Projek Hydro Bakun pada peringkat awal cadangan dan dalam peringkat pelaksanaannya telah mendapat berbagai bantahan daripada penduduk setempat serta tentangan hebat daripada pihak pembangkang yang mendakwa kononnya projek berkenaan akan mendatangkan bencana alam yang sangat teruk sekiranya empangan tersebut pecah dan mengakibatkan banyak penempatan penduduk di bahagian hilir projek berkenaan seperti Bintulu, Kanowit dan Sibu menerima risiko ditenggelami air deras apabila empangan berkenaan runtuh dan akan mengancam kehidupan penduduk yang terlibat.
Walaubagaimanapun kini Empangan Bakun yang telah siap sedia untuk beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini tidaklah sepertimana yang dituduh oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini malahan projek Bakun Hydroelektrik mulai dilihat sebagai penyelamat kepada keadaan terutama ketika masalah banjir besar yang seringkali melanda bandar Sibu pada setiap kali tiba musim hujan namun semenjak Empangan Bakun mula melakukan kerja-kerja penakungan air pada 13 Oktober 2011 dan kemudiannya melakukan pelepasan air secara berterusan mengikut jadual iaitu dalam jumlah 500m air bagi setiap kali operasi untuk membolehkan kenderaan air seperti bot ekspress bergerak, maka penduduk Sibu boleh melihat perkembangan berbeza kesan dari projek empangan tersebut apabila tiada berlaku sebarang banjir besar berlaku di Sibu sepanjang tahun 2012 yang lalu.