Persaudaraan Melayu: Kami Merindukanmu Jenderal!!#more#more#more
Hati saya sangat tersentuh dengan tulisan saudara Aditya melalui posting terbarunya didalam blog beliau yang mengimbas tentang perbezaan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia disaat pemerintahan mantan Presiden ke-2 Indonesia Bapak Suharto.
Ketika membaca tulisan beliau itu telah membuat saya sedar yang kebanyakkan rakyat Indonesia sebenarnya sangat merindui kepimpinan mantan Presiden yang punya rekod begitu terbaik didalam hubungannya dengan Malaysia sepanjang pentadbiran beliau.
Maka saya kembarkan tulisan beliau dengan satu artikel yang telah berusia lebih dua tahun saya simpan dan saya keratkan dari sebuah akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh pada 29hb January 2008 kerana saya berpendapat ini kemudian hari akan jadi bermakna bila ada saat kita memerlukannya.
Artikel ini memaparkan hampir kesemua luahan hati dan perasaan rakan karib almarhum mantan Presiden Indonesia, Bapak Suharto iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pemergian almarhum sebagai mengenang kembali sejarah kepimpinan almarhum yang penuh dengan seribu kisah suka dan duka.
Malaysia terhutang budi kepada Suharto, kata Dr Mahathir -
KUALA LUMPUR: 29 Jan 2008 - Malaysia terhutang budi kepada Suharto atas peranannya mengakhiri gerakkan Konfrontasi ke atas Malaysia selepas menjadi Presiden Indonesia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.
Dalam memberi penghormatan kepada Suharto, bekas Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kami memandang kepadanya sebagai pemimpin ulung dan negarawan antarabangsa. Bagi diri saya ia agak peribadi. Saya mengenalinya dan berurus dengan dia untuk tempoh sekian lama.
"Saya menganggapnya sebagai sahabat Malaysia dan rakan karib,"katanya ketika mengulas mengenai pemergian Suharto kepada Bernama dan RTM di kediamannya di Seri Kembangan disini.
Suharto, 86, meninggal pada 1:10 petang ini waktu tempatan(2:10 waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi kelmarin.
Beliau yang memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 January lepas.
Dr Mahathir berkata Malaysia menghargai usaha-usaha Suharto untuk menamatkan konfrontasi yang dicanangkan oleh Presiden pertama Indonesia, Sukarno, keatas Malaysia pada 1962.
"Apa yang Malaysia menghargainya ialah semasa pemerintahan Suharto, konfrontasi pun berakhir. Wujud banyak perasaan muhibah, dan hasrat ikhlas untuk mengakhiri konfrontasi. Allahyarham menghargai hubungan baik dengan Malaysia," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menganggap laporan media Barat sebagai 'karut mutlak' menuduh Suharto dalam pembunuhan hampir 500,000 orang apabila mengambilalih kuasa selepas Komunis gagal merampas kuasa pada 30 September 1965.
"Pada hakikatnya saya memang tahu itu. Saya tahu apa yang berlaku. Indonesia ketika itu huru-hara dan Suharto tidak mempunyai kuasa. Pada masa insiden pembunuhan, Allahyarham belum lagi menjadi Presiden. Allahyarham tidak mengarah pembunuhan itu," katanya.
Katanya rakyat tidak harus lupa peranan Amerika Syarikat dalam menyokong angkatan tentera Indonesia untuk menggulingkan Sukarno, ketika Barat mengkritik kepimpinannya pada tempoh konfrontasi antara 1962 dan 1966.
Barat juga sama-sama bertanggungjawab atas perubahan berdarah kepimpinan di Indonesia. Siapa sahaja tidak harus dengan mudah menuding jari atas pembunuhan 500,000 orang sebagai kerja Presiden Suharto seperti dilaporkan oleh media Barat," katanya, sambil menjelaskan bahawa Suharto sahaja yang memulihkan keadaan pada masa itu.
Dr Mahathir menghargai Suharto kerana peranan besarnya dalam membangunkan Indonesia yang mempunyai lebih 13,000 pulau dan 200 juta penduduk.
"Walaupun Indonesia bukan merupakan negara demokrasi unggul ketika mana Suharto, hakikatnya beliau membawa kestabilan kepada Indonesia. Sudah tentu, ada harga yang perlu dibayar," katanya, sambil mengakui ada sebilangan orang yang menderita dibawah pentadbiran Suharto.
"Penderitaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika Suharto tidak mengatasi keadaan huru-hara dan memulihkan undang-undang di negara keempat paling tinggi kepadatan penduduk di dunia," katanya.
Dr Mahathir berkata tidak dapat bercakap dengan Suharto ketika melawatnya di Hospital Pertamina, Jakarta Selatan, 14 January 2008 lalu.
"Saya fikir dia tahu kehadiran saya," katanya. Mengenai dakwaan rasuah yang teruk semasa pemerintahan Suharto, Dr Mahathir berkata: "Anda tidak boleh menyalahkan Suharto semata-mata kerana amalan rasuah memang wujud sekian lama dan ia berlaku di banyak negara.
"Juga di Malaysia, ada rasuah. Jadi untuk menyalahkan sepenuhnya keatas dirinya, ia tidak betul," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau menikmati hubungan kerja dan hubungan peribadi yang baik dengan Suharo kerana masing-masing mampu bercakap secara ikhlas dan terbuka.
"Memang sentiasa ada beberapa pertikaian antara dua negara tetapi pertikaian itu tidak menular kepada kepada keadaan konfrontasi.Kami ada pertikaian mengenai tuntutan kawasan walaupun kita mampu menyelesaikan semua masalah.
"Kami berjaya berbual dalam suasana mesra," katanya,sambil merujuk kepada pertikaian tuntutan kepulauan Ligitan dan Sipadan.
Kedua-dua negara itu bersetuju merujuk tuntutan pertindihan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Huge Belanda, dimana Mahkamah kemudian memerintahkan bahawa kedua-dua pulau itu di pantai timur Sabah itu kepunyaan Malaysia - Bernama
Begitu rakyat di Indonesia yang mulai merindui kepimpinan mantan Presiden Suharto maka begitu juga kami di Malaysia yang ada diantaranya masih mengharapkan sangat sentuhan bekas Perdana Menteri YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad didalam kepimpinan negara ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com