Dikala negara pengganas Amerika Syarikat yang mengetuai tentera bersekutu dianggotai oleh Britain, Perancis serta mendapat sokongan daripada UAE sendiri selaku sebuah negara Islam yang sanggup bersekongkol dengan kuasa Barat untuk memusnahkan negara Islam yang lain iaitu Lybia, maka pada 20 February 2011 yang lalu sehari sebelum Anwar Ibrahim "mengemaskinikan" akaun Facebook serta Twitternya tanpa Presiden Barrack Obama sedari ada 3 lembaga aneh telah muncul di ruang udara Lafayette dalam negeri Colorado.
Sibuk dengan rancangannya untuk memerangi semua negara Islam yang lemah, Obama yang pada mulanya dianggap sebagai seorang pemimpin pertama negara penceroboh itu mempunyai pendekatan tidak mahu bermusuhan dengan negara-negara Islam kerana cara kepimpinan Obama diperingkat mula memang meyakinkan semua pemimpin negara Islam seluruh dunia namun semuanya hanyalah satu sandiwara semata. Obama dengan George Walker Bush memang tiada bezanya, sama-sama kejam. Cuma Bush berkulit putih manakala Obama berkulit hitam, itu saja...lain-lain sama saja.
Berjaya menduduki negara Afghanistan bertahun-tahun lamanya telah menjadikan Amerika Syarikat muncul sebagai sebuah negara Barat yang begitu berjaya menipu seluruh pemimpin negara-negara lain dengan cerita yang sengaja direka mengenai kewujudan seorang manusia yang bernama Osama Bin Laden. Sampai bila lagi pemimpin negara-negara Islam untuk terus mempercayai pembohongan oleh pihak Amerika Syarikat mengenai yang Osama Bin Laden benar-benar wujud di muka bumi ini.
Untuk apa lagi kita percaya lagi dengan sebarang dakwaan Amerika Syarikat tentang Osama Bin Laden ini dan lihatlah setiap kali Amerika Syarikat membuat drama baru dimana-mana saja dalam negara Islam yang jalan ceritanya boleh dikaitkan dengan watak Osama Bin Laden, mereka yakni tentera Amerika Syarikat segera dikerah untuk melancarkan serangan tanpa perlu untuk mendapat restu dari pemimpin negara yang dijadikan sebagai pangkalan tentera mereka.
Osama Bin Laden bagi saya adalah satu kisah rekaan Amerika Syarikat semata-mata. Osama Bin Laden tidak wujud sebenarnya dan adalah amat mustahil sekali bagi sebuah negara yang sudah berpuluh-puluh tahun mendahului negara-negara lain didunia ini dalam memiliki alat-alat yang tercanggih tetapi sentiasa gagal untuk mengesan dimana kedudukan Osama Bin Laden berada.
Kenapa begitu sukar sekali bagi Amerika Syarikat untuk menjejaki Osama Bin Laden sedangkan di bulan mereka sudah sampai, planet Musytari, matahari mereka sudah berjaya mengelilinginya tetapi kalau benar dakwaan mereka yang Osama Bin Laden memang wujud dan bersembunyi dalam lubang gua antara Afghanistan dengan Pakistan kenapa tidak berusaha untuk mengenalpasti berapa jumlah kesemua bukit yang mempunyai lubang gua serta kedudukkannya dalam negara Afghanistan dan Pakistan.
Watak Osama Bin Laden adalah lesen besar Amerika Syarikat bagi membolehkannya untuk menyerang mana-mana negara Islam yang dia anggap sebagai penghalang kepada semua niat jahat Amerika Syarikat yang memang gemar membuli negara lemah terutama negara-negara Islam.
Semua cerita tentang Obama Bin Laden yang dimainkan oleh Amerika Syarikat tidak ubah gaya ceritanya sama seperti cerita dongeng yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah mengenai dakwaan Anwar diracun dengan arsenik, kemudian sakit tulang belakang, sudah sembuh dari sakit buat cerita lawak pula 16 September dan sekarang pula 'buku Jinggay" Pakatan DAP, PKR dan PAS.
