Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 17, 2012

Deklarasi Kuching: Anwar & PR cuba tipu rakyat Sarawak dgn ketetapan ciplak !

Pada malam sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang telah mengetuai pimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS mengumumkan 7 perkara dalam ketetapan yang dikenali sebagai Deklarasi Kuching. Anwar Ibrahim memberitahu, 7 perkara itu akan dilaksana dan direalisasikan sekiranya PR menjadi kerajaan selepas berjaya menakluki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
*****************************************************************************
7 perkara itu adalah:
(1) KERJASAMA BERSEKUTU; yang mana mereka akan memulihara inti pati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

(2) PERWAKILAN YANG ADIL; Pakatan Rakyat akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggembelengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

(3) KEWARGANEGARAAN; di mana mereka akan menubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

(4) PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT; di mana Pakatan Pemabangkang akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

(5) KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH; yang akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di jabatan kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat kerajaan persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

(6) KEADILAN DALAM ISU MINYAK; mereka akan menaikkan bayaran royalty ke atas petroleum dan sumber-sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah daripada 5 peratus kepada 20 peratus.

(7) PEMBANGUNAN SEKATA; yang mana mereka akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

*****************************************************************************
Melihat kepada ketujuh-tujuh perkara yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim serta pihak Pakatan DAP, PKR, PAS dalam Deklarasi Kuching itu kepada rakyat Sarawak nyata hampir keseluruhannya diambil daripada beberapa perkara yang ada dalam 18/20 Perkara dalam Perjanjian antara Sarawak/Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang telah sekian lama termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Cuba lihat kepada Perkara (1) dalam Deklarasi itu, dan bandingkan pula dengan Perkara (11) dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah, bukankah ianya lebih memberi penekanan terhadap kuasa autonomi Sarawak dan Sabah itu sendiri sebenarnya apabila ia telah digariskan sebagai "Taktrif Dan Kewangan" di mana ia membawa kepada maksud bahawa Borneo (Sarawak/Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan takrif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.

Apakah Anwar Ibrahim serta barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang tidak sedar bahawa apa yang telah mereka janji dalam Deklarasi Kuching pada Perkara Pertama itu sebenarnya telah lama ada dalam Perjanjian 18/20 Perkara bagi Sarawak dan juga Sabah?

Lihat pula kepada Perkara yang ke-2 dalam Deklarasi Kuching oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang, dan kita baca pada Perkara ke-12 yang menyebut "Kedudukan Istimewa Penduduk Asli" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah...bukankah perkara itu telahpun sekian lama menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan Barisan Nasional bagi menjaminkan hak keistimewaan rakyat Sarawak dan Sabah terus terpelihara tanpa boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Apakah ini juga pihak Anwar Ibrahim tidak nampak?

Seterusnya mengenai Perkara ke-3 dalam Deklarasi Kuching, lebih baik kita rujuk kepada Perkara ke-10 "Kewarganegaraan" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak dan Sabah, nyata sekali janji yang ke-3 dalam Deklarasi Kuching itu sangat mirip kepada Perkara ke-10 yang telah lama termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, apakah muslihat sebenar pihak Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Pembangkang membangkitkan isu ini?

Perkara ke-4 Deklarasi Kuching oleh Anwar Ibrahim serta Pakatan Pembangkang juga nyata telah menceduk idea tuntutan Sarawak dan Sabah yang terdapat pada Perkara ke-20 "Tanah, Hutan & Kerajaan Tempatan" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah. Dan semua yang disebut mengenainya telahpun dipersetujui oleh pihak di Sarawak dan Sabah sebelum bersama Semenanjung Malaysia menubuhkan negara Malaysia, jadi apakah niat di sebalik kesungguhan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mengusik sesuatu yang didokumenkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

Lihat juga kepada Perkara ke-5 dalam Deklarasi Kuching, bukankah itu telah digesa sebagaimana yang disebut di dalam Perkara ke-8 "Borneosation" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah yang mana pihak Semenanjung turut bersetuju agar perkara berkenaan perlu diteruskan secepat mungkin. Kerajaan Barisan Nasional sudah lama memenuhi tuntutan ini namun hanya pihak Anwar Ibrahim serta Pakatan Pembangkang yang tidak peka mengenainya.

