Sebelumnya ketua pembangkang merangkap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh SPR berkomplot dengan Barisan Nasional menipu dalam PRU13 lalu menyebabkan PR gagal mencapai sasaran untuk menawan Putrajaya.
Bukan saja di dalam negara malah seluruh dunia Anwar Ibrahim membawa cerita kononnya berlaku berbagai bentuk penipuan pada pilihan raya umum ke-13 lalu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya serta isu pengundi hantu warga Bangladesh seramai 40,000 orang untuk memenangkan BN.
Tuduhan dan dakwaan liar ini semuanya ditelan bulat-bulat oleh para pengikut serta penyokong PR tanpa menilainya terlebih dulu dengan akal fikiran yang waras. Kerana terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Husam Musa, Mahfuz Omar dan yang lain-lain lagi, ada diantara mereka ini sanggup melakukan perbuatan melampaui batas-batas undang-undang.
Malah, dua hari sebelum Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen oleh 222 wakil rakyat yang dipilih dalam PRU13 lalu, ramai di kalangan penyokong Anwar Ibrahim khususnya dan PR amnya termakan dengan fatwa songsang yang di keluarkan oleh Naib Presiden parti PAS Datuk Hj. Husam Musa yang mendakwa kononnya barangsiapa yang pergi menyertai Himpunan Haram Blackout505 pada 22 Jun sehingga 24 Jun sekiranya mereka mati ketika bertempur dengan pasukan keselamatan maka mati mereka adalah mati Syahid.
Maka itulah pada hari semalam di luar bangunan parlimen mengapa masih ada kalangan penyokong Anwar Ibrahim dan PR sanggup berbuat apa saja termasuk menyerang anggota Polis yang bertugas semata-mata untuk mendapat mati Syahid dan terus masuk ke dalam Syurga. Tetapi apa yang mereka dapat??????
Sedangkan dalam masa yang sama, ketua mereka Anwar Ibrahim, Kit Siang, Hadi Awang, Karpal Singh serta 85 orang wakil rakyat dari PR duduk selesa di dalam dewan parlimen menunggu giliran masing-masing untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Parlimen dan secara tidak langsung telah mengiktiraf keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat dalam pilihan raya demokrasi yang dikendalikan oleh SPR.
Dan ketika para penyokong dan pengikut Anwar Ibrahim, Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan Hadi Awang berjemur di lapangan luar bangunan parlimen setelah ditahan oleh pihak berkuasa kerna cubaan mereka untuk mengganggu majlis angkat sumpah itu, kesemua pemimpin dalam PR sedang berseronok di dalam dewan selepas selesai majlis angkat sumpah malah mereka makan bersama dengan wakil-wakil rakyat dari BN sambil bergurau senda sesama sendiri seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di luar bangunan parlimen.
Inilah tahap kelembapan orang-orang Pakatan Haram Pembangkang DAP, PAS dan PKR ini yang mesti dihindari oleh semua agar tidak berjangkit kepada orang lain pula, perkara yang semudah itupun mereka masih gagal untuk menilainya dengan pikiran sendiri.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Jun 25, 2013
Khamis, Jun 20, 2013
Himpunan Black505 menjanjikan Syurga ataupun Neraka ?
Mati Syahid, itulah yang dijanjikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kepada mana-mana ahli parti PAS yang mahu menyertai himpunan haram Blackout505, 22 Jun Sabtu ini seandainya pada perhimpunan itu nanti mereka mati akibat dari rusuhan yang mungkin bakal mereka cetuskan.
Itu janji-janji Husam Musa kepada ahli-ahli dari parti PAS tetapi bagaimana pula dengan ahli parti dari DAP dan juga PKR yang tidak beragama Islam jika mereka juga mati kerana bergaduh sesama sendiri di dalam perhimpunan haram itu nanti apakah mereka juga akan ke syurga?
Inilah bahayanya fatwa yang dikeluarkan secara sembarangan oleh mereka-mereka yang tidak memiliki ilmu agama yang secukupnya. Tidak memahami ajaran agama serta tidak mendalami maksud kandungan Kitab Suci tetapi berani mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan orang Islam yang lain.
Hanya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bergantung harap agar KDN bersikap lebih tegas terhadap pihak yang terus berdegil yang masih tetap mahu mengadakan perhimpunan haram walaupun sedar ianya akan menyusahkan ramai orang yang tidak bersetuju dengan himpunan itu nanti.

Ahad, Jun 16, 2013
Sebelum DAP saman UMNO, ingat dulu dua kejadian sebelum tragedi penebat kilat tumbang di P. Pinang
Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang sungguh tidak dijangka beberapa hari yang lalu berlaku di Pulau Pinang apabila penebat kilat yang didirikan di Ibu Pejabat UMNO negeri itu tumbang dan jatuh ke atas jalanraya ketika ribut kuat melanda sehingga mengakibatkan kerosakan teruk beberapa buah kenderaan serta membawa kematian terhadap seorang warga India dan terbaru seorang rakyat Pulau Pinang keturunan Cina dipercayai turut terkorban.
