Vitamin ini adalah produk dari negara gagah perkasa iaitu Indonesia tetapi ada terdapat banyak dijual dibeberapa pasarayadi Malaysia, harap maklum bukan dijalanraya. Kepada segelintir rakyat Indonesia yang mungkin baru pertama kali berkunjung ke Malaysia ini, jangan pula nanti apabila terlihat saja produk ini ada dijual dimana-mana kedai atau supermarket di Malaysia terus menuduh Malaysia pencuri atau perompak barangan dari Indonesia. Harap ingat tu...
Mengapa bahan-bahan seperti itu boleh didapati dalam negara kita? Yang pastinya saya kurang jelas, tetapi berdasarkan kepada teori saya mungkin juga ianya diimport oleh peniaga tempatan yang punya hubungan dagang dengan peniaga di Indonesia ataupun mungkin juga telah dibawa dalam jumlah yang agak besar ke Malaysia oleh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia iaitu ketika mereka balik bercuti ke Indonesia dan pulang semula ke Malaysia.
Di Malaysia harga bagi sebotol yang berkapasiti 330 ml dijual dengan harga yang tidak menentu iaitu bergantung kepada keadaan tempat dimana ianya dijual. Ada sesetengah tempat menjual dengan harga RM9.90 sen, ada juga yang menjual dalam harga RM8.80 sen mungkin tertakluk kepada kos pengangkutan.
Untuk kefahaman lebih lanjut lagi tentang kebaikan SAKATONIK LIVER ini, saya nak buat sedikit iklan murah mengenainya disini dalam bahasa Indonesia ;
SAKATONIK LIVER merupakan kombinasi dari MULTI VITAMIN, MINERAL DAN ZAT BESI, yang sangat baik untuk meningkatkan kualitas dan kinerja darah, baik pada anak-anak maupun orang dewasa.
Dengan minum SAKATONIK LIVER secara teratur setiap hari, tubuh akan terhindar dari rasa lemah, letih dan lesu sehingga selalu sehat, kuat dan bersemangat walaupun telah bekerja keras sehari penuh.
Komposisi :
Tiap-tiap 5 ml mengandungi :
- Vitamin B1........................................................................1,76 mg
- Vitamin B2........................................................................0,15 mg
- Vitamin B6........................................................................0,21 mg
- Vitamin B12......................................................................0,3 mg
- Vitamin C...........................................................................15 mg
- Nicotinamide......................................................................3 mg
- Ca Pantothenate................................................................0,5 mg
- Na Hypophosphite.............................................................15 mg
- Mangan Sulfat....................................................................0,12 mg
- Ferro Sulfat exc..................................................................1,18 mg
- Aethanolum.........................................................................5 % v/v
- Const & Corr. ad..................................................................5 ml
Kegunaan :
* Suplementasi vitamin dan mineral pada masa penyembuhan dan kehamilan.
* Bermanfaat untuk memelihara kesehatan.
Aturan Pakai :
Dewasa : 3 x 1 sendok makan
Anak : 3 x 1-2 sendok teh
Disertai dengan minum segelas air putih.
Cara Penyimpanan :
Dalam wadah tertutup baik, ditempat sejuk dan terlindung dari cahaya.
Pendapat saya tentang vitamin SAKATONIK LIVER ini ialah, ianya sangat sesuai juga untuk digunakan oleh mereka-mereka yang sering atau gemar mengamuk jika berdepan dengan sesuatu perkara yang belum pasti, contohnya yang suka berdemonstrasi diatas jalan-jalanraya, yang suka main api seperti membakar bendera, membakar patung-patung dan sebagainya dan juga bagi mereka-mereka yang suka memijak gambar-gambar orang yang dibenci.
Perbuatan seperti itu semuanya memerlukan tenaga yang berlebihan atau agak kuat kerana bukan saja tangan atau kaki yang bergerak pantas tetapi suara, mulut, lidah dan semua anggota tubuh badan juga akan aktif semuanya. Misalnya, jika mereka ingkar atau tidak mahu menerima arahan supaya bersurai, maka pihak berkuasa seperti polis, FRU dan sebagai sudah tentu akan menahan, menyembur mereka dengan pancutan air dan gas pemedih mata jadi untuk mengelak dari semua itu sudah tentu ada yang akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk melarikan diri dan semua itu pasti memerlukan tenaga yang kuat.
Oleh itu, kepada semua pakar-pakar dalam hal ehwal demonstrasi dijalan-jalanraya dimana saja berada, belilah satu botol SAKATONIK LIVER buatan Indonesia sebagai simpanan. Rugi kalau tak beli. Mana tak ruginya seandainya suatu hari nanti apabila ada lagi demonstrasi jalanan diadakan, mana tahu ianya memerlukan perarakan haram sejauh 50 km atau juga sehingga 100 km, maka sudah tentu memerlukan tenaga yang lagi kuat.
Ok, sebelum minum vitamin SAKATONIK LIVER ini, elok anda lihat dulu video klip dibawah yang dibawa khas oleh pembekal SAKATONIK LIVER untuk mereka yang berhajat nak huru-harakan keamanan serta keharmonian diantara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.
Video klip ini baru saja saya muat turun dari YouTube. Video ini sangat bagus kerana ianya merakamkan sebahagian daripada pertemuan serta juga perbincangan dari hati ke hati diantara pihak-pihak tertentu di Indonesia yang mahu penjelasan umum tentang isu semasa yang sering timbul diantara Malaysia dan Indonesia.
Kepada pihak-pihak tertentu di Indonesia khasnya yang yang selalu menuduh Malaysia dengan berbagai-bagai fitnah, luangkanlah sedikit masa untuk menonton perbincangan mengenainya didalam video ini. Semoga selepas melihat sendiri serta mendengar tentang apa yang diperjelaskan dapat mengubah sedikit walaupun tidak kesemuanya persepsi atau tanggapan yang keterlaluan berkenaan dengan Malaysia.
Selamat menonton!!!