Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Februari 20, 2011

Barisan Nasional Sarawak masih sakit gigi !!!

Orang yang sakit gigi manalah kita tahu yang dia sedang sakit gigi melainkan beliau ada memberitahu yang dia sedang sakit gigi kepada kita.

Kalau dia hanya diam saja memanglah orang fikir dia tidak sakit apa-apa. Lagipun orang yang sedang sakit gigi ni biasanya mereka masih boleh lagi gelak, bercakap, berjalan, berlari, p mandi dan sebagainya seperti orang lain yang tidak sakit apa-apa dan sudah tentu kita boleh jadi keliru samada dia tu sihat ke sakit.

Begitulah juga lebih kurangnya dengan apa yang sedang berlaku dengan Barisan Nasional Sarawak, nampak sihat walafiat namun hakikatnya mereka masih mengidap sakit gigi geraham sebelah bawah. Belum lagi sembuh sakit gigi geraham sebelah bawah, melarat pulak ke gigi taring sebelah atas.

Tapi BN masih boleh senyum dan kelihatan gigi putih bersih nampak tersusun rapi disebalik bibir tapi orang lain tidak tahu bahawa ada antara gigi yang sakit sebelah dalamnya perlu dicabut dan dikeluarkan supaya tidak menjadi punca barah gusi kepada BN Sarawak.

Krisis yang sekian lama berpanjangan di antara ADUN N.54 Pelagus(BN) iaitu YB Encik Larry S'ng Wei Shien dengan ADUN N.56 Baleh YB Datuk Sri James Jemut Masing yang juga merupakan salah seorang anggota kabinet kerajaan negeri adalah disebabkan berpunca dari insiden perebutan kuasa dalam Parti Rakyat Sarawak(PRS) membawa hingga kepada hari ini, belum lagi mampu untuk diselesaikan.

Pilihanraya negeri sudah semakin dekat dan sudah pasti Barisan Nasional negeri tiada masa yang cukup untuk menguruskan hal-hal yang sedemikian lagi dan keadaan ini pasti akan membuka ruang yang amat luas kepada pihak pembangkang untuk memainkan peranan mereka.

Terbaru pula adalah perbalahan lama antara Ahli Parlimen Igan(BN) YB Datuk Abdul Wahab Haji Dollah dengan ADUN N.38 Jemoreng(BN) sudah semakin tidak dapat dibendung lagi Datuk Abdul Wahab secara terbuka pada Majlis Tahun Baru Cina peringkat kawasan Parlimen Igan baru-baru ini telah mengesahkan bahawa beliau sudah bersedia sepenuhnya untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat bagi kawasan DUN N.38 Jemoreng sekiranya mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib.

Datuk Abdul Wahab yang sejak dulu lagi yang kelihatan memang tidak sebulu dengan Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib bila melibatkan banyak perkara menurut sumber-sumber yang rapat dengan beliau bahawa seandainya parti PBB enggan untuk meletakkan beliau bertanding dikawasan berkenaan maka beliau akan tetap juga untuk bertanding disitu sebagai calon bebas.

Inilah antara beberapa masalah dalaman melibatkan wakil rakyat Barisan Nasional yang patut diberi perhatian serius oleh Pehin Sri Taib. Mungkin beliau diakui mempunyai kuasa penentu kepada siapa yang layak atau tidak untuk bertanding di kawasan-kawasan yang tertentu tetapi ada satu perkara yang sering pemimpin ini lupa ialah yang akan memuktamadkan pilihan akhirnya adalah rakyat itu sendiri dan bukannya presiden parti atau pucuk pimpinan BN negeri.

Harap dengarlah juga kehendak rakyat sebab yang akan diwakili oleh seseorang wakil-wakil rakyat itu nanti adalah rakyat di kawasan dan bukannya pemimpin yang telah menentukan siapa yang patut atau tidak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Kepada YB Datuk Sri James Jemut Masing serta sebilangan besar mereka pemimpin dalam parti PRS, kalau boleh dalam isu "YB Larry S'ng" ini buanglah sikap ego anda masing-masing dan tanamlah sikap saling maaf-bermaafan sesama anda demi perjuangan anak Sarawak yang belum selesai ini..'buang yang keruh ambil yang jernih' dan demi rakyat di Pelagus juga maka lupakanlah sengketa lama dan biarkanlah penduduk di Pelagus untuk menentukan siapa pemimpin yang mereka mahu untuk mewakili mereka di situ.

Harga bawang merah semakin naik ! RM30 1kg di Miri Sarawak...

Tidak tahu samada harga bawang merah yang dipamerkan kepada para pengguna disetiap pasaraya yang terdapat di bahagian utara Sarawak sama harganya dengan bahagian-bahagian lain mahupun di seluruh negara.

Tinjauan saya semalam di beberapa lokasi mendapati harga bawang merah India memang sangat mahal sehingga sudah mencecah ke harga RM30 untuk setiap satu kilogram.

Dan harga untuk setiap sekilogram bawang merah juga agak seakan tidak seragam kerana ada sesetengah tempat menjual pada kadar harga yang berbeza mengikut tempat serta penjual namun harganya sama juga mahal dan tinggi.

Apakah agaknya reaksi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan mengenai kadar kenaikan harga baru bawang merah yang naik mendadak di Miri sama seperti air banjir yang melimpah selepas hujan lebat ?

Apakah rakyat sekali lagi akan disaran jangan makan bawang merah ? atau apakah rakyat juga akan dicadangkan supaya tanam bawang merah atas bumbung rumah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan bawang merah dipasaran ?

Arkib Blog