Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, November 20, 2009

Hati-hati guna Facebook, MySpace...

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan dengan kalian semua mengenai penggunaan laman web seperti facebook dan MySpace ataupun yang lain-lain lagi di internet. Facebook kini telah dilihat sebagai salah satu saluran yang semakin menjadi pilihan pengguna dengan tujuan yang berbagai-bagai.

Oleh itu adalah lebih baik untuk kita sama-sama membaca serta meneliti akan isi kandungan satu surat daripada seorang pembaca yang yang pernah disiarkan dalam Utusan Malaysia pada ruangan forum bertarikh 26 March 2009 yang lalu. Penulis itu hanya dikenali dengan nama penanya iaitu "Man Mad" - Kuala Lumpur dan tajuk tulisan beliau itulah saya gunakan sebagai tajuk artikel saya kali ini iaitu "Hati-hati guna Facebook, MySpace..."

Sebenarnya saya sangat tertarik dengan ulasan beliau mengenai penggunaan beberapa media baru di internet termasuk Facebook, MySpace dan lain-lain lagi dan saya telah jadikan tulisan beliau sebagai satu keratan akhbar dan saya simpan untuk dijadikan sebagai panduan serta sebagai bahan rujukkan. Dan keratan akhbar itu adalah sebagai berikut;

Hati-hati guna Facebook, MySpace...
Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama diruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percumadan itulah yang saya ingin kongsikan.

Laman web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna internet akan berusaha untuk mendapatkan satu account diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook. Sebenarnya, ada sebahagian darkside yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya dibelakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.

Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai profesional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.

Pernahkah kita atau mereka sendiri fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
* Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
* Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.
* Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu saja.

Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.

Maklumlah, rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

Man Mad
Kuala Lumpur

Arkib Blog