Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 07, 2009

50% YB Pembangkang - adalah Bidan Terjun - Rakyat Salah Pilih - Rakyat Yang Rugi...

Kesilapan rakyat memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri ataupun ke Dewan Rakyat hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

Kita sudah melihat apa yang telah berlaku dengan politik di Perak sejak kebelakangan ini. Itulah orang kata bila sudah terlalu kemaruk dengan kuasa, sudah terang-terang bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak telah kehilangan suara majoriti di dalam Dewan Yang Mulia itu, namun masih ada puak-puak yang tidak bersedia menerima hakikat bahawa Pakatan Pembangkang sebenarnya sudah tiada mempunyai kuasa memerintah lagi di Perak.

Tindakkan biadap Pembangkang pada sidang Dewan DUN Perak hari, adalah menggambarkan siapa diri mereka itu. Mereka itu sebenarnya bukanlah lagi layak bergelar wakil rakyat kerana gagal dalam banyak perkara. Yang palin utama, mereka telah gagal memahami apa ertinya undang-undang. Mereka semua tidak tahu bagaimana cara menjaga tingkah laku ketika berada didalam Dewan. Bagi rakyat yang telah memilih wakil-wakil mereka ini ke dalam Dewan, apakah mereka merasakan bahawa mereka tidak rugi mempunyai YB/YB yang bersikap keras kepala seperti itu. Jika mereka merasa menyesal memilih YB/YB itu, maka pada PRU-13 akan datang...TOLAK !!! lah...pemimpin seperti itu.
Posted by Picasa

Pakatan Pembangkang anti-Demokrasi

Selesai sahaja Malaysia mengadakan Pilihanraya Umum yang ke 12 pada 8 mac 2008 yang lalu, maka bermula dari saat itulah kita sebagai penyokong sebenar Sistem Pemerintahan Demokrasi serta sistem Raja BerPerlembagaan di Negara ini telah menyaksikan sendiri apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pembangkang terutamanya DAP dan PKR, dan jelaslah siapa mereka yang sebenarnya.

Sejak dari saat PRU-12 itu selesailah, maka dari setiap saat itu jugalah mereka akan mencari bermacam-macam ruang untuk menimbulkan banyak hal dengan tujuan untuk mengganggu kerajaan yang telah dipilih rakyat daripada menjalankan tugas-tugas untuk mengurus hal ehwal Negara. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan sebarang usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat, memajukan negara, memulihkan ekonomi negara dan sebagainya.

Bermula dari perkembangan itu jugalah kita hampir setiap hari berada dalam keadaan yang mengelirukan serta agak mencemaskan apa bila penasihat PKR Anwar Ibrahim dengan penuh yakin mencanangkan ke seluruh Negara bahawa Pakatan Pembangkang akan berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dengan kemasukkan beramai-ramai Ahli Parlimen BN lebih kurang 30 orang ke dalam Pakatan Pembangkang. Ketika itu jugalah mereka telah membayangkan akan membentukkan "kabinet fantasia" sekiranya Kerajaan BN berjaya mereka tumbangkan dengan cara yang paling tidak demokratik serta tidak bermoral seperti itu.

Untuk merealisasikan impian mereka itu, maka suatu ketika pihak pembangkang sanggup mengekori rombongan ahli-ahli Parlimen BN yang melawat sambil belajar ke Taiwan. Pembangkang tanpa segan silu menghantar 5 orang wakilnya ke Taiwan bertujuan untuk memujuk ahli-ahli BN itu supaya menyertai mereka untuk menubuhkan kerajaan yang baru. Namun nasib mereka memang malang sekali apabila petanda yang usaha mereka sebenarnya pasti akan gagal, apabila pada waktu itu juga Taiwan dengan tiba-tiba dilanda ribut sehinggakan memaksa banyak penerbangan masuk dan keluar Taiwan telah dibatalkan. Keadaan ini telah memerangkap kumpulan Pembangkang dan mereka terpaksa memerap di airport Taiwan berhari-hari. Mereka juga gagal untuk menemui ahli-ahli Parlimen BN ketika sampai di sana.

Jika para penyokong PKR dan DAP ini yang "tersangat" bijak dapat meneliti atau mengimbas semula asas perjuangan asal PKR serta juga DAP dengan cara yang mereka amalkan sekarang, mungkin para penyokong PKR dan DAP ini juga akan menemui jawapan bagi soalan "apakah DAP dan PKR benar-benar ingin memperjuangkan 'amalan demokrasi tulen' di Negara ini" ? Para penyokong Pakatan Pembangkang boleh menilai sendiri dengan membandingkan bagaimana cara BN mendapatkan mandat iaitu kuasa daripada rakyat dan bagaimana pula cara PKR dan DAP untuk memperolehi kuasa.

DAP dan PKR harus sedar bahawa untuk membina negara yang akan dikenali sebagai sebuah Negara yang punya sistem demokrasi, mereka mesti menghormati pilihan rakyat dan bukannya dengan cara menarik seseorang wakil rakyat BN itu untuk masuk ke dalam pakatan mereka. Mereka juga semestinya menunggu tamat tempoh penggal sesuatu pilihanraya itu, dan pada masa itulah mereka punya peluang untuk merayu undi daripada rakyat supaya mengundi mereka. Jika amalan "lompat parti" yang akan terus mereka ambil sebagai jalas pintas untuk mendapat kuasa, jadi apakah gunanya negara ini mengadakan piliharaya setiap 5 tahun sekali...hanya membazir wang rakyat saja.
Posted by Picasa

Derma Darah, Derma Organ & Air Kumbahan

Bagaimanakah pandangan anda sebagai rakyat biasa tentang "pendermaan darah dan organ" ?
Kalau bagi saya darah adalah terhasil daripada sumber makanan yang dimakan oleh seseorang itu. Jadi, sekiranya makanan yang diambil tidak kira ianya halal ataupun sebaliknya tetap juga menyumbangkan kepada pengaliran dan juga penyuburan darah di dalam tubuh seseorang itu tanpa mengira apa bangsa serta juga apa agama dia.

Organ pula ialah anggota tubuh manusia seperti mata, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Jika semasa hidupnya seseorang itu telah menggunakan organ-organ tertentu pada dirinya seperti deria penglihatan, pendengaran serta deria rasa untuk sesuatu perkara yang sangat bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia yang bertamadun dan manusia yang beragama.

Jadi kepada penerima "pendermaan" ini, apakah hukumnya menggunakan sesuatu yang dahulunya adalah terhasil dari sesuatu yang dilarang serta juga dahulunya juga pernah digunakan untuk kegiatan yang tidak baik ?

Kekurangan atau ketiadaan sumber air di sesetengah negara seperti di Singapura telah mendorong mereka untuk menggunakan "air kumbahan" sebagai pilihan terakhir. Air kumbahan adalah terhasil daripada air yang tercemar, kotar, tandas awam, tandas apa saja yang telah di saring semula atau di kumbah, ditapis untuk diguna oleh orang ramai dan bayaran bil air ini juga sama dengan air yang di perolehi daripada sumber semulajadi.

Jadi bagamanakah pada pandangan anda sebagai pengguna berbayar mengenai perkara ini? Apakah anda sanggup untuk meneguk air yang jelas-jelas dihasilkan daripada sumber yang begitu menjijikkan itu? Bagi saya, binatang pun mungkin tidak sanggup untuk meminumnya.

Arkib Blog