Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 13, 2010

Tergesa dalam perjalanan untuk menabur fitnah, kereta Tian Chua terlanggar anggota tentera...

KOTA TINGGI: 13 Mac - Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi. - Utusan Malaysia.

Berita lanjut sila rujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm .

Ulasan serkap;

Menurut berita yang dimuat dalam Utusan Malaysia itu, kereta Mercedes Benz yang dinaiki Tian Chua sedang dalam perjalanan menuju ke Mersing untuk menyampaikan "ceramah?''' ramah mesra dengan penduduk disitu.

Kerana sangat terdesak untuk menabur fitnah yang tak sudah-sudah terhadap para pemimpin Barisan Nasional, Tian Chua tidak menegur dan memperdulikan pemandu beliau dari membawa kereta dalam keadaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain asalkan beliau segera sampai ke destinasi.

Pemandu Mercedes Benz yang membawa Tian Chua dilaporkan telah memasuki lorong sebelah kanan atau lorong yang salah apabila tidak memberi laluan terlebih dahulu kepada kenderaan dari depan untuk lalu sebelum kenderaan 'mewah' beliau boleh memasuki laluan tersebut.

Dalam soal melanggar undang-undang negara, Tian Chua memang jaguh. Bagi beliau dan ahli-ahli PKR yang lainnya, semua orang tidak betul, semua orang salah, hanya mereka saja yang betul.

Apa lagi kalau sudah berada diatas jalanraya, walaupun undang-undang jelas menuntut semua penggunanya harus mematuhi peraturan JPJ sebagaimana yang telah digariskan, tetapi mana mungkin pihak berkuasa mampu untuk mengawasi pergerakan kenderaan para pengguna di sepanjang jalan raya.

Maka keadaan inilah yang diambil kesempatan oleh para pengguna yang memiliki kenderaan mewah dan besar untuk menunjukkan kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa merekalah hero atau jaguh di atas jalan raya dengan sesuka hati memotong kereta didepan, menukar lorong mengikut undang-undang sendiri tanpa memastikan samada kewujudan kenderaan dari arah hadapan serta tidak memberi signal terlebih dulu. Dan inilah yang dilakukan oleh Tian Chua serta pemandunya.

Yang peliknya, kenapa Tian Chua dibenarkan meneruskan perjalanan beliau untuk menuju ke tapak ceramah dimana beliau dijadualkan untuk menaburkan fitnah, sedangkan mangsa yang dilanggar oleh kenderaan yang beliau naiki sedang bergelut dengan maut, berjuang antara hidup dengan mati ?

Mangsa, Allahyarham Mohd. Salleh Hamdan merupakan mangsa kedua yang telah dilanggar oleh wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang. Sebelum ini juga seorang lagi wakil rakyat dari Pakatan pembangkang ADUN SekinchanSelangor, Ng Swee Lim yang memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar adik Mohd. Bakri bin Mohd Bazli 23, telah mengakibatkan mangsa koma untuk beberapa hari di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR).

Bagaimana agaknya status siasatan terhadap ADUN Sekinchan berhubung dengan kemalangan itu setakat ini belum lagi dapat diperolehi, samada ianya masih disiasat atau sudah ada tindakan susulan seperti sudah sampai keperingkat dakwaan atau apa-apa sajalah, cuma kita sebagai rakyat biasa hanya mampu menanti dan melihat.

Kini, kedua-dua kes kemalangan kebetulan melibatkan mangsanya adalah dari kaum Bumiputera dan yang melanggarnya pula adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti yang kononnya "tidak rasis" memperjuangkan keadilan yang sama rata kepada semua kaum, tiada tinggi tiada rendah, tiada besar tiada kecil, tiada hitam tiada putih, tiada cacat tiada cela untuk semua rakyat...semuanya sama rata, depan belakang semua sama.

