Sebahagian besar masyarakat Iban di Sarawak semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini bukan saja baru berlaku malahan ianya sejak dulu lagi kaum Iban sebagai kumpulan terbesar di Bumi Kenyalang telah menolak kehadiran PKR di negeri ini.
Orang Iban lebih berminat kepada parti-parti tempatan sepeti PBB, SUPP, SNAP, PRS, SPDP dan SWP yang sederhana dan tidak melampau seperti PKR. Anda tentu tertanya-tanya kenapa PKR Sarawak tidak diterajui oleh orang Iban yang majoriti sebaliknya diketuai oleh Baruk Bian yang datang dari kaum paling minoriti di Sarawak yang tinggal jauh di sebelah utara negeri ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, November 29, 2012
Ahad, November 25, 2012
Harimau Malaya tanpa sentuhan TS Annuar Musa mungkin gagal ulangi sejarah!
Pesta bola piala Suzuki AFF untuk musim 2012 sudah bermula namun agak malang bagi pasukan Harimau Malaya kerana pada kali ini mereka akan beraksi tanpa sentuhan Timbalan Presiden FAM YBHG Tan Sri Annuar Musa yang digantung dari tugas oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia.
Saya walaupun kurang berminat dengan sukan bolasepak ini tetapi selagi ianya membabitkan maruah negara tentu sekali saya akan sentiasa mengikuti perkembangan sukan nombor satu ini dan tidak ketinggalan untuk turut mendoakan agar pasukan bolasepak negara terus mempamerkan persembahan yang terbaik dan menang ke atas pasukan lawan.
Tetapi pada musim kali ini saya tidaklah menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada pasukan Harimau Malaya untuk mengulangi kejayaan yang pernah mereka ukir pada kejohanan sebelum ini kerana banyak sebab yang mungkin akan menjadi penyumbang kepada kemorosotan mutu permainan skuad negara itu nanti sekiranya mereka masih gagal menguasai permainan sepertimana yang dipertontonkan ketika bertemu pasukan Bangladesh, Hong Kong baru-baru ini.
Ketiadaan Tan Sri Annuar Musa dalam barisan pimpinan FAM juga saya nampak antara faktor yang boleh menyebabkan para pemain hilang tumpuan bermain kerana bagi saya kebangkitan Harimau Malaysia hingga berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2011 tidak dapat dinafikan banyak dibantu oleh keupayaan Tan Sri Annuar Musa dalam menentukan corak permainan para pemain negara.
Antara masalah lain yang saya nampak adalah berhubung dengan tawaran yang terlalu lumayan kepada seorang dua pemain yang tentu sekali amalan sebegini boleh melunturkan semangat berpasukan para pemain. Apabila tawaran bermain sudah mencecah sehingga ke jutaan ringgit kepada pemain tertentu jadi bagaimana pula dengan pemain yang lain yang turut bermain di dalam pasukan yang sama?
Apa-apapun saya doakan supaya pasukan negara Harimau Malaya terus fokus dengan kejayaan dan lupakan sejenak tekanan sekiranya ada... Hidup Harimau Malaya ! Malaysia Boleh!!!

Khamis, November 22, 2012
Bintang Scorpio semakin hampir dengan Bumi !
Pada pagi ini jam 5:30am...saya melihat ke langit seperti biasa mahu memerhati bintang-bintang dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sekumpulan 8 bintang yang membentuk seakan-akan seekor kala jengking (Scorpions) serta menyerupai kepala seekor singa (Leo) yang sebelum ini biasanya kelihatan sangat jauh dari kita tetapi bagaimana pada pagi ini tadi hari Khamis 22 November 2012 ianya kelihatan sangat dekat dan boleh dilihat dengan lebih jelas barisan ketiga-tiga bintang yang terletak di tengah-tengah serta dikellilingi oleh 5 bintang yang lain dan dikenali sebagai Raja Bertiga (Buruj) yang menjadi panduan kepada orang-orang Islam dalam menentukan arah Kiblat mengikut kepercayaan agama mereka.
Pagi ini tadi bintang Scoprio ini letaknya di sebelah selatan atau berada di kedudukan sebelah selatan jam 5 pagi. Harap kepada sesiapa yang berminat memerhati kejadian alam bolehlah bersama-sama berjaga untuk pagi seterusnya esok dan jika cuaca baik mungkin kita semua akan berkesempatan untuk melihat semakin banyak perubahan dari sehari ke sehari pada dunia ini..

