Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 30, 2011

Kes orang hilang: apakah ianya ada kaitan dengan projek2 besar negara?

Kes orang-orang yang hilang di negara kita hampir setiap hari akan kita lihat dan baca apabila ianya terpampang di dada-dada akhbar dan saban hari juga sering dimuatkan dalam laporan oleh media massa, media elektronik, media alternatif seperti blog-blog dan laman sosial lainnya seperti facebook dan sebagainya.

Seperti negara lain, negara kita yang sudah pesat membangun dan akan terus membangun dengan beratus-ratus buah syarikat tempatan dan syarikat asing yang melabur di Malaysia sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan sebeberapa banyak projek daripada pihak kerajaan sementara pada masa yang sama ada juga syarikat-syarikat sedang rancak menyiapkan projek-projek terdahulu yang telah diluluskan oleh pemerintah untuk mereka bina.

Bagi mana-mana syarikat yang telah berjaya memperolehi tender atau projek tertentu daripada kerajaan, maka sudah pasti untuk membangun dan menjayakan projek tersebut agar ianya berjalan dengan lancar, siap awal dari yang dijadualkan, tahan dan teguh serta berkualiti tinggi, jadi sudah tentulah untuk tujuan itu syarikat-syarikat yang terpilih untuk projek itu tidak hanya memastikan bahan binaan yang cukup tetapi soal lain seperti kelancaran sesebuah projek juga merupakan aspek utama dan amat penting untuk diberi perhatian supaya ia tidak diganggu oleh "penunggu" iaitu makhluk halus yang menghuni di sekitar tapak pembinaan.

Jika pada zaman dulu iaitu di era awal pemodenan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, penggunaan darah serta kepala manusia dalam melaksana satu-satu projek itu dikatakan adalah sangat penting kerana jika tidak maka pembangunan sesebuah projek itu dipercayai boleh terbantut dan gagal untuk diteruskan kerana walaupun mereka yang terlibat di dalam projek merupakan golongan yang terdidik dengan ilmu moden, canggih dan berteknologi tinggi namun ramai di antara mereka yang masih percaya kepada amalan karut yang diamalkan oleh manusia zaman lampau.

Jadi, apabila masih berlaku ada manusia yang boleh hilang dan ghaib tanpa khabar berita adalah satu keadaan yang agak aneh, pelik dan menghairankan kerana kalau diikut logiknya di zaman yang serba canggih ini dengan berbagai alat-alat pengesan dicipta adalah sesuatu yang mustahil masih boleh terjadi orang yang hilang tanpa boleh dijejaki KECUALILAH jika ianya memang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab contohnya mereka-mereka yang mengejar keuntungan besar dengan mewajibkan satu jiwa atau lebih untuk projek yang mereka jalankan agar ianya beroperasi dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Terbaru berlaku di negeri Kedah, seorang kerani wanita Nor Fazilah Rohani berusia 24 tahun yang dilaporkan hilang sejak 17 hari yang lalu. Beliau yang bekerja di sebuah syarikat di Sungai Lalang hilang selepas ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang atas arahan majikan, menyebabkan keluarganya kini dalam kebimbangan.

Jadi apabila sering berlaku kes seperti itu di negara kita, apakah kita rasa ianya hanya berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penculikan dan rompakan semata-mata tanpa kita sedari bahawa projek-projek mega di negara kita yang sedang dalam proses pembinaan, yang sedang dirancang dan sebagainya memang tidak boleh terlepas dari dikaitkan dengan kes kehilangan manusia yang gagal dikesan di negara ini sejak dari dulu lagi.

Untuk rujukan, pernah dikatakan bahawa mereka yang sanggup melakukan perbuatan itu bagi pihak yang memerlukan bahan "korban" itu dulu dikatakan telahpun melakukan "sign-mati" setelah dibayar dengan sejumlah wang dengan satu perjanjian hidup-mati dan segala risiko tanggung sendiri jika berdepan sebarang masalah iaitu dalam tempoh untuk mendapatkan bahan "korban" yang diperlukan untuk satu-satu projek berkenaan. Itu adalah pandangan saya !

Terlepas dari peliwat, dipenjaralah pula...

Bagaikan kata pepatah lama 'keluar dari mulut singa, masuk ke dalam mulut buaya' maka begitulah agaknya dengan nasib yang menimpa seorang bekas pekerja landskap Ismawi Ishak 26, yang terpaksa merengkok untuk selama lebih kurang 13 tahun lagi didalam penjara setelah pihak Mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes pembunuhan seorang model sambilan Mohamad Azhary Mohamed Osman tujuh tahun lalu.

Menurut sumber berita, Ismawi yang ketika itu baru berusia 19 tahun telah menumpang tidur di rumah Mohamad Azhary dan atas dasar tuan rumah adalah kaum sama jenis maka bukanlah sesuatu yang boleh menimbulkan sebarang rasa syak-wsangka dihatinya maupun orang lain akan berlaku perkara yang boleh dikira sebagai melanggar larangan agama.

Pada malam kejadian iaitu dalam tahun 2004, entah bagaimana Mohamad Azhary tiba-tiba mendatangi Ismawi yang ketika itu sedang tidur lalu bertindak melucutkan seluarnya serta menyentuh tubuh anak muda itu dengan satu tujuan yang mungkin boleh diduga namun tindakan Mohamad Azhary itu telah mengejutkan Ismawi dari tidurnya lalu berlakulah satu pergelutan antara keduanya sehingga membawa kepada satu pergaduhan yang akhirnya menyaksikan Mohamad Azhary menemui ajal setelah ditikam oleh Ismawi yang cuba mempertahankan diri serta maruahnya dari cuba dicabul. Untuk lebih lanjut beritanya ada di sini 

Anak Merdeka berkata;
Itulah, kadangkala jika kita melihat hukuman alam ini dari satu sudut semacam tidak adil kepada satu pihak tetapi jika dilihat dari sudut lain pula ianya seakan-akan menggambarkan kepada kita semua bahawa suatu keadilan telah diberikan kepada pihak yang satu lagi dan rumusannya ialah keadilan kepada semua pihak telahpun dimuktamadkan.

Tetapi di dalam kes yang membabitkan Ismawi ini saya melihat bagaimana usaha beliau untuk mengelakkan dirinya dari menjadi mangsa "gangguan seksual" oleh rakan sendiri telah memudarat seterusnya memusnahkan nasib masa depan beliau sendiri kerana tindakbalas yang dikuasai oleh perasaan yang amat marah terhadap pelaku mengatasi pertimbangan yang wajar tetap tidak menyebelahinya dimana Ismawi yang gagal mengawal diri dari melakukan perbuatan yang dia sendiri tidak jangka terjadi akhirnya membawa beliau ke penjara sementara maruah yang cuba dipertahankan turut musnah bersama apabila sudah jadi banduan penjara.

Begitulah nasib malang berganda yang menimpa saudara Ismawi Ishak, niatnya untuk pertahankan maruah dan harga diri nyata gagal apabila pihak Mahkamah telah memuktamadkan keputusan mereka yang tetap untuk memenjarakan beliau atas kesalahan membunuh pemangsa yang cuba mencabulinya tetapi bagaimana pula andaikata pada ketika itu Ismawi telah menjadi mangsa liwat kepada pemangsa kerana tidak berdaya melawan, apakah keadilan masih berpihak kepadanya ataupun pemangsa yakni peliwat itu akan terus bebas sebebasnya ke sana ke mari dengan segala aktivitinya tanpa sebarang sekatan???

Arkib Blog