Seterusnya kita lihat kepada Perkara ke-6 dalam Deklarasi Kuching, Anwar Ibrahim dan juga semua pemimpin dalam Pakatan Pembangkang sepatutnya melupakan saja tuntutan ini keraja isu royalty minyak kini telahpun jatuh ke dalam tangan pihak Barisan Nasional dan isu mengenai royalty 20 peratus itu sedang dalam perbincangan pada peringkat tertinggi antara kerajaan Barisan Nasional Sarawak dengan Sabah sebelum dibawa kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan keputusan serta kelulusan.

Dan Perkara yang ke-7 pada Deklarasi Kuching itu, Perkara ini sama saja bunyinya dengan Perkara ke-2 dalam Deklarasi tersebut iaitu merujuk balik kepada Perkara ke-12 dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah yang sudah 49 tahun termaktub kemas di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak kewujudan Malaysia lagi. Dan saya tidak melihat di mana keperluan untuk diisi dengan ketetapan seumapama itu sepertimana yang diumumkan oleh Anwar Ibarahim dan Pakatan Pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional selama inipun sangat menitik berat perkara-perkara sedemikian.

Apa yang lebih menggerunkan pada Deklarasi Kuching itu ialah ada di Perkara yang ke-2, kalau diterjemahkan dengan lebih luas dan panjang lebar lagi maksud yang tersirat di sebalik perkara berkenaan ianya lebih kepada niat tidak baik iaitu mereka seolah-olah sedang mensasarkan kepada Perkara ke-6 "IMIGRESEN" di dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah dan samada mereka mahu memansuhkan perkara tersebut kerana jika ditakdirkan Pakatan Pembangkang berkuasa pasti akan menyukarkan pergerakan mereka untuk berulang-alik dari Sarawak/Sabah ke Semenanjung dan sebaliknya.

Dan diharapkan supaya rakyat Sarawak tidak akan mudah terpedaya dengan helah terbaru pihak Pakatan Pembangkang ini...

..pulak dah!!! ANTI vs ANTI ..cukup2lah tu! yang sudah tu sudahlah!!

Saya dapati beberapa akaun facebook yang melampau khususnya yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan penduduk Sarawak terhadap pihak di Semenanjung telahpun ditarik balik dari laman sosial tersebut atau dalam erti kata lainnya telahpun dipadamkan.

Terima kasih kepada mana-mana mereka yang telah berusaha sehingga memaksa pemilik akaun facebook berkenaan memadamkan laman facebook yang tidak bertanggungjawab seumpama itu dari terus menjadi "batu api" dalam hubungan Sarawak - Semenanjung Malaysia - Sabah.

TETAPI malang sekali apabila dalam pada waktu facebook Semenanjung ANTI Sarawak begitu ligat mempersenda dan memburuk-burukkan penduduk Sarawak dengan berbagai-bagai gelaran, sudah diwujudkan pula beberapa akaun oleh rakyat Sarawak sendiri sebagai tindakbalas kepada perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik akaun facebook Semenanjung ANTI Sarawak sebelum ini.

Adalah diharapkan, semoga dari tindakan menarik balik beberapa akaun facebook milik individu tertentu yang berunsur hasutan, fitnah melamapau terhadap Sarawak dan rakyatnya dari laman sosial berkenaan maka begitu jugalah harapan kita semua agar mana-mana rakyat Sarawak atau mereka yang berkepentingan juga harus berbuat demikian, tarik balik atau padam terus apa jua akaun yang seumpama itu yang sama sekali tidak sepatutnya dibuat.

Dan demi perpaduan masyarakat dalam negara kita, demi perpaduan nasional adalah amat diharapkan supaya jangan ada lagi perkara-perkara sebegini wujud di kalangan sesama kita !

Arkib Blog