Jauhilah perbuatan yang suka mengampu pemimpin-pemimpin dengan niat yang tertentu seperti dengan apa yang anda lihat pada gambar diatas tetapi tidak salah bagi kita untuk menghormati mereka seadanya sebab sewajarnyalah kita menghormati mereka sebagai pemimpin namun janganlah pula sehingga kita seakan-akan lupa bahawa seseorang pemimpin itu akan silih berganti...
Jangan sesekali bertengkar sehingga membawa kepada perkelahian fizikal. Perselisihan faham harus dielakkan dan bawalah berbincang sesama kita sebab perbezaan pendapat tidak akan dapat diselesaikan jika terus ditentukan dengan kekuatan tenaga sebagaimana yang sedang Lim Kit Siang lakukan terhadap Tuan Guru Abdul Hadi, jadi siapa yang menang dan siapa yang kalah tidak akan membawa makna kepada Anwar dan semuanya akan jadi sia-sia...
Hormatilah mana-mana tempat beribadat agama orang lain. Jangan sesuka hati masuk kedalam rumah sembahyang penganut agama lain selain dari kepercayaan yang kita sendiri anuti. Duduk dalam negara Malaysia serta sebagai rakyat Malaysia kita harus sensitif kepada perasaan masyarakat lain di negara ini agar keharmonian serta perpaduan dikalangan rakyat berbilangan kaum, budaya serta agama akan terus terpelihara...
Sebagai rakyat Malaysia, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi terhadap gambar pemimpin tertinggi negara kita. Budaya yang paling tidak bermoral seperti itu harus dibendung dan tidak seharusnya menjadi amalan didalam masyarakat di Malaysia.
Ini juga, apa bezanya...adakah kita serupa ? Disebalik kita mengecam perbuatan yang tidak bertamadun oleh sesetengah rakyat di Indonesia seketika dulu yang membakar Jalur Gemilang, tetapi kita pulak seakan-akan menerima budaya songsang seperti itu. Walau seteruk mana sekalipun kepimpinan sesuatu parti itu samada BN ataupun Pakatan Pembangkang, adalah kurang bijak untuk kita turut berkelakuan seperti itu sekiranya wujud sesuatu masalah...
Perbuatan yang menggambarkan bahawa nilai diri seseorang yang melakukan perbuatan seperti itu terlalu rendah, tidak berpelajaran dan hidup mereka sentiasa dibelenggu oleh perasaan benci yang tidak berasas...
...dan ini pulak, gambar kecil tetapi kesilapannya besar. Mereka adalah wakil rakyat dan bergelar pula sebagai Yang Berhormat tetapi itulah saya katakan bahawa sebenarnya tiada bezanya mereka itu dengan ibu-ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...
Hmmm... ini lagi parah. Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng. Logik kah? Masuk akal kah ? Boleh kita terima kah gelagat yang seperti diatas telah dilakukan oleh seorang yang memegang jawatan tertinggi didalam kerajaan sesebuah negeri. Dimanakah tempat Lim Guan Eng telah letakkan prinsip demokrasi yang kononnya hanya beliau serta DAP/PKR yang perjuangkan sedangkan gambar diatas tidak menjelaskan seperti apa yang telah mereka suarakan?
Ini juga satu penyakit. Jangan suka berpaut dibelakang bahu orang lain jika kita mahu lebih berjaya. Dalam negara yang sudah lebih 52 tahun mencapai kemerdekaan, sepatutnya kita harus berani untuk bergerak sendiri tanpa terlalu bergantung atau berpaut dibelakang orang lain sebagaimana yang sedang Anwar lakukan diatas. Bak kata orang, "untuk mencapai sebarang kejayaan kita mesti tanamkan sifat-sifat berani berdiri diatas kaki sendiri atau dengan kata singkatnya, berdikari...
Yang ini lagi masalah yang sendiri cari. Dulu, siapa yang suruh pangkah Pakatan Rakyat ? Mungkin kawan kita ini seperti kata orang "tak kenal maka tak cinta", jadi masa tu kononnya nak tukar angin maka itulah yang terpaksa mereka hadapi. Apabila kerajaan yang dipilih telah gagal untuk melunaskan apa yang telah mereka janjikan kepada rakyat pada PRU-12 dulu ianya tidak akan mungkin akan tertunai dengan bertindak membakar potret-potret pemimpin yang mereka sendiri telah pilih dulu. Hmmm itulah lain kali, jangan pilih-pilih tebu...
Dan perbuatan memberi hadiah yang seolah-olah cuba untuk menghina orang lain harus dihindari dari amalan seharian kita. Mungkin kita merasa tiada apa-apa tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita berikan benda-benda yang sebagaimana yang diatas. Oleh itu hormatilah juga perasaan orang lain sebab tidak selamanya berada dikedudukan yang kita ada sekarang. Memang tepat sekali kata peribahasa, 'hidup umpama roda"...