Kejadian tersebut sebenarnya berpunca dari bencana alam yang sudah pasti tidak dapat dihindari mana-mana pihakpun namun pemimpin-pemimpin DAP dikatakan mula memainkan kejadian itu sebagai isu politik untuk menyalahkan UMNO dan difahamkan juga kejadian itu telah menjadi perbualan hangat rakyat Pulau Pinang malah ada yang mengusulkan kepada DAP agar mengemukakan saman ke atas UMNO berikutan kematian seorang lelaki dalam tragedi itu.
Jika rakyat Pulau Pinang khususnya mereka yang berketurunan Tiong Hua bersikap adil dan rasional dalam perkara seperti ini tentu sekali mereka tidak akan melihat kejadian tersebut sebagai isu perkauman yang harus dipolitikkan tetapi sekiranya mereka masih juga berkeras mahu mengheret isu kematian lelaki berkenaan sebagai isu politik serta perkauman maka mereka juga jangan terkejut jika pihak yang satu lagi turut bertindak serupa dengan membangkit semula dua kejadian kemalangan akibat kecuaian manusia yang telah berlaku pada awal tahun 2010 sebelum ini.
Kita semua rakyat Malaysia tentu masih ingat dengan kejadian seorang penuntut di UiTM iaitu Mohd. Bakri bin Mohd. Bazli yang dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sekinchan, Selangor Ng Swee Lim berdekatan lampu isyarat pada 7 February 2010 jam 11:50 malam yang dipercayai memandu dalam keadaan diri di bawah pengaruh alkohol.
Kejadian ini tidak mendapat liputan meluas daripada pihak media terutama media pembangkang mungkin kerana yang melanggar adalah dari pihak mereka manakala yang kena langgar pula bukan Teoh Beng Hock, Chin Peng atau Ah Chai tetapi seorang pemuda Melayu yang agaknya dianggap sebagai orang UMNO oleh pihak pembangkang maka itulah sebab kejadian tersebut menjadi dingin dan hampir dilupakan.
Begitu juga satu lagi kejadian yang membawa maut kepada seorang Askar Melayu di-Raja, Mohd. Salleh Hamdan yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya setelah dilanggar oleh sebuah kereta mewah yang dinaiki Ahli Parlimen Batu Tian Chua dari PKR. Kejadian berlaku jam 9 malam 13 Mac 2010 di KM49, Jalan Johor-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi Johor. Tentu ramai blogger-blogger masih ingat dengan peristiwa itu.
Kedua-dua kejadian di atas ini berpunca dari kelalaian atau kecuaian manusia yang boleh dielak jika memandu kenderaan dalam keadaan berhemah, bersabar dan bertimbang rasa. Namun oleh kerana sikap angkuh dan bongkak mereka yang sudah biasa serta kerap mencabul undang-undang negara ini, maka kedua-dua kes ini seakan-akan semakin dilupakan kerana pihak BN tidak menggunakan kejadian seumpama itu sebagai bahan untuk dijadikan satu isu atau modal politik.
Justeru itu, seandainya DAP mahu menggunakan kes kejadiaan ribut yang menumbangkan penebat kilat di bangunan UMNO itu yang menyebabkan dua kematian sebagai isu politik di samping sebagai senjata baru mereka untuk menghasut rakyat Pulau Pinang agar terus membenci kerajaan BN terutamanya UMNO, maka DAP ataupun Pakatan Pembangkang kena bersedia untuk berdepan dengan dua isu lama itu yang melibatkan pihak mereka secara langsung.

Ahad, Jun 09, 2013
Bila tanah dah disukat, jangan pula sibuk nak jual kepada tauke2 !
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang meluluskan peruntukkan tambahan sebanyak RM30 juta kepada kaum Bumiputera di Sarawak bagi tujuan proses menyukat tanah-tanah mereka haruslah disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan penuh tanggungjawab oleh kaum Pribumi di Bumi Kenyalang. Cuma yang kita harapkan ialah apabila sudah tanah disukat dan sesudah mendapat surat atau dokumen hak milik tanah nanti janganlah pula beberapa bulan selepas itu sibuk nak menjual tanah-tanah itu kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Selasa, Jun 04, 2013
Transformasi mendadak DS Najib semakin membakar diri..