Jadi, sekarang kita mahu dengar dan mahu tahu akan pendirian terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khalid Samad, Tan Sri Khalid Ibrahim, Hussam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub, Zuraidah Kamaruddin, Saifuddin Nasution, Azmin Ali, Mustapa Ali dan lain-lain lagi dalam PKR dan PAS, apa kata mereka? Tunjukkanlah dimana letaknya keadilan dan kesamarataan yang digembar-gemburkan yang menjadi dasar perjuangan dalam parti PKR dan PAS dalam isu ini...

Kalau sebelum ini sehingga sekarang kes kematian mendiang TBH telah menerima layanan yang begitu luarbiasa sekali daripada mereka yang tersebut diatas, sehingga menelan kos yang bukan sedikit wang rakyat digunakan untuk membawa dan membayar gaji pakar patologi asing ke negara ini semata-mata untuk membela kematian misteri mendiang, jadi oleh itu...apa salahnya mereka(PAS dan PKR) turut menyuarakan isu kemalangan yang melibatkan dua pemuda Melayu ini ketengah tanpa rasa berat sebelah dan tanpa rasa ditekan. Ada berani ???

Anugerah 'Datuk' kepada para pelakon satu penghormatan dan mesti dihormati.

Kali ini saya ingin memandu arah dari selalu menyentuh isu-isu politik menuju arah untuk melihat kepada isu-isu yang tidak kurang juga hebatnya di negara ini iaitu dunia seni. Disebalik gesaan beberapa pihak yang menyeru agar ditarik balik anugerah atau pingat kebesaran yang membawa berbagai-bagai gelaran daripada penerima tertentu dengan alasan atas sebab-sebab yang tertentu juga, namun saban tahun juga kita melihat semakin ramai juga yang terus menerimanya setelah jasa-jasa mereka didalam bidang serta kerjaya masing-masing turut diiktiraf oleh pihak Kerajaan.

Penggiat seni seperti penyanyi, pelakon drama dan filem, pelawak, pencipta, penggubah, penulis lirik lagu, penulis skrip drama dan filem, pengarah serta penerbit drama juga filem, jurukamera dan semua mereka yang terlibat secara langsung didalam industri hiburan tanah air juga tidak terkecuali mendapat pengiktirafan yang sedemikian rupa daripada pihak kerajaan serta seluruh para peminat di negara ini.

Contohnya seperti Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Biduan Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Datuk Saadiah, Allahyarham Datuk Mahmud June, Allahyarham Datuk S. Roomai Nor, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Aziz Sattar, Datuk Aziz Singah, Datuk S. Kusdiwanata, Datuk Mustapha Maarof, Biduan Negara Datuk Sharifah Aini, Datuk M. Daud Kilau, Datuk D. J. Dave, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Michele Yeoh, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Seri Jefferydin, Datuk Yusof Haslam, Tan Sri Datuk S. M. Salim, Allahyarham Datuk S. Jibeng, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Kassim Masdor, Datuk Kathijah Ibrahim, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan lain-lain lagi.

Sebagai peminat kepada mereka ini, kita tentunya pasti merasa amat gembira apabila artis-artis baik penyanyi maupun pelakon yang kita minati telah mendapat anugerah yang tertentu daripada para pembesar negara berdasarkan sumbangan mereka kepada masyarakat negara ini melalui karier mereka masing-masing. Sudah tentu apabila penyanyi atau pelakon yang menjadi pujaan telah menerima pengiktirafan yang selayaknya daripada pihak pemerintah maka sebagai peminat, kita juga sangat mengharapkan agar mereka ini tahu bagaimana cara untuk menghargai kurniaan darjah yang telah diberi dan bagaimana untuk menentukan pembawaan diri baik ketika didunia layar ataupun ketika diluar penggambaran supaya selepas itu penampilan dikhalayak ramai bersesuaian dengan anugerah yang ada pada diri.

