Rasanya, kalaulah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik ke jawatan Menteri Dalam Negeri mengambilalihnya daripada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, agaknya beliau lebih bermaya untuk mengemudikan KDN jika dibandingkan dengan Datuk Seri Hisham.
Dan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Shahrizat memang sesuai untuk Datuk Seri Hisham. Kementerian tu kurang sekali menggunakan resepi "amaran" dan memang sesuailah jika ianya diterajui oleh seorang menteri yang kurang menyerlah di Kementerian Dalam Negeri.
Datuk Seri Shahrizat kelihatan lebih garang dari Datuk Seri Hisham dan dia juga jarang kita dengar dia gemar dengan perkataan "amaran, amaran, amaran"... beliau pernah turun padang pada waktu tengah malam meninjau masalah golongan "gelandangan" yang hidup merempat di ibu kota, beliau berani berdepan dengan kumpulan berkenaan.
Kalau isu Mat Syabun yang telah menghina pejuang kemederkaan tidak juga berjaya ditangani dengan cara yang tegas oleh Datuk Seri Hisham, maka adalah lebih baik beliau berpindah saja ke kementerian yang kini sedang disandang oleh Senator DS Shahrizat dan serahkan saja KDN kepada DS Shahrizat. Datuk Seri Hisham perlu ingat bahawa kenyataan Mat Syabun itu sebenarnya akan membuka ruang yang lebih besar lagi kepada puak-puak DAP untuk terus mewujudkan suasana keresahan dalam masyarakat Malaysia.
Saya rasa, walaupun DS Shahrizat tak ada dua peluru hidup namun jika melihat kepada kesungguhan beliau dalam memandu kementerian yang diterajuinya agar sama-sama berada dibarisan depan bersama dengan kementerian yang lain maka itulah sebabnya saya lebih yakin dengan kemampuan Datuk Seri Shahrizat berbanding dengan Datuk Seri Hisham walaupun beliau memang ada dua peluru hidup semulajadi sekadar digunakan oleh DS Hisham untuk memberi amaran...tembak ke atas!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Ogos 27, 2011
DS Hisham!!! tangkap dan ISAkan segera Mat SyabuN!!!!!!
Mat Syabun |
Apabila Timbalan Presiden PAS Mat Syabun terus berusaha untuk membangkitkan rasa benci kalangan rakyat terhadap kerajaan dengan cuba memutarbelitkan fakta sejarah kemerdekaan negara, sepatutnya pihak kerajaan khusus Kementerian Dalam Negeri perlu sangat untuk bertindak segera dan berani menangkap dan menahan Mat Syabun di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana jika tidak dibendung lebih awal maka sudah tentu perbuatan Mat Syabun itu akan menjadi ikutan mereka yang lain pula.
Akhbar Utusan Malaysia hari ini memaparkan berita yang begitu memeranjatkan berkenaan dengan ucapan paling teruk oleh Mat Syabun berkaitan dengan sejarah kemerdekaan Malaysia. Mat Syabun mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," - Mat Syabun Siput Babi.
Melihat kepada ucapan bodoh Mat Syabun itu, ternyata sekali dia begitu buta tentang sejarah kemerdekaan negara dan mungkin juga dia ini jenis yang punya otak terkumpul dalam kepala lutut, tidak dengar apa yang dia cakap dan tidak nampak apa yang dia lihat, memang bodoh sekali dan manusia yang seperti inilah yang perlu sangat KDN dan Datuk Seri Hisham tangkap dan tahan untuk beberapa tahun dalam tahanan, bela, didik dan ajar dia agar menjadi seorang manusia yang mampu menyumbang sesuatu yang berfaedah kepada nusa dan bangsa.
Label:
mat syabun
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com