Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 20, 2011

PKR buat drama baru, kisah Anwar cuba terjun dari tingkap !

(Ini gambar ihsan dari rakan blogger Wira Kenyalang). Gambar kelihatan Anwar cuba nak terjun dari tingkap sebuah rumah di Kampung Tupong Petra Jaya Kuching. Anwar nak ikut jejak mendiang Teoh Beng Hock agaknya, mahu tamatkan riwayat dengan terjun bangunan SPRM supaya masalah dia sorang akan selesai dan akan meninggalkan pula masalah besar kepada orang lain yang masih hidup.
Apalah bodoh punya kerja. Kenapa baru sekarang nak buat laporan polis. Sudah berapa hari dah berlalu. Sudah hampir dua minggu perhimpunan haram Bershit 2.0 berlalu kenapa hanya baru hari ini PKR mulai sedar nak buat laporan polis kononnya pihak polis cuba nak membunuh Anwar Ibrahim dengan melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata yang ketika itu sedang berjalan berarak bersama-sama dengan para peserta demonstrasi haram dalam sebuah terowong. Terowong??? Terowong yang mana pulak?

"Mereka (polis) mensasarkan tembakan itu ke arah kepala dan jika ia terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh," kata Naib Presiden PKR, N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini

Bodoh betul bunyi alasan yang diberikan N. Surendran itu. Apakah dia tak ingat yang sebelum inipun sudah berapa puluh kali sudah dakwaan yang serupa telah dijatuhkan oleh pihak PKR ke atas bahu pihak lain yang mereka tuduh sesuka hati mahu membunuh Anwar Ibrahim. Kalau benarlah dakwaan begitu bahawa ramai pihak yang nak bunuh Anwar Ibrahim, apa juga perlunya untuk mereka yang punya niat sedemikian menunggu waktu seperti pada hari Sabtu 9 Julai lalu semata-mata untuk tujuan tersebut.

Tuduhan yang mengatakan Anwar diracun dengan arsenik, Anwar disuntik dengan kuman HIV, Anwar lari dan bersembunyi dua hari dua malam di Pejabat Kedutaan Turki kononnya takut dibunuh dan bermacam-macam lagi tuduhan liar namun apa yang N. Surendran tidak nampak adalah Anwar yang terus sihat walafiat segar bugar bebas keluar masuk negara kehulu kehilir menabur fitnah dan pembohongan.

Disebabkan kesilapan Pak Lah dan kelesuan Hishamuddin, inilah MHI !!!


Dua watak utama sebagai punca atau faktor kenapa keadaan ketenteraman di dalam Malaysia ini senantiasa kucar-kacir malahan sudah semakin hampir untuk meruntuhkan kedaulatan negara ini secara perlahan-lahan. Yang seorang sudahpun bersara dari dalam kerajaan manakala yang seorang lagi masih lagi bertahan dan duduk dalam kerajaan di meja yang nyata tidak sesuai dengan perwatakannya yang terlalu lembik dan hanya mengeluarkan amaran demi amaran.

Lihat dan renung-renungkanlah hasilnya di bawah ini apabila Malaysia yang seketika dulu pernah ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang gagal serta silap dan juga yang tidak berpandangan jauh ditambah pula apabila masih ada lagi seorang menteri dikekalkan dalam kabinet di bawah Perdana Menteri yang baru lalu telah di letaklah pula menteri itu ke jawatan yang sama sekali dengan tahap kemampuan menteri berkenaan;

ANWAR BINA RANGKAIAN DI INDONESIA ? - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Julai : Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat negara jiran tersebut baru-baru ini.

Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.

"Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan bukan kerajaan (NGO), menteri-menteri dan bekas ahli politik.

"Anwar giat memperluaskan pengaruh "Anwarisme" terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.

"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan dieksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungi Utusan Malaysia semalam.

Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.

"Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik tersebut.

"Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.

"Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya.

Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan menggerakkan sumber kerajaan sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian sedia ada di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut - Utusan Malaysia.

Kita kesal. Ya, kita sangat kesal dengan keadaan ini. Bukan mudah untuk YAB Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia mengembalikan semula sesuatu yang sangat berharga apabila ianya telah dirosakkan sebegitu rupa oleh pemimpin yang sebelumnya sesudah negara dikejutkan dengan keputusan kerajaan waktu itu yang membuka seluas-luasnya ruang kebebasan untuk bersuara kepada mana-mana rakyat Malaysia tanpa memikirkan risikonya di kemudian hari.

Di tambah lagi dengan corak kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin yang menerajui Kementerian Dalam Negeri dengan cara berlembut yang melampau serta keterlaluan. Nak tunggu badai datang melanda baru mahu bertindak. Ambabiga sebenarnya sudahpun berjaya merintis jalan serta membuka lorong kepada mana-mana puak di negara ini untuk membolehkan mereka seterusnya mengikut jejak langkah para pengkhianat serta petualang negara untuk menghuru-harakan ketenteraman di dalam negara.

Memang Bershit 2.0 gagal tetapi Ambabiga telah berjaya. Kalau Ambabiga tak berjaya mana mungkin dia begitu bersungguh-sungguh hendak membukukan peristiwa pada 9 Julai 2011 lalu apabila dia telah mengerahkan seramai 365 orang penganut agama Roman Katholik di Malaysia untuk menurunkan tandatangan mereka bagi diserahkan kepada Pope Benedict XVI sebagai tanda protest mereka terhadap layanan yang kononnya "buruk" kerajaan Malaysia kepada peserta demonstrasi haram Bershit 2.0 Sabtu minggu lalu.

Video pelarian politik Bershit 2.0 yg diselamatkan oleh PDRM...



Layanan baik yang diberikan oleh pihak PDRM terhadap pelarian politik tajaan Pakatan Haram yang merusuh dan membuat kecoh di Ibu Negara 9 Julai lalu sepertimana yang dirakam dalam video klip di atas oleh saudara Yuseri Yusoff, itulah yang cuba disangkal oleh puak-puak yang cuba berlakon sebagai pejuang Bersih 2.0 konoonya hendak menuntut pembaharuan bagi sistem pilihanraya bersih, telus dan adil di Malaysia.

Nasib baik ada polis datang menyelamat "pelarian politik" berkenaan, kalau tidak entah kemana lagi mereka akan hanyut, entah ke Thailand, ke Vietnam, ke Laos, ke Kemboja atau ke Myanmar. Walauapapun, "pelarian politik" yang ditahan itu hendaklah membantu menjaga nama serta imej polis yang kini sedang dicalar oleh puak-puak dalam Pakatan Haram DAP,PKR dan PAS.

Mereka kalau tau erti bersyukur atau berterima kasih, kalau memang rasa diri tidak teraniaya semasa dalam tahan pihak PDRM, hendaklah jujur mengaku yang mereka selama dalam tahanan dilayan dengan baik oleh pihak Polis dan tak usahlah nak memutarbelitkan kenyataan pula.

Arkib Blog