Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 09, 2010

Hak Bumiputera: PAS hanya berani bila dibelakang DAP...


Bila mengimbas kembali akan kesemua pendirian PAS sebelum ini tentang berbagai perkara yang berbangkit baik yang membabitkan soal perpaduan kaum Melayu, hal ehwal agama Islam, hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera saya rasa macam tak percaya atau tidak yakin lagi dengan apa-apa juga kenyataan yang telah dibuat oleh para pemimpin parti tersebut terutamanya Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jika kita perhatikan betul-betul, seandainya ada sesuatu isu timbul yang sememangnya wajar dipertahankan oleh parti tersebut yang jika diambil kira dasarnya dulu adalah bertunjangkan kepada Islam dan Melayu dan pada awalnya setelah pihak lain ada menyuarakan pendirian masing-masing maka bila tiba giliran para pemimpin PAS ini bersuara maka selalunya kenyataan mereka adalah selari dengan pandangan atau suara-suara pemimpin didalam kerajaan terutamanya UMNO dan segelintir pemimpin parti yang berteraskan kepentingan kaum Bumiputera didalam mempertahankan hak-hak yang sepatutnya sebagaimana yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tapi apa yang amat menyedihkan ialah apabila perkara ini telah membangkit rasa kurang senang dikalangan para pemimpin pembangkang didalam sekutu PAS iaitu DAP. DAP sememangnya tidak menyukai bila ada rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang menari mengikut alunan muzik pihak lawan dan tidak suka rakan mereka menyanyi senada dengan lagu yang didendangkan oleh pihak yang menjadi seteru sekian lama.

Dan bila perkara ini berlaku maka PAS terpaksa berdepan dengan proses soal jawab oleh DAP dan PAS dikehendaki menjelaskan secara centimeter atau halus lagi secara milimeter kepada pemimpin serta penyokong berkarat dalam DAP akan sebab mengapa dan kenapa PAS berpendirian serupa dengan UMNO dan BN dalam isu yang membabitkan hak-hak kaum Bumiputera.

Jadi dalam perkara ini PAS kelihatan menjadi serbasalah dan ini meletakkan PAS didalam keadaan dimana jika "diluah akan mati bapak, dan jika ditelan mati mati emak", oleh itu sekiranya mereka mengambil pendirian berpihak maka begitulah risiko yang pasti PAS akan tanggung melainkan sekiranya PAS sanggup berpendirian berkecuali didalam isu seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu berdepan dengan DAP untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenarnya.

Inilah PAS yang sebenarnya, mereka akan bersuara selagi DAP belum membuka mulut dan masih mendiamkan diri dan PAS akan tetap bersuara tentang isu yang sama dengan UMNO selagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh belum terjaga dari tidur mereka masing-masing dan PAS biasanya akan mula mengalih haluan atau akan mula menukar nada pendirian mereka sebaik sahaja terdengar suara Karpal Singh menguap dari tidur dan bila kedengaran suara Lim Kit Siang terbatuk dari atas tilam Dreamland.

PAS pasti tidak akan mampu mempertahankan pandangan mereka untuk jangkamasa yang lama selagi mereka masih berpakat dengan DAP dan PKR dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka kearah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang parti berkenaan impikan sejak sekian lama.

Arkib Blog