Cuba kita pikir sejenak tindakan tergesa-gesa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Najib yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) dan menggantikannya dengan undang-undang baru iaitu Akta Perhimpunan Aman yang kononnya bersifat lebih terbuka, adil dan saksama tetapi apa yang kita boleh saksikan pada hari ini, adakah keadaan di dalam negara kita pada hari ini khususnya dalam isu perpaduan kaum berada dikedudukan lebih baik jika dibandingkan ketika zaman pemerintahan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau keadaannya semakin tidak terkawal apabila masing-masing kaum secara terbuka dan bebas berkata tentang hak kaum mereka malah ada yang sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong.
Kita rakyat tidak menolak sebarang usaha pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan tetapi apa yang kita harapkan ialah sebelum mereka melakukan apa yang disebut kini sebagai transformasi itu hendaklah dibuat kajian secara berhati-hati dan secara terpeinci terlebih supaya apa juga perubahan yang dibuat tidak akan mendatang kemudaratan terhadap perkembangan serta pergerakan rakyat dalam negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, Akta ISA yang dihapuskan dan digantikan dengan satu akta baru, kenapa tidak dilakukan saja penambahbaikan ke atas Akta ISA itu yang selama ini nyata kerana akta tersebutlah negara kita keamananya lebih terkawal serta terjamin.
Tidak keterlaluan jika kita ingin katakan bahawa perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri tidak ubah seperti satu tindakan di bawah tekanan serta hilang kawalan akibat desakan daripada pihak pembangkang. Contoh terbaru apabila kerajaan terpaksa mengambil pendirian memindahkan kuasa kawal selia SPR yang sebelum ini berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri kepada Jawatan Kuasa Khas Parlimen yang dianggotai oleh kedua-dua wakil parlimen daripada kerajaan dan juga pembangkang.
Lihatlah, perkara ini belum lagi dilaksanakan cuma masih lagi diperingkat cadangan tetapi semakin kedengaran suara-suara liar daripada pihak pembangkang yang membuat tuduhan terhadap kerajaan Barisan Nasional dan mendakwa memang benar berlaku penyelewengan dan penipuan oleh pihak SPR sehingga menyebabkan sebahagian dari fungsi SPR sebagai satu badan bebas telah diserahkan kepada pihak lain iaitu Jawatan Kuasa Khas Parlimen BN dan PR. Inilah, belum apa-apa lagi suara sumbang pembangkang sudah menjalankan peranan mereka untuk membuat fitnah dan bukannya pernah bersyukur dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Ahad, Jun 02, 2013
Taiwan terima padah gempa bumi selepas pelajar Malaysia terbalikkan Jalur Gemilang !
Jadi kepada para pelajar yang biadap dari kaum yang lupa asal usul mereka ini, yang lupa sejarah penubuhan negara ini dan yang tidak tahu erti berterima kasih kepada kerajaan yang telah banyak berkorban demi semua kaum di negara ini...saya harap mereka ini usahlah nak berpikir mencari tempat selamat baru ingat Malaysia kerana tindakan biadap mereka menghina bendera Jalur Gemilang sebelum ini sesungguhnya telah mengguris hati begitu ramai rakyat Malaysia dan mustahil dalam masa terdekat begini perbuatan mereka boleh dimaafkan.
Sabtu, Jun 01, 2013
Warga Sarawak & Sabah perlu ingat, 'Demokrasi' bukan tiket untuk bertindak tanpa kawalan
Malangnya, bagi mereka yang kurang memahami makna sebenar di sebalik istilah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam setiap siri ceramah mereka sudah tentu akan mengikut apa saja kemahuan pihak tidak bertanggungjawab ini secara membabi-buta.
Sedangkan sekiranya rakyat bijak menilai demokrasi dalam konteks politik sudah pasti mereka tidak akan mudah diperdaya oleh pihak lain yang seringkali mengatakan demokrasi di Malaysia sudah teruk dan hampir musnah padahal ruang untuk mereka bercakap pada ketika itu sebenarnya wujud disebabkan demokrasi telah membuka jalan kebebasan menerusi proses pilihan raya bebas setiap lima tahun sekali kepada seluruh rakyat Malaysia memilih kerajaan mana yang mereka suka tanpa sebarang tekanan dari kerajaan semasa.
Adalah lebih baik bagi seluruh rakyat Sarawak dan juga rakyat Sabah untuk menjauhkan diri dari pihak yang sering mendakwa mereka sebagai pejuang demokrasi dan keadilan di negara ini walhal kalau benarlah seperti yang mereka dakwa bahawa demokrasi semakin lenyap di negara ini adalah amat mustahil mereka boleh mengeluarkan berbagai kenyataan sebebas-bebasnya di negara ini.
Yang penting ialah agar rakyat kedua-dua negeri ini sedar dan tahu bahawa hidup dalam sebuah negara yang berpegang kepada sistem demokrasi terbaik seperti Malaysia tidak bermakna kita boleh bertindak mengikut sesuka hati dalam menyuarakan apa jua bentuk pandangan tanpa memikir kesan dari apa yang diucapkan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com