Bila timbul semula isu yang membabitkan hal ehwal agama Kristian di negara ini, ini adalah kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak sudah semakin hampir. Dan isu ini terpaksa dimainkan semula oleh pihak pembangkang termasuklah oleh segelintir peminpin dalam BN sendiri yang pro-pembangkang bagi menarik perhatian masyarakat Kristian di Bumi Kenyalang khususnya.
Pihak Pakatan Pembangkang sebenarnya sudah kekurangan isu tempatan untuk digunakan sebagai modal kempen pada pilihan raya negeri akan datang dan maka itulah mereka sedaya upaya yang boleh mahu mencari mana satu perkara yang boleh dijadikan sebagai isu untuk mempengaruhi minda rakyat.
Melihat yang masyarakat Kristian adalah penduduk majoriti di negeri Sarawak, lalu pihak Pakatan Pembangkang tiada pilihan lain untuk menjadikan isu agama untuk dijadikan sebagai isu utama yang akan dibawa nanti selain daripada isu tanah NCR, isu jalan, isu bekalan air serta isu remeh-temah yang lainnya.
Menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, rakyat negeri ini diharap hendaklah sentiasa mengelak dari termakan umpan yang dipasang oleh pihak Pakatan Pembangkang yang kini tengah giat berusaha melihat kepada isu yang berpotensi boleh mempengaruhi rakyat Sarawak dan apabila rakyat telah mula lalai dan termakan dengan isu-isu yang dimainkan maka adalah mudah bagi pihak Pakatan Pembangkang untuk mengheret sama kerajaan Barisan Nasional ke dalam perkara yang telah mereka bangkitkan itu.
Rakyat Sarawak harus sedar dan ingat bahawa kita khususnya yang beragama Kristian sejak sama-sama berada dalam Malaysia, semua kebajikan serta kepentingan lainnya tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah. Kerajaan BN di Sarawak sebenarnya tidak pernah sama sekali menyekat apa juga kegiatan yang melibatkan hal ehwal berkaitan agama Kristian malahan sudah terlalu banyak bantuan serta sumbangan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan BN Sarawak serta BN Pusat untuk mewujud serta membaik-pulih tempat-tempat beribadat serta menaiktaraf sekolah-sekolah missionary di negeri ini.
Penduduk Sarawak khasnya yang beragama Kristian wajar melihat kepada realiti dan bukannya mudah menerima apa sahaja perkara yang cuba untuk merenggangkan sokongan kita selama ini kepada sebuah kerajaan yang ternyata adil pemerintahannya terhadap rakyat. Kita masyarakat Kristian di Sarawak jangan pula cepat melatah dengan apa yang sedang berlaku terhadap isu 'Al-Kitab' yang masih berada di dalam simpanan pihak KDN kerana isu ini masih dalam peringkat menunggu keputusan pihak mahkamah dan kita semua kena faham bahawa setiap apa yang sedang kerajaan lakukan mesti ada sebabnya yang tertentu dan sebagai rakyat kita wajib untuk menghormatinya.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Mac 16, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com