Posting ini merupakan yang terakhir dari saya untuk blog Anak Merdeka bagi bulan November kerana saya akan rehat untuk selama lebih kurang sepuluh hari bermula tengah malam ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan saya hanya akan kembali aktif menulis serta mengemaskini laman blog ini mulai awal bulan Disember depan..
Namun dalam pada itu ingin saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang bagaimana geram dan marahnya hati serta perasaan saya terhadap layanan buruk masyarakat Indonesia terutamanya para penyokong kontinjen negara berkenaan kepada rombongan daripada Malaysia.
Tetapi sebagai penawar atau pengubat kepada semua itu, apakata masing-masing kita membuat ramalan berkenaan dengan keputusan yang bakal kita ketahui pada esok malam berhubung dengan perlawanan di antara pasukan Harimau Malaya iaitu skuad muda bawah 23 tahun negara dengan pasukan Garuda pencen dari Indonesia.
Harap maaf sebab saya bukannya ahli tilik ataupun ahli nujum cuma sekadar suka-suka saja jangan pula ada yang akan kata saya nak membawa orang lain ke jalan yang syirik. Sekadar hiburan! Ok, seperti yang kita rakyat Malaysia semua sudah sedia maklum bahawa malam esok adalah merupakan malam penentuan bagi kedua-dua pasukan samada Indonesia ataupun Malaysia yang akan mendapat pingat emas dalam perlawanan akhir acara bolasepak Sukan SEA ke-26.
Perlawanan bolasepak antara Malaysia-Indonesia malam esok juga amat penting bagi Indonesia kerana mereka mesti dan perlu menang ke atas Malaysia sebab jika mereka menang maka sudah tentu pingat emas menjadi milik Indonesia dan gelaran juara bagi mereka juga sungguh bermakna sekali, tetapi sekiranya pingat emas menjadi milik Malaysia sementara Indonesia akan dinobatkan sebagai juara pada Sukan SEA ke-26 ini semuanya tidak akan membawa sebarang erti kepada pasukan tuan rumah kerana pingat emas bagi acara sukan bolasepak yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pingat emas" harus dan mesti dimenangi oleh mereka dan jika tidak maka tidak lengkaplah gelaran juara bagi kontinjen Indonesia..
Maknanya, seandai pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Garuda Indonesia malam esok di Stadium Nasional Gelora Bung Karno Jakarta, maka musnah dan punahlah segala harapan yang melangit seluruh rakyat Indonesia untuk melihat pasukan bolasepak negara mereka melengkapkan kejuaraan Indonesia pada Sukan SEA XXVI dengan sebutir pingat emas.
Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan antara pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun dengan pasukan Garuda Indonesia, seperti keputusannya sedang bermain-main didalam otak kepala saya. Dapat saya rasakan betapa seluruh rakyat Malaysia akan terpegun dengan persembahan hebat anak buah jurulatih Ong Kim Swee. Buat kali kedua, sudah terbayang-bayang dimata saya betapa pasukan bolasepak Malaysia sekali lagi akan meraikan kemenangan mereka ke atas pasukan Indonesia malam esok.
Keputusannya bagaimana? Oh ya...Malaysia akan menang dengan kelebihan satu gol. Kalau Indonesia dengan 1 gol sudah tentu Malaysia ada 2 gol, dan jika Indonesia sumbat 2 gol sudah pasti Malaysia akan berjaya menambah 1 lagi gol menerusi jaringan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga pasukan Indonesia mengibar bendera putih tanpa warna merah sebagai tanda mereka telahpun menyerah kalah kepada pasukan Harimau Muda :-))
SUKAN MEMBAWA MESEJ PERPADUAN KEPADA SELURUH PENDUDUK DUNIA !
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !
MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, November 20, 2011
Sukan SEA XXVI: rakyat Indonesia harus lakukan transformasi ke atas minda mereka !
Jikalau rakyat Indonesia masih lagi bermegah serta terus leka dengan kehebatan sejarah masa silam pejuang dan sentiasa terpukau dengan laungan "Ganyang Malaysia" yang pernah digunakan oleh pengasas Republik Indonesia iaitu Sukarno semasa konforntasinya dengan Malaysia lebih empat dekad yang lalu maka sebenarnya mereka telahpun menghukum minda atau pemikiran mereka sendiri agar terus kekal di takuk lama, yang mengikat cara berpikir mereka kekal seperti yang pernah mereka lakukan lebih empat puluh tahun dahulu.
