kerja-kerja mengorek,"
HAH!!!??? ...korek apa ya....
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, September 04, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com