Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, September 27, 2012

Bajet 2013: PR janji Tak Pasti vs BN janji Ditepati !

 Bajet 2013 oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang bagi menarik perhatian para pengundi menjelang PRU-13 nanti telahpun diumumkan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semalam dan Bajet PR kali ini menelan belanja sebanyak RM234 bilion dengan pendapatan kononnya akan mereka perolehi sekitar RM197 bilion untuk mencapai defisit 3.5%.

Pakatan Pembangkang menggunakan tema "Ekonomi Rakyat Negara Berkat" pada Bajet 2013 mereka dengan sasaran "lebihan wang dalam saku rakyat" apabila mereka mendakwa bahawa Bajet 2013 itu membolehkan rakyat berbelanja besar daripada biasa kerana sudah ada lebihan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 sebulan.

Janji lain dalam Bajet 2013 Pakatan adalah harga kereta akan diturun sebanyak RM70.00 bagi setiap sebuah pembelian kereta, bermakna tidak mengira jenis atau model kereta yang dibeli. Selain itu, Bajet 2013 mereka juga berjanji untuk menghapuskan semua kutipan tol di setiap laluan keluar lebuhraya, dan ini juga bermakna kerajaan yang mereka tadbir sudah hilang salah satu daripada sumber kewangan yang biasanya menjana kepada sebahagian perolehan dalam negara kasar.

Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN juga kalau mengikut dalam Bajet 2013 yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim akan dimansuh serta dihapuskan. Mana-mana pelajar yang layak untuk mendapatkan pinjaman pendidikan di masa hadapan hanya akan diberi pinjaman sebanyak RM200 sebulan. Jika ini diamalkan oleh pihak Pakatan dalam mentadbir negara maka peluang para pelajar miskin luar bandar akan tersekat hanya pada peringkat menengah atau pada peringkat rendah saja.

Bajet 2013 Pakatan Pembangkang ini juga menjanjikan bahawa mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagih-agihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum. Maknanya dalam kerajaan mereka nanti kekayaan negara akan dikongsi sama ratalah. Tak adalah nanti Tan Sri Robert Kwok terus setiap tahun disenaraikan sebagai individu terkaya dalam Malaysia atau Tan Sri T. Anandakhrisnan sebagai orang kaya nombor dua. Mungkin tahun 2013 nama Mat Syabu ke, nama Mahfuz Omar ke atau nama Azmin Ali yang akan duduk di tangga teratas dalam senarai nama-nama orang terkaya dalam Malaysia.
Walau apa-apapun yang ada pada Bajet 2013 PR itu...namun petang esok, marilah kita semua, seluruh rakyat Malaysia tumpukan perhatian kepada siaran langsung pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang akan membentangkan Belanjawan yang sah daripada sebuah kerajaan yang sah untuk rakyat Malaysia menilai mana satu Janji Tak Pasti dan mana satu Janji Akan Ditepati..

Arkib Blog