Satu gerakan baru rakyat Indonesia telah ditubuhkan pada 10 Oktober 2000 dan ia dinamakan sebagai Laskar Merah Putih bersempena dengan warna pada bendera kebangsaan negara berkenaan. Gerakan tersebut yang diketuai oleh Eddy Hartawan diwujudkan selepas terpisahnya wilayah Timor Timur atau sekarang lebih dikenali sebagai Timor Leste daripada Persekutuan Indonesia.
Matlamat asal penubuhan Laskar Merah Putih adalah bertujuan untuk menaik serta membangkitkan semangat nasionalisme dan juga roh patriotisme dikalangan rakyat Indonesia terhadap kedaulatan negara mereka yang dikatakan semakis hilang sehingga terlepasnya wilayah Timor Leste dari penguasaan Indonesia di samping itu juga pembentukan Laskar Merah Putih kononnya adalah bermatlamat untuk mempertahankan maruah serta jati diri bangsa Indonesia yang dilihat semakin menipis dan mencair.
Tetapi itu adalah sebahagian daripada cerita lama berkenaan dengan Laskar Merah Putih pada waktu mula kewujudannya dan selepas 11 tahun tertubuhnya gerakan berkenaan, kini langkah serta arah perjalanan Laskar Merah Putih nampak jelas telah terpesong dari tujuan asalnya dan semakin sesat setelah niat asal mereka yang menubuhkan gerakan itu tidak tercapai apabila mereka pula telah diperguna dan diperalatkan oleh ahli-ahli politik tertentu di Indonesia yang sedang kemaruk kuasa untuk menjadi pemerintah.
Tuduhan yang melulu tanpa asas oleh Naib Ketua Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat-Republik Indonesia, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) terhadap kerajaan Malaysia yang didakwanya telah merampas lebih 1, 000 hektar tanah di wilayah Camar Bulan serta 800 meter pada garis pantai di Tanjung Datu terus disambut dengan tanpa usul periksa oleh gerakan Laskar Merah Putih yang kemudiannya segera bertindak mengarahkan semua anggotanya untuk keluar menyerbu, mengepung dan menyerang Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Tindakan yang sangat tidak bertamadun dan sangat tidak bertanggungjawab oleh gerakan Laskar Merah Putih itu bukan sahaja telah menjatuhkan maruah perjuangan mereka sendiri malahan turut memburukkan lagi maruah negara serta maruah rakyat Indonesia secara keseluruhannya yang selama ini memang sudah tercalar gara-gara tindakan terburu-buru dalam banyak perkara akibat daripada perasaan hasad dengki yang tidak berkesudahan terhadap Malaysia.
Sangat mengaibkan bagi satu perjuangan yang berprinsip atas harga diri dan sungguh memalukan dalam sejarah perjuangan sesebuah gerakan apabila mereka sanggup bertindak hanya berlandaskan kepada emosi, ada mata tidak digunakan untuk melihat, ada telinga tidak digunakan untuk mendengar dan ada otak tidak digunakan untuk berfikir dan itulah yang terjadi terhadap perjuangan Laskar Merah Putih yang nyata sudah terpesong dari asas sebenar tertubuhnya pergerakan berkenaan.
Apabila Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Agus Suhartono mengesahkan dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) semalam bahawa tidak benar sama sekali dakwaan oleh TB Hasanuddin yang menuduh Malaysia telah merampas sejumlah besar tanah di Kalimantan Barat yang terletak di Camar Bulan serta sebahagian tanah pantai di Tanjung Datu dan Agus Suhartono turut menyangkal segala tuduhan pencerobohan oleh pihak Malaysia ke atas wilayah yang dibangkitkan. Dan beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menceroboh apatah lagi merampas tanah hak Indonesia.
Oleh itu, bagaimana kini gerakan Laskar Merah Putih yang dipimpin oleh Eddy Hartawan boleh diterima sebagai sebuah pertubuhan yang kononnya untuk mengembalikan jati diri serta menebus kembali maruah bangsa Indonesia yang semakin tercemar di mata dunia ekoran tindakan melulu gerakan itu sendiri sebelum ini dalam banyak hal terutama apabila melibatkan isu antara Malaysia dengan Indonesia sedangkan tindakan serupa itu dengan sendirinya telah menambahkan lagi kerosakan terhadap maruah serta martabat bangsa Indonesia.
Bagi saya, gerakan Laskar Merah Putih sudah tidak layak lagi untuk bercakap tentang maruah, harga diri ataupun martabat bangsa apabila dengan begitu mudah perjuangan mereka dijual beli hanya dalam nilai yang begitu rendah sekali. Mereka menyambut tuduhan yang dilemparkan oleh TB Hasanuddin terhadap Malaysia tanpa sebarang keraguan dan tanpa syak wasangka apabila terus saja menceroboh kawasan Kedutaan Malaysia ibarat tentera Yahudi yang mengepung kediaman rakyat Palestine. Menerima sedikit upahan daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan, gerakan Laskar Merah Putih sanggup mengetepikan soal prinsip perjuangan. Betapa murahnya nilai perjuangan Laskar Merah Putih !!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Oktober 15, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com