Inilah saya rasa agaknya apabila UFO muncul tepat diruang angkasa Amerika Syarikat mungkin ianya sebagai satu peringatan daripada Tuhan kepada seluruh manusia serta kepada semua pemimpin dari negara-negara kuasa besar khususnya Amerika Syarikat sendiri supaya jangan berterusan untuk menipu satu dunia dengan berbagai-bagai cerita karut yang mereka bawa tentang Osama Bin Laden.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Mac 31, 2011
Anwar dan Baruk Bian sudah mulai saling tidak mempercayai sesama sendiri
(atas hanya gambar untuk hiasan, ihsan daripada brader Jeffry Damien dan mungkin tiada kaitan dengan sesiapa baik yang akan kalah atau yang belum tentu dapat jadi KM Sarawak)
Pertelagahan yang berlaku di antara DAP dengan PKR dalam isu pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihanraya Sarawak yang ke sepuluh sudah menjadi semakin kusut malah Anwar yang datang ke Bumi Kenyalang sejak dua hari yang lalu ternyata gagal untuk mencari penyelesaian berhubung isu tersebut.
Baruk Bian yang dlantik secara membabi buta oleh Anwar untuk menerajui PKR di Sarawak juga ternyata gagal dalam mendapatkan persefahaman bersepadu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rasuah iaitu DAP Sarawak apabila mulut beliau terus dikunci oleh SNAP yang memang tidak menyukai gaya politik liar yang cuba dibawa oleh PKR ke dalam politik negeri Sarawak.
Faktor utama lain yang mungkin menjadi punca kegagalan kepada semua cara Baruk Bian untuk mencapai kata sepakat dalam setiap perbincangan yang diadakan bersama DAP Sarawak ialah berkaitan dengan sejarah silam iaitu bagaimana sejarah hubungan antara kaum yang ada di atas Bumi Kenyalang ini terbentuk dan berkembang serta apa yang berlaku disepanjang sejarah itu bermula sehingga kini.
Di Sarawak misalnya, mungkin semua daripada rakyatnya tahu yang Baruk Bian adalah seorang yang datang daripada sekitar masyarakat yang memang terkenal dengan sikap anti-Cina kecuali kalau sememangnya kaum Cina itu telah lama menetap serta berniaga di Daerah Lawas atau Limbang. Banyak sebenarnya perkara yang telah berlaku membabitkan permasalahan ini tetapi biarlah ianya hanya menjadi satu sejarah yang tak perlu lagi untuk diungkit-ungkit.
Dan oleh kerana itu saya berpendapat bahawa sekiranya dalam DAP Sarawak sekarang ini ada terdapat mereka-mereka ini yang dulunya iaitu pemimpin Cina atau kaum keluarga mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan ketika mula atau semasa sudah bekerja di kawasan daerah kelahiran Baruk Bian, pastinya tidak akan dapat melupakan tentang apa yang pernah mereka alami dan tidak semudah itu bagi mereka untuk menerima Baruk Bian menjadi orang nombor satu dalam Pakatan Rasuah di Sarawak ini.
Dalam isu pembahagian kerusi yang masih buntu antara DAP dengan PKR saya melihat Baruk Bian seperti menaruh harapan tinggi terhadap Anwar untuk segera menyelesaikannya namun apa yang diharapkan oleh Baruk Bian serta kuda-kuda PKR di Sarawak ternyata tidak menjadi kerana asas sebenar iaitu persefahaman atau kesepakatan bersama dalam menentukan tindakan seterusnya ternyata gagal ditangani Anwar Ibrahim yang kini masih gagal mendapatkan semula jam Omeganya yang dilaporkan hilang pada 21 February lalu dalam sebuah bilik misteri disebuah hotel terkemuka.
Label:
PKR
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com