Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, September 01, 2011

Mat Komunisabu: siapa Menteri KDN? DS Hisham atau Karpal Singh?

Walaupun YB Karpal Singh merupakan seorang pemimpin pembangkang, namun dalam isu "Mat Syabun dan komunis" ternyata Karpal Singh lebih berani bersuara mempertahankan sejarah negara yang berkaitan dengan kekejaman pengganas komunis dari diputarbelit oleh Timbalan Presiden PAS itu jika berbanding dengan DS Hishamuddin sendiri selaku Menteri Dalam Negeri yang lebih suka membisu dan hanya membiarkan saja isu itu dibahas oleh rakyat kebanyakkan.

Jikalau Pengerusi DAP itu sudah tidak tertahan dengan kenyataan menghina oleh Mat Syabun itu sehingga mendesak Mat Syabun menarik balik kata-katanya sebelum itu, mengapa tidak DS Hisham tampil lebih berani dengan kenyataan meyakinkan untuk bertindak tegas terhadap Mat Syabun?

PUTRAJAYA 30 Ogos - Kerajaan tidak boleh terperangkap dalam mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS Mat Syabun berhubung kenyataan menghina pejuang negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, sebarang tindakan ke atas Mat Syabun akan diambil mengikut lunas undang-undang dan perlu mengelak sehingga mendatangkan simpati kepada beliau.

"Apa jua tindakan yang kita ambil mestilah mengikut keadaan dan suasana serta pertimbangan tuan punya badan(Mat Syabun) yang melakukannya(membuat kenyataan)," - Datuk Seri Hishamuddin.

Hishamuddin percaya apa yang disebut oleh Mat Syabun itu adalah satu provokasi politik yang lahir daripada pemikiran yang sempit dan bertujuan untuk melihat reaksi kerajaan.

Begitupun kata beliau, Mat Syabun tidak wajar menyentuh mengenai perjuangan tokoh kemerdekaan sehingga mendatangkan rasa marah dan meluat orang ramai yang sedar mengenai kebenaran sejarah. - Utusan Malaysia 

Jadi apa nak tunggu lagi DS Hisham? Keadaan yang macamana yang dimaksudkan oleh Menteri KDN tu baru nak bertindak ke atas Mat Syabun tu? Takkanlah nak biarkan Karpal Singh keseorangan berdepan dengan Mat Syabun...

Populariti DS Najib susut, blogger proBN tak perlulah melatah sama!!!

Sebelum ini, jikalau laporan oleh Merdeka Center menunjukkan bahawa populariti Perdana Menteri semakin meningkat dan terus melonjak, maka sudah tentulah respon daripada para penyokong kerajaan begitu positif dan terbuai sama dengan pujian yang dibuat oleh Merdeka Center terhadap kerajaan dan juga DS Najib.

Tetapi apabila Merdeka Center mengeluarkan hasil tinjauan pendapat bahawa populariti DS Najib telah turun mendadak hingga ke paras 59% menunjukkan ianya tidak memihak kepada kerajaan, lalu membuat semua yang pro kepada kerajaan menjadi sasau dan menggelabah sambil memburuk-burukkan Merdeka Center. Apa ni???...

Kita semua kena siasat, apa puncanya sehingga situasi sedemikian boleh berlaku....janganlah ambil jalan mudah..macam gelagat orang-orang Pakatan Haram tu,,,suka salahkan sebelah pihak saja.. lihat dulu dari sebelah kerajaan juga,,,apa puncanya yang menyumbang kepada kemerosotan sokongan oleh sesetengah rakyat terhadap kepimpinan DS Najib.

Isu Mat Syabu yang memburuk-burukkan pejuang kemerdekaan, polis serta mengangkat pengganas komunis sebagai wira tidak dipedulikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB DS Hishamuddin Hussein. Dibiarkan saja rakyat bersendirian menyalak Mat Syabu umpama anjing menyalak bukit. KDN dibawah DS Hisham buat apa???

Jadi kelemahan KDN dibawah DS Hisham dalam menangani berbagai isu sebelum ini dan juga yang terkini adalah merupakan sebahagian daripada punca yang menjadi penyumbang kepada perkara itu berlaku kerana rakyat mulai hilang keyakinan terhadap kerajaan pimpinan DS Najib dalam mengekalkan kestabilan, keharmonian serta kemakmuran negara apabila DS Hishamuddin buat daaaaakkkkkkk jer pasal isu besar bagi rakyat...

Arkib Blog