Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mei 26, 2012

Bukan setakat buku, malah Irshad Manji juga harus diharamkan jejak kaki ke Malaysia

Tidak perlu rasanya untuk Irshad Manji mengecam kerajaan Malaysia yang bertindak tegas dan tepat apabila telah mengharam buku tulisan beliau "Allah. Liberty and Love" dari diedarkan dipasaran serta dijual kepada penduduk di negara ini.

Irshad Manji harus difahamkan bahawa Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sedang berdepan dengan ancaman keruntuhan moral serta akhlak kalangan masyarakat berbilang agama di mana amalan seks bebas atau seks songsang mulai menular dengan begitu cepat dan pantas dan kerajaan negara ini sedang bertungkus-lumus bagi membenteras gejala sedemikian dari terus merebak di kalangan masyarakat.

Bagaimana kerajaan negara ini yang sedang berusaha untuk membebaskan rakyat dari penyakit seumpama itu namun dalam masa yang sama masih boleh lagi untuk membenarkan kemasukkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak masyarakat seperti apa yang terkandung di buku hasil karya Irshad Manji itu.

Mana mungkin bagi sebuah kerajaan yang penuh bertanggungjawab seperti kerajaan Barisan Nasional mahu membiarkan apa saja elemen negatif dari luar untuk menyusup masuk dengan bebas dan berleluasa ke negara ini tanpa ditapis terlebih dahulu. Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat juga pastinya tidak akan membenarkan sesuatu yang boleh memudaratkan kepercayaan mereka berkembang mekar tanpa dikawal dengan bersungguh-sungguh.

Kandungan buku "Allah, Liberty and Love" tentunya mengandungi tulisan yang boleh memesongkan aqidah umat Islam dan jika tidak masakan kerajaan melalui pakar-pakar agamanya setelah melakukan penelitian tentang segala isi kandungannya telah bertindak mengharamkan buku tersebut.

Walaupun saya belum lagi membaca buku berkenaan namun saya tetap percaya bahawa sebuah kerajaan yang baik serta bertanggungjawab pastinya mahukan yang terbaik buat rakyatnya dan tidak akan sesekali memimpin rakyat ke arah kebinasaan.

Tiada ulasan:

Arkib Blog