Jika benarlah kenyataan yang menyebut bahawa sudah terdapat segelintir kecil orang-orang Melayu di Semenanjung telah murtad meninggalkan Islam semata-mata kerana desakan hidup dan ada pula yang dilaporkan mula mendekati ajaran Kristian akibat masalah yang sama iaitu setelah mereka ditawarkan dengan sejumlah imbuhan oleh puak-puak tertentu dalam Kristian kiranya segelintir kecil Melayu ini tadi sanggup keluar dari Islam dan masuk Kristian, maka saya melihat perkara ini sangat perlu diambil tindakan dengan kadar segera yang lebih tegas oleh semua pemimpin-pemimpin Islam di negara ini kerana jika ianya dibiarkan berlarutan bukan sahaja Islam yang akan berdepan dengan masalah berat malahan agama Kristian itu sendiri juga pasti tidak terkecuali dari menghadapi masalah keruntuhan.
Bagaimana perkara seperti ini boleh dibiarkan berlanjutan dalam sesebuah negara Islam seperti Malaysia walaupun pada dasarnya kita semua tahu dan sedar memang wujud toleransi beragama yang memberi kelonggaran kepada masyarakat majmuk dalam negara ini untuk mengamal ajaran agama lain selain Islam sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara dimana membenarkan agama lain untuk diamal oleh penganut masing-masing dan bukan bermakna mereka ini boleh menyebar ajaran Kristian kepada masyarakat Melayu dan Islam yang jelas sudah punya pegangan agama sejak mereka dilahirkan.
Perbuatan melampau oleh sebilangan puak-puak dalam Protestant yang mengambil kesempatan daripada kesusahan sesetengah kecil orang-orang Islam iaitu disaat mereka berdepan dengan kesulitan hidup adalah satu perbuatan yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan malahan pihak Kristian itu sendiri juga yang sepatutnya bertindak secara kolektif tanpa perlu mengira perbezaan mazhab tertentu bagi menghalang kegiatan yang bercanggah dengan perlembagaan negara serta perbuatan yang tidak sihat oleh sesetengah pihak dalam Kristian apabila mereka berusaha untuk merosak akidah orang-orang Islam dengan menarik mereka ke dalam kepercayaan agama Al-Maseh itu.
Apa-apapun kita sangat berharap walaupun isu ini nampaknya kembali meledak setelah beberapa ketika tenggelam, namun apa yang pasti ialah kita harap ianya dapat di atasi melalui semangat saling bertolak-ansur, saling hormat-menghormati serta saling memahami bahawa setiap apa yang kita lakukan hendaklah berada di atas landasan yang betul dan tidak boleh melangkaui batas-batas sehingga melanggar hak-hak serta agama pihak lain. Duduk di Malaysia ini, orang-orang Kristian tanpa mengira mazhabnya serta orang-orang Buddha begitu juga dengan orang-orang Hindu mesti tahu had masing-masing dalam negara ini dan semua apa yang kita lakukan harus ditentukan oleh batasan-batasan agar apa yang dilakukan tidak akan tersasar sehingga memudaratkan pihak lain serta pihak kita sendiri juga dikemudian hari...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, Ogos 07, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com