Untuk maju, maka sebahagian besar rakyat Indonesia harus berani melakukan banyak perubahan dalam hidup mereka. Pertama sekali mereka perlu meletakkan cara berfikir mereka dari terus berada dibawah tempurung berpindah ke atas tempurung sebab mereka perlu melihat dan mendengar perkara lain yang berlaku disekeliling mereka bukan semata-mata dengan menggunakan mata dan telinga tetapi juga harus menggunakan minda sekali.
Keduanya, rakyat Indonesia perlu membuang sikap angkuh, sombong dari diri mereka yang selama ini seolah-olah sudah menjadi pakaian mereka lalu digantikan dengan sikap sedia menghormati hak dan kemampuan orang lain dan juga mereka perlu mengikis perasaan hasad dengki yang sekian lama bersarang di dalam lubuk hati mereka bagi mengelak sebarang perasaan buruk sangka yang membawa kepada sikap bermusuhan tidak sudah-sudah mereka terhadap rakyat Malaysia.
Yang sangat penting bagi sesetengah rakyat Indonesia ialah mereka tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kepercayaan lama bahawa Indonesia lebih hebat daripada Malaysia walaupun keluasan negara mereka jauh lebih besar serta jumlah penduduknya jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan Malaysia sebab tanpa mereka sedari, Malaysia sebenarnya kini telah jauh meninggalkan Indonesia di belakang dalam banyak bidang dan mereka tidak boleh lagi menafikan perkara ini.
Jika empat puluh tahun yang lalu memang Malaysia masih lagi bayi yang baru belajar merangkak, mungkin bolehlah pihak-pihak tertentu di Indonesia cuba memperlekehkan keupayaan negara ini tetapi kini setelah lebih sepuluh tahun Malaysia bergerak seiring bersama-sama dengan negara lain meredah zaman milenium ini menjadikan Malaysia semakin dewasa dan matang dalam banyak perkara dan ini adalah satu petunjuk jelas kepada segelintir rakyat di Indonesia bahawa sekarang bukan masanya lagi untuk mereka terus beranggapan bahawa Malaysia masih sama seperti awal pembentukannya tahun 1963 dulu.
Malaysia sudah mampu berdikari, jika dulu Malaysia hanya bertemankan beberapa buah negara tetapi kini Malaysia sudah ramai kawan dan sahabat malahan Malaysia kini bukan lagi menjadi sebuah negara yang hanya menanti simpati ataupun bantuan daripada negara lain tetapi sebaliknya Malaysia adalah antara negara-negara yang paling aktif dan kerap menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mana-mana negara yang pernah ditimpa bencana alam termasuklah Indonesia juga yang dilanda Tsunami besar akhir tahun 2006 dulu.
Di dalam isu negara Palestine misalnya, Malaysia lebih ke depan dalam memperjuangkan hak serta kedaulatan negara tersebut jika dibandingkan dengan negara-negara lain di sebelah Asia. Malaysia menerusi YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad lebih lantang menyuarakan sokongannya ke atas perjuangan rakyat Palestine dalam usaha untuk melepaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim Zionis malah rakyat Malaysia terus bermurah hati menyumbang kepada dana bantuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestine akibat penindasan sekian lama oleh pihak Israel ke atas mereka.
Oleh itu, sekiranya sesetengah rakyat Indonesia masih beranggapan dan melihat bahawa Malaysia sama seperti Malaysia lebih empat puluh tahun yang lalu, mudah diperkotak-katikkan, lemah dan tidak berdaya maka mereka sebenar sangat salah dan silap sebab sebelum melihat semula ke arah Malaysia yang moden sekarang maka mereka terlebih dulu perlu mengubah cara mereka berpikir, sanggup melakukan perubahan pada minda mereka dan sudah pasti setelah itu mereka akan tahu bahawa hakikatnya rakyat Malaysia sudah jauh di depan meinggalkan mereka dalam banyak perkara, berpikiran terbuka dan sentiasa bersedia menerima kekalahan dalam keadaan apa sekalipun.
Maka sebab itulah saya melihat betapa perlunya untuk rakyat Indonesia melakukan perubahan besar dari segi minda mereka, cara berpikir dan bersedia dalam menerima apa jua keputusan yang melibatkan kepentingan mereka. Mereka juga tidak lagi boleh terlalu alpa atau terlalu mengagung-agungkan perjuangan sejarahwan-sejarahwan terdahulu sehingga boleh merosakkan hubungan dua hala yang sedia terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia namun sebaliknya mereka perlu berusaha agar persahabatan antara kedua negara kekal utuh dan mengelak dari menimbulkan sebarang pertikaian baru.

Label:
sukan sea 26th
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com