Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mei 03, 2013

DS Hadi hina keturunan calon PAS di Parlimen Sibuti Sarawak

Setiap satu undi yang mungkin diberikan oleh para pengundi tidak kira samada dari kaum Iban, Melayu, Kedayan, Melanau dan Cina di Parlimen Sibuti kepada calon daripada parti PAS iaitu saudara Robby @ Muhammad Zaid Tandang, maka dengan sendirinya setiap seorang daripada mereka itu telah menyokong kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang pernah menghina kaum Iban di Sarawak terutamanya apabila mengaitkan kekalahan calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Kecil DUN Batang Ai dengan pakaian tradisi yang dipakai oleh kaum tersebut.

Presiden PAS itu sehingga kini belum pernah meminta maaf daripada rakyat Sarawak terutama daripada kaum Iban khususnya dan masyarakat Dayak amnya berhubung kenyataan menghina oleh beliau yang pernah menimbulkan suasana panas seketika dulu iaitu satu kenyataan beliau ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Manek Urai Kelantan dan kemudiannya telah disiarkan oleh beberapa portal berita pada 11 Julai 2009.

Kenyataan kontroversi Hadi Awang "Semua pilihan raya kecil sebelum ini memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tak reti undi, "pakai cawat lagi." Saya bukan nak hina, tapi tempat yang pakai molek undi PAS."

Dan apabila Robby Tandang bersetuju untuk menjadi calon kepada parti PAS yang pernah menghina bangsa dan keturunan beliau sedemikian rupa, adakah para pengundi dari kalangan kaum Iban juga akan turut merestui tindakan Robby Tandang itu jika mereka masih lagi mahu memberi undi kepada parti PAS menentang calon Barisan Nasional Tuan Haji Ahmad Lai Bujang? Tidakkah mereka rasa terhina dengan kenyataan celupar Haji Hadi itu yang menghina bangsa Iban hanya kerana pakaian tradisional yang hanya diguna sewaktu majlis-majlis yang tertentu?

Kaum Iban khususnya dan juga masyarakat Sarawak secara keseluruhannya wajar menolak mana-mana individu dari kaum mereka yang sanggup diperalatkan atau rela menjadi alat kepada sebuah parti yang pernah menghina dan memburuk-burukkan kaum sendiri. Dan beri undi kepada calon atau penyandang kerusi yang nyata telah banyak membantu masyarakat setempat dalam menyelesaikan masalah mereka dan bukannya memilih calon yang mudah dijadikan boneka oleh pemimpin atasan parti mereka.

Berilah undi anda tak kira Iban, Melayu, Kedayan, Melanau mahupun Cina kepada calon daripada Barisan Nasional Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang demi masa depan yang lebih terjamin !

Arkib Blog