Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 03, 2012

Gambar 11 ketua pemberontak & 49 pengganas Bersih 3.0 kini diedar..

 Gambar 11 individu di atas pihak polis atau pihak berkuasa jangan buat lupa pula...mereka inilah yang harus dipertanggungjawabkan seratus peratus ke atas keganasan dalam rusuhan memalukan negara pada petang Sabtu 28 April bulan lepas.

Manakala gambar-gambar di bawah ini,
 juga ini,
 dan ini,
 juga yang ini...
...mereka semua yang berjumlah 49 orang ini adalah keldai-keldai serta lembu-lembu yang dicucuk hidung...mereka bertindak ikut arahan yang diberikan oleh mereka-mereka yang ada dalam kesebelasan gambar di atas seperti Ambiga, Kit Siang, Anwar Ibrahim, A. Samad Said, Tian Chua, Sham Kemetot, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Mat Syabu, Nurul Izzah dan Hadi Awang.

A. Samad Said, Sasterawan Ngeri berjiwa kotor...

Tindakan seorang pemberontak, Khalid Ismeth yang menyeru rakyat negara ini kepada pembunuhan kesemua anggota polis merupakan hasil didikan daripada orang-orang telah berumur yang berjiwa kotor dan kosong.

Jangan kita fikir semua mereka yang gemar menyimpan misai tebal, janggut panjang serta rambut panjang mempunyai ilmu didalam dada tetapi apabila dilihat dari tindakan mereka kita boleh menilai diri mereka yang sebenarnya.

Manusia yang berdada atau berjiwa kosong dan kotor memang mudah sangat untuk anasir-anasir jahat dari luar masuk ke dalam jiwa mereka lalu mempengaruhi pemikiran mereka. Tidak dinafikan bagi sesetengah yang dulunya memang pernah menyumbang sesuatu untuk negara namun ianya tidak akan kekal sekiranya mereka sendiri yang jadi punca mengapa mereka semakin dibenci oleh rakyat.

Begitu jugalah dengan A. Samad Said...dulu beliau turut memberi sesuatu yang berfaedah kepada negara ini melalui karya-karya yang beliau hasilkan tetapi hari ini beliau sendiri juga yang menghancurkannya.

Tingkahlaku buruk, perjuangan untuk menentang pemerintah telah menjadi matlamat utama dalam kehidupan beliau dan jelas sudah melebihi perjuangan asal seperti apa yang pernah dilakukan seketika dulu, mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI sehingga kerajaan terpaksa akur dengan tuntutan mereka.

Hingga ke hari ini, puak-puak A. Samad Said seperti tidak pernah bersyukur dan kumpulan mereka telah menjadi kumpulan pendesak yang sudah tidak tahu untuk menghormati segala peraturan, tidak patuh kepada undang-undang negara malah kini sudah sampai kepada tahap yang sungguh tidak boleh lagi diterima apabila para pengikut mereka termasuklah Khalid Ismeth yang tega mencabar pihak keselamatan agar kesemua mereka dibunuh.

Apa jenis perjuangan yang cuba dibawa oleh kumpulan A. Samad Said ini? Kita jelas dengan perjuangan mereka tetapi bagaimana dengan mereka sendiri?

Arkib Blog