Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 dan telah mencalonkan sebanyak 19 orang untuk mewakili parti berkenaan namun hanya menang 6 kerusi sahaja manakal 13 lagi tewas kepada parti dari Singapura iaitu DAPAP.
Yang menariknya ialah apabila kawasan dimana kesemua 13 kerusi yang SUPP bertanding dan kalah rata-rata majoriti para pengundinya adalah terdiri daripada kaum Cina manakala kaum Bumiputera hanya membentuk sekumpulan kecil sahaja sebagai minoriti.
Daripada 6 kerusi yang dimenangi oleh SUPP 4 daripada kerusi berkenaan diwakili oleh calon Bumiputera iaitu di N01 Opar dengan YB Ranum Mina dari kaum Bidayuh sebagai calonnya, N16 Bengoh YB Jerip Susil juga seorang Bidayuh, N27 Simanggang YB Datuk Dr Francis Harden Hollis dari kaum Iban dan N28 YB Dr Johnical Rayong juga dari kaum Iban.
Keempat-empat kawasan DUN tersebut juga merupakan kaum Bumiputera menjadi pengundi yang majoriti terdiri daripada kaum Iban dan Bidayuh serta etnik-etnik kecil yang lain sementara pengundi dari kaum Cina hanyalah berjumlah kecil saja.
Manakala ada 2 lagi kawasan DUN yang dimenangi oleh calon SUPP iaitu di N47 Bawang Assan dan juga di N65 Senadin. Kedua-dua kawasan DUN berkenaan mempunyai pengundi dari berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Iban, Melanau, Kedayan, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Penan, Berawan dan lain-lain lagi.
Kedua-dua DUN ini diwakili oleh dua calon dari kaum Cina iaitu untuk N47 Bawang Assan YB Datuk Sri Wong Soon Koh dan N6 YB Datuk Lee Kim Shin. Persoalan yang mungkin timbul ialah, kenapa hanya mereka berdua saja yang terselamat sedangkan kesemua 13 kerusi yang juga turut mengenengahkan calon kaum Cina tumpas ditangan calon parti DAPAP.
Jawapannya mudah saja, sebab di 13 kawasan DUN itu majoriti pengundinya adalah mereka dari masyarakat Cina yang sudah lama menikmati segala kemudahan asas yang sehingga kini masih lagi belum dinikmati oleh sebilangan besar rakyat dari kaum Bumiputera di luar bandar atau pendalaman. Dan sebab mengapa 2 calon SUPP boleh menang di N47 Bawang Assan dan di N65 Senadin adalah kerana kumpulan pengundi kaum Bumiputera mampu membentuk menjadi majoriti dan melebihi jumlah kaum Cina.
Tanpa sokongan kuat daripada para pengundi kaum Bumiputera saya rasa adalah sangat mustahil bagi YB Datuk Sri Wong Soon Koh serta YB Datuk Lee Kim Shin berjaya untuk mengekalkan kedudukkan mereka di kedua-dua kerusi berkenaan kerana jika hanya mengharapkan pengundi daripada kaum Cina untuk memangkah mereka maka tidak memeranjatkan juga sekiranya mereka turut tewas pada 16 April 2011 yang lalu.
Walaupun bukan semua juga pengundi dari kaum Cina yang menyokong DAPAP secara terbuka atau menentang Barisan Nasional secara senyap tetapi namun kecenderungan mereka untuk berpihak kepada DAPAP memang tidak boleh disembunyikan dan memang ada juga yang mengundi untuk BN tetapi semuanya mungkin satu keputusan yang dibuat dalam keadaan yang teragak-agak.
Kini setelah Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan kalah dalam pilihanraya itu dan ini juga telah membawa kepada semua perletakkan semua jawatan beliau daripada SUPP serta kerajaan. Dalam kabinet Sarawak Dr George Chan sebelum ini adalah Timbalan Ketua Menteri I Sarawak dan apabila beliau tewas maka jawatan itu yang dikhaskan untuk masyarakat Cina juga nampaknya perlu diisi oleh salah seorang ADUN daripada SUPP yang menang namun tidak semestinya seseorang itu berketurunan Cina walaupun pada hakikatnya SUPP adalah sebuah parti yang berasaskan kaum Cina.
Masalah penerimaan pasti akan timbul daripada kaum Cina itu sendiri, adakah mereka sudah bersedia untuk diwakili oleh pemimpin dari kaum Bumiputera dari SUPP untuk mewakili suara masyarakat mereka didalam kerajaan negeri Sarawak? Jawapannya mungkin sukar bagi mereka terima atau lebih tepat lagi mungkin tidak mahu menerima kaum lain jadi pemimpin mereka didalam parti.
Selain itu, SUPP juga menghadapi saingan rapat daripada parti PRS untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri kerana Presidennya YB Datuk Sri James Jemut Masing mahu Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud mengiktiraf PRS sebagai parti kedua terbesar di Sarawak selepas parti PBB kerana jika dikira dari segi jumlah kerusi yang dimenangi ternyata PRS sudah mengatasi jumlah berbanding dengan jumlah kesemua kerusi yang diperolehi oleh parti SUPP diterajui Dr George Chan dan SPDP pimpinan YB Datuk Sri William Mawan Ikom.
