Jika sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang pernah menghina kaum Dayak di Sarawak dengan berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."
Kata-kata itu dihambur oleh Haji Abdul Hadi ketika satu sidang media bersama wartawan semasa Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai beberapa tahun lepas dan ianya ditujukan kepada para pengundi berketurunan Iban serta Dayak yang menolak calon pembangkang dan memilih Malcom Mossen Lamuh sebagai Yang Berhormat bagi mewakili rakyat di DUN Batang Ai Sarawak.
Sudah hampir tiga tahun penghinaan yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi itu terhadap kaum Dayak namun sehingga kini beliau belum lagi berusaha untuk memohon maaf daripada masyarakat peribumi terbesar Sarawak itu. Akan tetapi pada hari ini, entah bagaimana tetiba sahaja PAS yang diterajui oleh Haji Abdul Hadi sekali lagi mempermainkan hati dan perasaan kaum Iban dan Dayak Sarawak apabila hendak meletakkan seorang calon dari kaum tersebut untuk mewakili PAS pada PRU-13 bagi kerusi Parlimen Sibuti.
Calon PAS untuk Parlimen Sibuti sudahpun dikenalpasti sebagai Bobby Zaid Tandang, seorang profesional dan sedang bertugas di Semenanjung Malaysia. PAS mahu Bobby menentang calon daripada Barisan Nasional yang berkemungkinan besar sekali lagi akan menurunkan penyandang sedia ada iaitu YB Ahmad Lai Haji Bujang sebagai calon.
Maka untuk mengesahkan perkara tersebut, maka esok Timbalan Presiden PAS Mat Syabu akan berlepas dari KL ke Miri dan akan berada di beberapa tempat dalam kawasan Taman Tunku Miri untuk program-program yang telah diatur oleh PAS cawangan Miri.
Kepada bakal calon PAS di Parlimen Sibuti itu saya ingin melihat seorang pemimpin yang tahu erti bagaimana hendak menjaga maruah bangsa yang pernah dihina. Adakah dengan menerima tawaran tersebut atau akan menolaknya?
Cuma saya terpikir, andaikata Bobby Zaid nanti gagal membantu PAS untuk merampas kerusi Parlimen Sibuti daripada tangan BN pada PRU-13 nanti, apakah jaminan daripada Haji Abdul Hadi Awang yang beliau tidak akan menghina kaum Dayak buat kali yang kedua sebab untuk kesalahan penghinaan beliau yang dulu terhadap kaum Iban pun masih lagi belum selesai.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, April 12, 2012
Yang di-Pertuan Agong XIV: kumpulan Azmin Ali hina majlis Pertabalan
Tidak sangka juga apabila seseorang yang telah diberikan dengan gelaran sebagai "Yang Berhormat" boleh berkelakuan sungguh kurang ajar malah lebih buruk lagi langsung tidak tahu beradat serta tidak bertamadun seperti Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta beberapa orang lagi daripada pembangkang ketika berada di dalam Dewan Balairong Seri Istana Negara pada Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam. AIDC ada butirannya di sini
Sungguh memalukan sebenarnya apabila rakyat mempunyai seorang wakil rakyat seperti mereka itu. Tahap disiplin mereka betul-betul teruk, tidak kira di mana...mereka memang bersifat seperti orang tidak berpendidikan malah Orang Utan lagi tahu malu...
Sungguh memalukan sebenarnya apabila rakyat mempunyai seorang wakil rakyat seperti mereka itu. Tahap disiplin mereka betul-betul teruk, tidak kira di mana...mereka memang bersifat seperti orang tidak berpendidikan malah Orang Utan lagi tahu malu...
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com