Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 27, 2011

Sudah lengkap? DAP ada Khalifah, PAS ada Nabi & PKR ada Imam Mahdi !

 Setiausaha Agung Parti Tindakan Tidak Demokratik merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diangkat dan diiktiraf sebagai seorang Khalifah setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh pencacai-pencacai dalam Parti Islam Se-Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.
 Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan salah seorang pemimpin seterusnya dari kalangan pemimpin Pakatan Haram pembangkang yang dinaikkan pangkat dari seorang Ularmak PAS kepada seorang Nabi.
Terbaru dan masih hangat!!! Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah diakui sendiri oleh isterinya sebagai 'anugerah Tuhan' kepada Malaysia terus mendapat pengiktirafan baru dari pengikut Pakatan Haram sebagai Imam Mahdi yang akan menjelma pada akhir zaman.

Memang gila! memang gila sudah pencacai-pencacai pemimpin Pakatan Haram di negara ini. Belum pernahpun dilakukan oleh mana-mana pemuja pemimpin politik negara lain di dunia ini seperti yang dilakukan oleh para pengikut Pakatan Haram itu. Akibat terlalu taksublah tu.

Penyokong-penyokong pemimpin Parti Republikan, Parti Demokrat, Parti Buruh di negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Australia, negara-negara Eropah mahupun negara-negara Arab sendiri juga tidak pernah taksub sampai ke tahap sehingga boleh merosakkan iman sebegitu rupa seperti yang telah dilakukan oleh para penyokong Pakatan Haram.

Kalau nak berpolitik tu maka berpolitiklah secara sihat atau sekurang-kurangnya dengan cara yang boleh diterima akal sedikit dan tak patutlah semua perkara ataupun perkara yang bukan-bukan juga mahu diheret sama ke dalam politik liar mereka.

Malaysia Boleh!!! Anwar jadi Imam Mahdi dan Nik Aziz jadi Nabi !

Rakyat negara yang mana tidak akan merasa berbangga apabila ada dikalangan pemimpin parti politik di negara mereka secara tiba-tiba telah dinaikkan pangkat sebagai seorang nabi dan selang beberapa bulan selepas itu seorang lagi turut diisytiharkan sebagai Imam Mahdi.

Umum tahu bahawa seluruh rakyat Malaysia sebelum ini gempar sebaik mengetahui yang Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat telah naik pangkat daripada seorang Mursyidul Am PAS menjadi seorang rasul atau nabi, wah hebat sesangat tu...Malaysia Boleh!!!

Tau-tau hari ini iaitu beberapa minggu selepas kejadian Datuk Nik Aziz diisytihar sebagai rasul, seorang lagi pemimpin politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim juga telah naik pangkat dari Penasihat PKR merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia menjadi Imam Mahdi pulak...wow!!!..betul-betul banggalah he he

Untuk seterusnya kita bersama dengan Dr Navandri atau MIM , Badrol Amin yang isytiharkan sebaik saja Anwar Ibrahim diangkat sebagai Imam Mahdi beliau akan membebaskan Masjid Al Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi iaitu sekutu PKR sendiri...

Video: KY Jelly 1151 vs Bebas Anwar 901



Ceramah amat menarik oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru YB Datuk Zulkifli Nordin dari Kuala Terengganu, Terengganu yang berkisar dengan isu kes liwat II Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya Mohd. Saiful Azlan Bukhary.

Bekas orang kuat PKR ini sudah semestinya ada banyak rahsia yang tidak diketahui oleh kebanyakkan penyokong Anwar Ibrahim termasuklah segelintir mahasiswa-mahasiswa yang secara membabi-buta percaya dan menyokong gerakan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu.

Sesetengah mahasiswa yang pro-Pakatan Haram seperti Adam Adli harus berkongsi cerita tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya daripada Datuk Zulkifli yang bukan saja bekas pemimpin dalam PKR malah jauh daripada itu beliau adalah antara pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama mereka yang lain yang akhirnya bertindak meninggalkan PKR setelah tertipu dengan tipudaya Anwar Ibrahim.

Arkib Blog