Biarpun menang tetapi tidak mustahil kiranya pihak Barisan Nasional akan mencabar kemenangan pakatan pembangkang dengan menggunakan kuasa mahkamah kerana jika dilihat dari sudut undang-undang memang jelas memperlihatkan pakatan tiga buah parti pembangkang itu tidak sah kerana selain tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan di samping tidak mempunyai sebarang lambang khusus mereka juga sering bertelagah sesama sendiri dalam perkara tertentu dan terbaru timbul perselisihan dalam isu pengagihan kerusi pada pilihan raya umum ke-13 ini di mana akhirnya menyaksikan calon DAP bertembung dengan calon PAS menentang calon BN dan begitu juga apabila calon daripada PKR, PAS serta DAP bertemu sesama mereka di beberapa buah kerusi berhadapan dengan calon daripada Barisan Nasional.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, April 22, 2013
Malaysia akan ditadbir oleh kerajaan haram jika PR berjaya pada PRU13 !
Biarpun menang tetapi tidak mustahil kiranya pihak Barisan Nasional akan mencabar kemenangan pakatan pembangkang dengan menggunakan kuasa mahkamah kerana jika dilihat dari sudut undang-undang memang jelas memperlihatkan pakatan tiga buah parti pembangkang itu tidak sah kerana selain tidak berdaftar sebagai sebuah pertubuhan di samping tidak mempunyai sebarang lambang khusus mereka juga sering bertelagah sesama sendiri dalam perkara tertentu dan terbaru timbul perselisihan dalam isu pengagihan kerusi pada pilihan raya umum ke-13 ini di mana akhirnya menyaksikan calon DAP bertembung dengan calon PAS menentang calon BN dan begitu juga apabila calon daripada PKR, PAS serta DAP bertemu sesama mereka di beberapa buah kerusi berhadapan dengan calon daripada Barisan Nasional.
#P213 Mukah; apabila keputusan parti mengatasi kehendak rakyat !
Saya nak memberi contoh di kawasan Parlimen P213 Mukah, walaupun parti telah maklum sebahagian besar rakyat terutamanya para pengundi di kawasan parlimen berkenaan menyatakan secara terbuka mahu parti menampilkan muka baru sebagai calon Parlimen Mukah pada pilihan raya kali ini namun seperti biasa suara akar umbi rakyat tidak pernah diendahkan malah rakyat sebaliknya didesak agar akur dengan keputusan parti sedangkan rakyat Mukah sudah terlalu bosan dan muak dengan cara Datuk Sri Dr. Leo Micheal Toyad mengurus permasalahan rakyat dan kawasan yang beliau wakili selama 7 penggal.
Nampaknya dalam soal mengambilkira pendapat suara akar umbi, proses ini sebenarnya tidak pernah sampai ke bawah cuma untuk menyedap hati rakyat serta pucuk pimpinan BN Pusat maka dikatakan rakyat akar umbi di Parlimen Mukah mahu Dr. Leo Toyad kekal dicalonkan sebagai wakil mereka sedangkan hakikatnya rakyat mahu parti menggantikan beliau dengan seorang individu lain dengan harapan agar Mukah mendapat seorang Ahli Parlimen BN yang jauh lebih berwibawa, rajin meninjau masalah kawasan setempat, berani menyuarakan masalah rakyat bukan hanya di kawasannya tetapi masalah rakyat di seluruh Sarawak khususnya dan Malaysia amnya ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Di Parlimen P213 Mukah, seperti yang dapat disaksikan pada hari ini apabila rakyat terpaksa akur untuk mengundi Dr. Leo buat penggal yang ke-8 dan ini bermakna beliau akan menjadi Ahli Parlimen di Mukah untuk selama 40 tahun tanpa pembangunan yang sepatutnya berlaku seiring dengan tempoh masa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen tetapi tiada kerana pembangunan yang dapat dilihat berlaku di kawasan tertentu dalam Parlimen Mukah sekarang hanya bermula selepas Pehin Sri Hj Abd Taib Mahmud berpindah dari DUN Asajaya ke DUN Balingian dan begitu juga selepas DUN Dalat mendapat sentuhan daripada YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com