Disini saya cuma hendak menyentuh berkenaan dengan dua personaliti terkenal saja, kerana kalau hendak menilai kesemua mereka yang lainnya pasti akan mengambil masa dan ruang yang sangat panjang. Kedua selebriti ini sangat terkenal, lihat gambar diatas semua rakyat Malaysia kenal, dari orang tua, muda dan anak-anak kecilpun tahu siapa mereka ini. Datuk Jalaluddin Hassan pelakon drama tv terkenal dengan jolokan Richard Gere Malaysia, adik kepada Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Musa Hassan dan seorang lagi Datuk Rahim Razali pengarah, penerbit serta pelakon filem, pelakon drama tv dan beliau juga merupakan seorang pengulas sukan khususnya sukan bolasepak. Kempen Piala Dunia semakin rancak dan sepak mula untuk perlawanan pertama Piala Dunia di Afrika Selatan tidak lama lagi dan ini tentunya akan membuat Datuk Rahim Razali menjadi semakin sibuk dengan jadual ketat beliau.

Saya sengaja memilih dua insan seni ini sebagai mengisi ruang kepada tajuk artikel yang saya letakkan diatas sebab keduanya dilihat sentiasa laris dan hangat dipasaran baik untuk drama di TV1, TV2, TV3 dan juga di Channel tertentu di ASTRO. Apa yang cuba untuk saya ketengahkan disini ialah berkenaan dengan watak-watak yang dilakonkan oleh kedua-dua mereka ini dalam drama-drama terbaru iaitu selepas mereka di anugerahkan dengan pingat yang membawa gelaran 'Datuk.' Jika sebelum kedua mereka ber'title' sebagai Datuk, apapun watak yang dipegang mereka dalam mana-mana drama atau filem memanglah kita tidak ambik kisahpun tetapi kini apabila situasinya berbeza dan keduanya telahpun berstatus sebagai Datuk, jadi adalah sangat tidak elok untuk mereka diberi watak yang dirasa memang tidak sesuai lagi untuk dilakon oleh keduanya memandangkan gelaran sebagai Datuk harus dihormati supaya institusi yang memberikannnya tidak merasa terkilan.

Didalam drama-drama terbaru lakonan kedua mereka ini, bagaimana kita boleh melihat aksi mereka dengan watak-watak yang tidak sepatutnya diterima atau diberikan kepada mereka untuk menjayakannya. Dalam satu drama yang ditayangkan dalam salah satu saluran tv baru-baru ini, dimana Datuk Rahim memegang watak sebagai seorang tua yang kaya-raya, berbudi-pekerti yang tinggi, sentiasa berselindung dibalik sifat pemurahnya kepada penduduk kampung namun dalam diam-diam telah menyalahgunakan kekayaan serta harta-benda yang dimiliki untuk memenuhi semua tuntutan nafsu serakah dengan menodai kesucian gadis-gadis kampung, manakala dibabak akhir dalam drama itu beliau telah ditangkap, diheret oleh orang ramai keliling kampung. Sesuaikah watak begini untuk dilakonkan oleh mereka yang telah bergelar sebagai "Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya?"...

Datuk Jalaluddin Hassan pula akan tampil dikaca TV3 tidak lama lagi dengan lakonan terbaru beliau, watak yang diberikan kepada beliau juga saya lihat memang tidak sesuai sama sekali bagi beliau yang telah bergelar sebagai Datuk. Ada masyarakat yang tidak tahu untuk membezakan antara dunia lakonan atau fantasi dengan realiti. Tetapi itu juga adalah antara masalahnya, dan apa yang saya mahu melihat ialah apakah memang tiada pelakon lain selain daripada mereka-mereka yang telah bergelar sebagai Datuk untuk diberikan watak sedemikian ? Adalah wajar bagi mana-mana pelakon yang sudah bergelar sebagai Datuk diberikan watak yang sesuai dengan perkembangan semasa mereka dan jika ditawar juga oleh mana-mana pengarah drama atau filem dengan watak sedemikian, mereka wajar untuk menolaknya sebagai menghormati kurniaan pingat yang telah mereka terima.

Arkib Blog