(kelihatan dalam gambar Pehin Sri Taib dengan Tan Sri Datuk Patinggi Dr George Chan paling kiri, Dato Sri William Mawan, Tan Sri Datuk Patinggi Alfred Jabu, Pengerusi Kumpulan Interhill Datuk Seri Hii Chang Pee, Isteri Taib Puan Sri Ragad, isteri Datuk Hii, isteri Tan Sri Jabu YBhg Puan Sri Empiang serta isteri Tan Sri Chan iaitu Datuk Lorna Muloon sedang menggaulkan 'yee sang' ketika kunjungan Ketua Menteri serta rombongan beliau ke rumah terbuka Tahun Baru Cina 2011 Datuk Seri Hii Chang Pee yang juga merupakan pemilik Hotel Pullman di Miri 5 February lalu)
Datuk Seri Hii Chang Pee merupakan salah seorang usahawan yang paling berjaya di Sarawak selain Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group, Tan Sri Yaw Teck Seng dari Samling Group, Tan Sri Datuk Ling Chiong Hoe dari Shin Yang Group, Datuk Wong Kie Nai dari WTK Group, Tan Sri Datuk Ting Pek Khing dari Ekran Group, Encik Lau Swee Ngoung dari Hua Seng Group, Datuk Jimmy Lau dari Kumpulan Zedtee, Datuk Lau Hui Kang dari KTS Group, Datuk Hamed Sapawi dari Naim Caindera dan lain-lain lagi.
Kejayaan usahawan-usahawan ini dalam menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat Sarawak dan juga rakyat Sabah dengan mewujudkan begitu banyak syarikat-syarikat yang berbentuk hiliran seperti kilang, limbungan kapal serta syarikat pemaju perumahan, perladangan dan sebagainya di seluruh Sarawak sewajarnya memang patut mendapat sokongan berterusan daripada pihak pemerintah khususnya daripada kerajaan negeri Sarawak kerana dengan adanya syarikat-syarikat seperti ini maka pasti akan menawar berbagai peluang kerja serta akan membantu pihak kerajaan itu sendiri dalam usaha mengurangkan masalah pengangguran dikalangan rakyat Sarawak.
Tanpa sebuah kerajaan yang stabil dan kuat serta kalaulah sekiranya tanpa kepimpinan yang cekap sepertimana kerajaan Barisan Nasional di Sarawak di bawah pentadbiran Ketua Menteri YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud adalah sangat sukar bagi mana-mana usahawan ataupun hartawan untuk membangunkan serta memajukan perusahaan mereka dengan lancar dan berkesan juga tentu sekali juga adalah amat sukar bagi mereka untuk memperolehi projek-projek tertentu yang sesuai dengan kemampuan syarikat masing-masing dan seandainya berlaku keadaan seperti ini maka sudah tentulah peluang untuk rakyat mendapatkan kerja juga akan turut terjejas sama apabila ramai para majikan yang gagal meneruskan operasi syarikat mereka.
Inilah antara nikmat yang rakyat Sarawak dapat kecapi sehingga kini apabila terus untuk memilih politik pembangunan sebagai wadah perjuangan yang harus dipertahankan bagi menjaminkan masa depan rakyat akan terus terbela dan dijaga. Bagi saya tidak wujud sebarang kekayaan negeri yang telah dikumpul atau telah dibawa keluar dari Sarawak ini oleh Ketua Menteri sebagaimana yang sering didakwa oleh pemimpin Pakatan Pembangkang selama ini namun sebaliknya apa yang nyata ialah ada sesetengah daripada rakyat Sarawak sendiri yang selama 29 tahun dibawah kepimpinan Pehin Sri Taib mampu untuk meningkatkan tahap ekonomi serta pendapatan masing-masing misalnya dengan membuka syarikat perusahaan sendiri, syarikat guaman sendiri seperti yang dimiliki oleh Pengerusi PKR Sarawak encik Baru Bian.
Dan begitu juga dengan hartawan-hartawan di negara ini, mereka terus mampu menambahkan kekayaan mereka masing-masing dari setahun ke setahun tanpa ada sebarang halangan daripada pihak kerajaan yang sentiasa menerima tekanan kuat daripada pihak pembangkang termasuklah daripada rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional sendiri yang kita semua sudah sedia maklum bahawa mereka ini mahu agar 'hak keistimewaan kaum Bumiputera' serta Raja berperlembagaan dan semua yang berkaitan dengan kaum Bumiputera dihapuskan dan kemudiannya mereka mahu supaya 'hak kesamarataan' diwujudkan terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar keturuanan, bangsa dan kepercayaan mereka.
Nama seperti Tan Sri Robert Kouk atau lebih dikenali sebagai 'raja gula' yang sehingga kini masih kekal sebagai individu yang paling kaya di Malaysia apabila harta beliau kini sudahpun terkumpul sebanyak RM50.04 Billion mengatasi harta jutawan telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan yang mempunyai harta terkumpul bernilai RM45.78 Billion membuktikan kepada kita semua betapa negara ini yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional dan diterajui oleh UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan Malaysia sama sekali tidak sama seperti apa yang cuba digambarkan oleh para pemimpin DAP, segelintir pemimpin dalam MCA dan juga sesetengah dalam Gerakan kepada rakyat luar.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Februari 18, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com