Seterusnya andaikata masyarakat Cina Sarawak masih enggan untuk menerima sebarang pemimpin Bumiputera dalam SUPP untuk memegang satu jawatan penting dalam kabinet negeri walaupun mereka sudah sedar bahawa terlalu ramai pemimpin tertinggi dalam SUPP dari kalangan masyarakat kaum mereka sendiri yang kalah gara-gara perhitungan salah yang juga mereka sendiri buat, apakah yang dapat kita lihat dari sentimen seperti itu?
Itu bermakna Bumiputera yang ada dalam SUPP sebenarnya peranan mereka tidaklah dikira sebagai sangat penting dalam parti melainkan cuma untuk menambah jumlah keahlian SUPP agar suatu hari nanti parti tersebut semakin berkembang dikalangan kaum Bumiputera dan SUPP bolehlah memohon satu atau dua lagi kerusi daripada PBB atau PRS atau SPDP untuk diberikan kepada SUPP dan soal perkongsian kuasa dengan kaum lain dalam SUPP usahlah diungkit-ungkit.
Fungsi atau peranan pemimpin Bumiputera dalam SUPP kelihatannya tidak ubah seperti hanya sebagai pengalas atau lebih tepat lagi sebagai "galang ganti" kepada SUPP untuk terus mendapat tempat didalam politik Bumi Kenyalang ini. Kesediaan mereka untuk menerima secara rela seseorang pemimpin Bumiputera sebagai ketua adalah sesuatu yang sangat mustahil dan tak mungkin akan terjadi.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, April 20, 2011
BN Sarawak perlu bersikap adil kepada pengundi Bumiputera luar bandar..
Maksud saya ialah apabila merujuk kepada kekalahan yang terpaksa Barisan Nasional terima di beberapa kawasan DUN yang ditandinginya dalam pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10 pada 16 April lalu maka saya melihat perlunya untuk kerajaan BN mengubah pendekatan yang selama ini mereka pakai yang seakan-akan telah membuat rakyat menjadi keliru didalam menimbang keputusan untuk memilih calon parti mana satu yang harus disokong kerana rakyat sudah terbiasa dengan keadaan dimana biarpun terdapat kawasan DUN atau Parlimen yang dikuasai oleh pembangkang tetapi segala peruntukkan yang diberikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional tetap juga disalurkan sepertimana yang diberikan kepada kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN.
Saya melihat kalau senario begini masih lagi berterusan atau dibiarkan berlaku ianya bukan sahaja boleh mengelirukan pengundi Bumiputera luar bandar tetapi dari segi keadilan yang sering dilaungkan maka rakyat mungkin boleh berubah pikiran terhadap kerajaan yang memerintah. Mana taknya, rakyat Bumiputera luar bandar yang bermati-matian mmeberi sokongan besar untuk mempertahankan BN sedangkan pengundi Cina dibandar sudah jelas menolak mentah-mentah kerajaan BN tetapi walaupun kalah kerajaan masih juga lagi menyalur bantuan serta peruntukkan ke kawasan-kawasan yang menentang malahan jika dikira dari segi jumlahnya memang jauh lebih besar dari yang diberikan kepada rakyat Bumiputera kawasan luar bandar.
Pengundi Cina dalam bandar yang sudah mewah dengan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, mereka cepat lupa diri mana mungkin mereka akan melihat ke belakang melihat kerajaan Barisan Nasional lagi kecuali kalau diwaktu kawasan kediaman mereka dilanda banjir besar maka hanya pada masa itu saja mereka teringat akan Barisan Nasional namun sesudah itu setelah tiada sebarang bencana mereka akan kembali berpaut dengan DAP untuk menggigit tangan-tangan yang pernah memberi pertolongan ketika mereka terperangkap didalam keadaan yang sukar.
Dalam hal ini saya sangat berharap kerajaan Barisan Nasional Sarawak yang telah mendapat mandat baru dengan majoriti lebih dari 2/3 hendaklah lebihkan membawa pembangunan dikawasan luar bandar yang mana rakyat disanalah yang sentiasa memberi laluan kepada BN untuk terus berkuasa di negeri Sarawak ini dan disaat yang sama saya sarankan berehat saja dari terlalu memanjakan pengundi Cina bandar dan kalau hendak terus juga menyumbang mka rujuklah kepada saluran-saluran mengundi yang menentang atau memberi sokongan kuat kepada BN dan dari situ BN boleh tahu mana tempat yang menyebelahi kerajaan dan mana tempat yang menolak maka bahagikan peruntukkan dan berikan hanya ditempat yang pro BN serta bekukan mana tempat saluran yang menentang. Senang cerita.

Label:
DUN Sarawak
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com