Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 15, 2011

Liwat II: 2 saksi lagi adalah alat bagi memperbaharui tarikh penangguhan kes !!!

Perkara yang biasanya berlaku seperti tarikh tamat tempoh untuk visa, passport dan permit pekerja asing yang bekerja di negara ini adalah sesuatu yang lumrah dan tidak kira samada di Malaysia mahupun di negara lain apabila melibatkan rakyat negara asing yang sedang berada didalam negara-negara yang tertentu.

Jika tamat tempoh tarikh passport, visa atau permit kerja bagi rakyat asing yang memiliki dukomen perjalanan yang di negara ini contohnya, maka mereka dikehendaki untuk segera memperbaharuinya agar membolehkan mereka untuk tinggal di negara ini dalam tempoh yang telah dilanjutkan.

Namun sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang dokumen seumpamanya, sudah tentulah sangat sukar untuk mereka memperbaharui tarikh yang telah semakin hampir tamat tempohnya bagi membolehkan mereka untuk terus tinggal dan bekerja dengan lebih lama lagi di negara ini dan mahu tidak mahu mereka terpaksa akur untuk keluar daripada Malaysia.

Dan  begitu jugalah lebih kurangnya dengan kes liwat II Anwar Ibrahim ini. Jika beliau mahu memastikan yang kes liwat yang kini sedang dalam peringkat perbicaraan boleh ditangguhkan untuk berapa ratus ribu kali lagi, maka Anwar Ibrahim perlulah ada modal bagi membolehkan beliau dapat terus memohon kepada mahkamah agar perbicaraan dapat terus ditunda-tunda untuk selama-lamanya.

Walaupun daripada kelima belas saksi yang dituntut oleh pasukan pegumbela Anwar Ibrahim itu jelas terdapat empat orang daripada mereka adalah merupakan individu-individu yang sangat berpengaruh termasuk Perdana Menteri dan Isteri, namun saya berpendapat bahawa dua nama yang terakhir didalam senarai itu iaitu dua bekas pembantu rumah kepada pemilik unit kondominium 1151-1152 Hasanuddin Abdul Hamid yang dikenali dengan nama "Suliati dan Fitria Dipan adalah merupakan sasaran utama Anwar Ibrahim dan bukan Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah ataupun Tan Sri Musa Hassan.

Anwar Ibrahim melihat kedua-duanya iaitu "Suliati dan Fitria Dipan" sebagai perkakas yang sangat berharga kepada beliau untuk digunakan sebagai alat dalam alasannya ketika mengemukakan permohonan kepada Hakim untuk menangguhkan lagi prosiding kes sehingga tarikh baru ditetapkan.

Kerjanya mudah, kedua-dua bekas pembantu rumah warga Indonesia itu terlebih dulu akan disogok dengan sejumlah wang bagi memastikan mereka tidak perlu berangkat ke Malaysia walaupun keduanya sedang dikehendaki oleh pihak Mahkamah Malaysia dan jika perkara ini berlarutan maka peluang untuk Anwar Ibrahim memohon Mahkamah untuk menangguhkan kes telah terbuka luas sebab alasan sudah ada.

Hanya iblis & syaitan yg rasa terganggu dgn suara Azan dan Ayat-ayat Suci Al Quran

Nampaknya DAP telah menempah kejayaan yang gemilang apabila akhirnya berjaya mengDAPkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dari hujung rambut di atas kepala sehinggalah ke hujung kuku di jari kaki.

Dengan hanya sekali persetujuan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membenarkan tindakan DAP Pulau Pinang melarang umat Islam membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sebelum Subuh serta laungan Azan melalui alat pembesar suara, maka bermakna telah lengkaplah sudah perjanjian Syaitan yang pernah dimaterai di antara PAS dengan DAP satu ketika dulu.

Alasan Datuk Nik Aziz sebab mengapa beliau bersetuju dengan langkah yang di ambil oleh kerajaan Pulau Pinang itu adalah kerana amalan umat Islam yang melaungkan Azan serta membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sebelum di bulan Ramadhan hanya akan mengganggu tidurnya dan juga tidur orang-orang DAP.

Bermakna kalau begitu, sahlah sudah Datuk Nik Aziz Nik Mat telah kerasukan syaitan DAP sebab setakat yang kita semua tahu hanya iblis dan syaitan saja yang akan menggelupur kepanasan apabila mereka terdengar suara Azan berkemundang atau apabila mereka terdengar Ayat-ayat Suci daripada Al Quran di baca.

Untuk menghalau sebarang gangguan oleh makhluk-makhluk halus daripada mereka yang dirasuk atau dari tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, biasanya para pengamal perubatan tradisional akan menggunakan Ayat-ayat tertentu dari dalam kitab Suci Al Quran bagi tujuan tersebut dan sudah tentu iblis serta syaitan rasa tidak selesa dan akan rasa terganggu dengan semua itu, kalau tidak memberontak maka iblis dan juga syaitan akan lari bertempiaran kerana semakin kepanasan.

Tetapi kalau hanya setakat manusia biasa, tidak kiralah samada mereka itu beragama Islam atau yang beragama lain, terdengar laungan Azan serta bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran bukan sesuatu perkara yang disifatkan sebagai menakutkan mereka kerana ianya adalah suatu yang lumrah bagi yang hidup dalam masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia ini dan tambahan pula keadaan seumpama itu telah lama berlaku di negara ini.

Namun lainlah bagi iblis dan syaitan, makhluk berkenaan pasti akan kepanasan, sakit, pedih dan terasa bising dan bingit apabila mendengar suara Azan dan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran...

Arkib Blog