Ahli Parlimen Mukah: Yang Berhormat Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad Bangsa: Melanau Agama asal: Kristian Mazhab: Roman Katholik Nama asal: Francis Leo Micheal Toyad Masuk Islam pada 17 June 2006 |
Kalau dibuat kajian secara menyeluruh tentang jumlah berapa ramai serta berapa peratus orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam di negeri Sarawak dalam tempoh setiap hari, mungkin jika statistik mengenainya diperolehi pasti akan membuat pemimpin-pemimpin dalam PAS jatuh pengsan 7 hari 7 malam kerana terkejut.
Perkara seperti ini adalah biasa tidak menjadi masalah yang besar atau akan menjadi isu berpanjangan di Bumi Kenyalang kerana di sini penduduknya masih dapat menerima keadaan sedemikian dengan hati yang terbuka dan menghormati hak-hak seseorang itu didalam menentukan sendiri agama yang mereka rasa selesa.
Jika kes yang membabitkan orang yang memang asal Islam atau dilahir sebagai Islam keluar daripada agama Islam dan masuk agama Kristian belum pernah lagi terjadi tetapi kalau kes mualaf atau saudara baru yang bertindak kembali kepada agama asal memang ada berlaku, itu semua berpunca dari kegagalan pihak jabatan agama Islam sendiri yang mengabaikan kebajikan golongan berkenaan setelah mereka itu masuk Islam dan juga gagal dalam membimbing serta membentuk saudara-saudara baru menjadi seorang Islam yang kuat imannya.