Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 20, 2011

Mampukah Anwar melunaskan hutang luar negara PKR sebanyak USD704 juta?

 Hutang luar negara yang terpaksa ditanggung oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini sudahpun terkumpul sebanyak USD704 juta atau dalam nilai mata wang Malaysia bersamaan dengan RM2.2 bilion. Jumlah hutang itu adalah keseluruhan dari semua pinjaman yang dibuat daripada Bank Dunia, IMF, Dominique Strauss-Khan, Al-Gore dan lain-lain lagi untuk kegunaan semasa PKR menyertai beberapa PRK yang terdahulu serta Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak awal tahun ini dan juga digunakan untuk persediaan PKR menghadapi PRU-13 nanti.
Oleh itu untuk menutup perihal ketidakmampuan pihak Anwar Ibrahim khususnya PKR membayar balik pinjaman sebanyak itu dari pengetahuan umum terutamanya masyarakat di Malaysia maka Anwar Ibrahim serta barisan kepimpinan dalam PKR terpaksa meletak beban hutang itu ke atas bahu bekas Perdana Menteri Malaysia YABhg Tun Dr Mahthir dan Anwar mereka-reka cerita kononnya Tun Dr Mahathir yang minta bantuan duit dari Bank Dunia dan juga IMF.

PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan lain-lain lagi sanggup buat apa saja bagi melepaskan diri dari hutang yang mereka tanggung termasuklah mengheret sama bekas Perdana Menteri ke-6 ke dalam masalah yang sedang membelenggu PKR kini. Sekarang Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin PKR lainnya secara terang-terangan telah melakukan satu fitnah besar terhadap Tun Dr Mahathir dengan mendakwa beliau pernah memohon bantuan kewangan dari dua agensi kewangan antarabangsa berkenaan iaitu semasa berlakunya krisis kewangan 1996-1997 dulu yang membabitkan Malaysia, namun apa yang sebenarnya berlaku ialah pihak yang sentiasa berhutang dan memohon pinjaman luar adalah PKR yang diterjui oleh isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk kegunaan menguruskan pergerakan PKR selain diguna untuk siri kempen mereka.

Saifuddin Bendera: mengapa Bung Mokhtar & Ghaffur Salleh membisu?

 Jika sebelum ini bukan main lantang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak agar Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil segera meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti hanya kerana isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Pakatan Haram. Malah Bung Mokhtar telah berulangkali meminta supaya Datuk Seri Sharizat segera berundur kononnya demi untuk menjaga nama baik parti ekoran isu NFC yang melibatkan suami Senator berkenaan.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh, beliau adalah merupakan seorang Ahli Parlimen tetapi bertindak seperti tidak tahu untuk menghormati undang-undang negara apabila turut sama menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu supaya melepaskan semua jawatan yang dipegangnya sebeberapa segera yang boleh.

Setahu saya isu berkenaan dengan NFC itu iaitu ketika desakan dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat dari Sabah itu sedang dalam siasatan pihak polis dan hasil siasatan telahpun diumumkan oleh pihak polis tidak lama kemudian serta mendapati dan mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang unsur-unsur penyelewengan dalam isu membabitkan syarikat yang diuruskan oleh suami kepada Datuk Seri Sharizat itu.

Sangat pelik, apabila pihak polis telah menyatakan bahawa tidak ada kes penipuan sebenarnya dalam isu NFC sebagaimana yang didakwa oleh pihak Pakatan Haram namun Bung Mokhtar dan Ghaffur Salleh terus melalak di dalam Parlimen memaksa Datuk Seri Sharizat meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam kerajaan dan parti.

Tetapi bertambah pelik lagi apabila timbul isu baru, isu Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia tidak nampak bendera PM telah diturunkan oleh Adam Adli jambu baru Anwar Ibrahim, hingga setakat ini tidak ada sebarang respon yang kita dapat daripada kedua-dua pemimpin dari Negeri Di Bawah Bayu itu. Sama-sama kita tunggu bagaimana reaksi Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghaffur Salleh terhadap kes mahasiswa menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC, adakah keduanya akan turut mendesak agar Datuk Saifuddin segera meletakkan jawatan kerana isu itu ?

Video budak gay PKR angkat bendera putih., syabas sdra Roslan Mokhtar !!!



Patut sangatpun Adam Adli diperlakukan sedemikian kerana beliau terus angkuh untuk tidak memohon maaf kepada PM Datuk Seri Mohd Najib juga kepada orang UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya di atas perbuatan keji beliau yang sungguh kurang ajar dan tidak bertamadun apabila sanggup menurunkan bendera yang memapar potret wajah Presiden UMNO ke-7 itu di bangunan PWTC beberapa hari yang lepas.

Seluruh rakyat dalam mana-mana negara harus menghormati pemimpin mereka walaupun pada dasarnya antara mereka tidak sealiran dalam perkara-perkara yang tertentu atau berbeza dari segi pandangan politik mahupun pendapat peribadi tetapi perbuatan hina seperti yang telah dilakukan oleh Adam Adli memang tidak boleh diterima sekali dalam masyarakat kita yang majmuk seperti di Malaysia.

Sebagai anak orang Melayu, Adam Adli perlu menunjukkan sikap bertamadun serta tahu berbudi bahasa dan bukannya menunjukkan kelakuan yang begitu kurang ajar kepada generasi dari kaum lain dalam negara ini. Saya pasti ramai dikalangan rakyat bukan Melayu di negara ini yang turut merasa sangat marah dengan perbuatan biadap Adam Adli yang tergamak menghina bendera gambar Datuk Seri Najib dan menggantikannya dengan bendera yang tidak sepatutmnya.

Apa-apapun, saya ucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas kepada saudara Roslan Mokhtar kerana anda berani bertindak untuk mengajar Adam Adli yang tidak matang dan sungguh kurang ajar itu!! Syabas bro!!!

Arkib Blog