Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 18, 2011

Hadi bina sempadan pemisah antara orang2 PAS dengan orang2 DAP.

"Bukan... Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebalik kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

"PAS mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka," - Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Wahhh!!!...banyaklah kau punya sempadan ya Tuan Guru Hj Hadi. Adakah sama macam sempadan dekat Rafah antara Palestine dengan Israel ? Ini sudah jadi seperti kes melanggar hak asasi manusia dah. SUHAKAM perlu buat sesuatu agar DAP tidak menjadi semakin gila nanti. Dan sudah tentulah puisi "peludah warna" A. Samad Said juga tidak akan berkumandang lagi sesudah itu.

Molek sungguh usaha Hadi tu yang mahu agar sempadan antara DAP dan Parti Kebajikan SeMalaysia itu dibentuk dengan kadar segera, seboleh-bolehnya sebelum menjelangnya bulan Ramadhan nanti. Bermula dari dalam kelab-kelab atau pusat hiburan, sempadan pemisah yang akan memisahkan antara orang-orang Islam dengan puak-puak DAP besar kemungkinan akan diperluaskan ke kawasan-kawasan yang lain pula seperti kedai, hotel, sekolah, hospital, klinik, taman permainan, pantai, bank-bank dan lain-lain lagi.

Berita lanjut mengenai kisah "sempadan: antara PAS dengan DAP, Bro Jinggo ada butirannya.

Apa sumbangan rakyat Malaysia yg bermastautin di negara lain terhadap pembangunan negara ini ?



Video ini memaparkan bagaimana sikap biadap dan kurang ajar segelintir rakyat Malaysia yang tinggal dan yang mungkin bekerja di luar negara terhadap pemimpin negara sendiri yang berkunjung ke negara di mana mereka sedang menetap. Insiden berlaku ketika lawatan empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Britain serta England baru-baru ini.

Langsung tidak mencerminkan sikap sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah hidup di dalam kelompok masyarakat timur yang asal-usul budaya mereka adalah penuh dengan nilai sopan santun, lemah lembut dan yang berbudi pekerti mulia apabila sanggup meniru tingkahlaku masyarakat Barat yang kurang ajar dan sungguh melampau seperti aksi mereka didalam video di atas.

Mereka itu sudah bertahun-tahun duduk bersenang-lenang dan ada di antaranya yang telah hidup mewah di rantau orang sehingga ada pula yang sanggup memohon status kerakyatan sebagai warga kepada negara tempat mereka tinggal serta tergamak juga untuk menggugurkan status kerakyatan mereka sedia ada sebagai warganegara Malaysia semata-mata mahu diiktiraf sebagai rakyat Britain, Amerika Syarikat, Italy, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Golongan ini memang tidak lagi layak untuk memperjuangkan apa-apa isu yang timbul di Malaysia dan mereka juga tidak layak sama sekali untuk bangkit menimbulkan sebarang isu bagi menarik perhatian dunia terhadap isu yang mereka ketengahkan sebab tanggungjawab mereka untuk tujuan apa sekalipun sudah tidak ada nilainya lagi sebab mereka adalah pengkhianat bangsa dan petualang negara yang bukan lagi sebagai sebahagian daripada warga Malaysia.

Sebarang isu atau masalah dalam negara ini adalah hak serta tanggungjawab rakyatnya yang masih setia tinggal sebagai warga negara di dalam Malaysia ini, yang masih tinggal dalam Malaysia, yang masih mengekal dan mempertahankan status kewarganegaraan mereka sebagai rakyat Malaysia walaupun sedang berada diluar negara atas urusan kerja dan sebagainya.

Apa sumbangan atau jasa kelompok petualang negara ini terhadap pembangunan dalam Malaysia selama ini ? Dari segi ekonomi misalnya, apakah yang telah mereka lakukannya untuk Malaysia ? Adakah selepas tamat pengajian di luar negara sesetengah daripada mereka akan kembali semula ke Malaysia untuk berbakti dan mencurahkan jasa kepada negara yang tercinta ini ?

Yang lebih malangnya, ada pula sesetengah daripada kelompok berkenaan yang pengajian mereka keluar negara adalah atas tajaan agensi-agensi kerajaan yang tertentu seperti MARA dan sebagainya, yang sedihnya sedihnya pula ialah apabila sudah selesai pengajian ada yang enggan pulang ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara jauh sekali mahu melunas kembali biasiswa berbentuk pinjaman yang telah diberikan.

Dan yang sangat-sangat menyedihkan, sudahlah ada diantara mereka yang telah berjaya diluar negara, mengelak pula untuk membayar balik kos tajaan yang di terima, lebih parah lagi apabila ada lagi yang bersikap bagaikan "melepaskan anjing yang tersepit, tangan yang membantu pula yang digigit," dan apabila sudah berjaya, mereka lupa daratan, lupa asal-usul dan mudah lupa darimana mereka bermula sanggup lagi bersekongkol dengan pihak asing untuk memburuk-buruk pemimpin negara sendiri serta mencalar imej negara di mata masyarakat dunia.

Demo menuntut pilihanraya BERSIH sambil buat dosa & maksiat !!!

Protes jalanan, satu perarakan kononnya mahu menuntut SPR mengadakan suatu pilihanraya yang bersih, telus dan adil di negara ini.
Terpampang didalam gambar dua wajah wakil rakyat daripada PKR, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin & Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengetuai sekumpulan puak sewaktu perarakan haram BERSHIT 2.0 pada 9 Julai lalu di Ibu Negara.
Nampak jelas di situ anggota tubuh keduanya yang bukan pasangan muhrim saling bersentuhan diantara satu sama lain malah tangan YB Azan kalau dikira sejauh perarakan berlangsung maka selama itulah tangan wakil rakyat Indera Mahkota akan merasa tersentuh buah dada Zuraida Kamaruddin yang sudah nampak stim dan khayal.
Apa pulak pandangan ulamak-ulamak atau pakar pembelit agama di dalam PAS selepas ini berkenaan dengan perkara sedemikian apabila ianya berlaku melibatkan wakil-wakil rakyat dari kalangan Pakatan Haram ?

Adakah Mursyidul Am PAS waktu ini sedang berusaha untuk mengeluarkan satu fatwa baru dalam masa yang terdekat ini khusus untuk menepis sebarang kemungkinan akan timbulnya tanggapan yang negatif daripada masyarakat berikutan kelakuan yang telah ditunjukkan oleh dua orang wakil rakyat daripada PKR iaitu sekutu kuat PAS dalam Pakatan Haram selain DAP ?

Arkib Blog