Tetapi berbeza pula dengan reaksi sesetengah rakyat terutamanya orang Islam di Malaysia ini apabila berlaku perkara seperti apa yang pernah disiarkan didalam beberapa blog kumpulan (BPN) serta AIDC serta blog-blog yang pro-kerajaan. Blog-blog tersebut sejak beberapa hari yang lalu telah menyiarkan kejadian dimana pihak Masjid tertentu di dalam negeri Selangor telah membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Sri Andalas iaitu YB Dr. Xavier Jayakumar untuk memasuki kawasan dalam masjid serta pihak pengurusan masjid juga turut memberikan keizinan kepada YB Xavier untuk memberi ceramah beliau dihadapan semua jemaah yang hadir untuk mengerjakan solat.

Apakah KDN khususnya YB Datuk Seri Hisham akan membiarkan saja perkara seperti itu akan terus berlaku tanpa sebarang tindakan yang akan diambil ? Adakah KDN hanya membiarkan maruah agama rasmi negara ini untuk terus ditelanjangi oleh pihak-pihak yang sentiasa mencari peluang serta kesempatan dari kelalaian pihak-pihak yang bertanggungjawab ?
Apakah Kementerian Dalam Negeri telah berbuat sesuatu terhadap pelajar-pelajar di SM St. Augustine, Bentong Pahang apabila didapati mereka telah merakam aksi-aksi kurang ajar iaitu kita boleh melihat bagaimana gelagat mereka sedang meniru cara-cara ibadat orang Islam ?