Rabu, November 21, 2012
Isu 3 anggota PDRM: jangan sampai jadi seperti isu video ketuk ketampi!
Semua orang tentu masih ingat lagi dengan isu "video ketuk ketampi" yang heboh dan hangat sekitar tahun 2006 apabila didakwa bahawa pihak polis kononnya telah menyiksa dan mendera seorang wanita warga negara China dengan memaksanya berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam sel tahanan dan lebih teruk lagi apabila aksi telah dirakam menggunakan kamera video dan dan disebarkan di internet.
Kejadian itu juga telah memaksa kerajaan Malaysia menebalkan muka apabila menghantar wakil ke China bertujuan untuk meminta ampun dan maaf daripada kerajaan China kerna kononnya Malaysia dan PDRM khususnya telah melanggar hak asasi manusia terhadap warga negara tersebut walaupun kes itu sebenarnya masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa di negara ini dan belum pasti lagi samada ianya benar melibatkan warga China ataupun sebaliknya.
Setelah siasatan selesai dijalakan oleh pihak Polis ternyata wanita berkenaan bukannya warga China tetapi sebaliknya adalah wanita rakyat tempatan iaitu warga Malaysia sendiri yang terlibat di dalam kes tertentu.
Oleh itu, apabila mengikuti isu tiga anggota polis di Pulau Pinang yang dituduh kononnya telah merogol seorang wanita Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia, maka saya teringat kembali kepada isu video ketuk ketampi yang pernah menggemparkan negara seketika dulu dan saya tidak menolak kemungkinan ada unsur-unsur yang sama berlaku dalam isu yang melibatkan pihak PDRM ini namun apa-apapun biarlah siasatan menemui jawapannya.
Maksud saya mungkin ketiga-tiga polis itu sebenarnya yang menjadi mangsa, mangsa keadaan...sebab sekarang ini semakin ramai warga asing yang berani bertindak merogol undang-undang negara kita. Hidup PDRM !!!

Selasa, November 20, 2012
K.O BNBN K.O persis jampi manusia zaman purba !
Perbuatan seperti kebudak-budakkan itu langsung tidak mencerminkan PAS yang dilaung-laungkan sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam malah perbuatan mereka yang mendoakan kebinasaan kepada pihak lain amat bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam itu sendiri yang menuntut semua umatnya sentiasa berbuat baik terhadap sesama mereka dan juga penganut agama lain.
Al Quran mempertahankan Yesus !
Kalau boleh semua orang perlu melihat ini dengan jiwa, minda serta pikiran yang terbuka...kita wajar mencari kebenaran...selain kita nak tahu Yahudi ini siapa...rupa-rupanya Yahudi adalah pengikut Dajjal...dan pada akhir zaman kelak Yesus akan turun ke bumi sesudah Imam Mahdi dan Dajjal yang turun untuk membunuh Imam Mahdi..
Selasa, November 13, 2012
Bob Lokman mangsa terbaru konspirasi jahat UMNO & BN !
Marilah sama-sama kita nantikan apakah agaknya kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh pihak-pihak dalam PR berhubung kejadian itu. Tentu sekali mereka akan menuding jari ke arah UMNO sebagai pihak yang mengarah gajah itu bertindak ganas terhadap Bob Lokman..
Isnin, November 12, 2012
Salam Deepavali 2012 !
Esok negara kita akan menyambut satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di negara ini dan ini menunjukkan kepada dunia bahawa kebebasan mengamal adat kepercayaan masing-masing mengikut kaum terus subur dan kekal terpelihara dan terjamin di negara ini walau Islam telah diisytihar sebagai agama rasmi Malaysia di samping orang Melayu yang menjadi tonggak utama dalam sistem pemerintahan negara.
Suasana sebegini juga pastinya akan terus berkekalan sekiranya rakyat dari berbagai lapisan kaum dan agama tetap memberi sokongan padu kepada kerajaan yang sedia ada untuk mentadbir negara ini dan juga sekiranya perasaan syak-wsangka antara satu dengan yang lain dapat dihapuskan demi perpaduan kaum yang berkekalan.
Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012 kepada mereka-mereka yang merayakannya !

Jumaat, November 09, 2012
Hasil balak & minyak Sarawak sebelum pembentukan Malaysia ?
Begitu juga dengan kegiatan mencari gali minyak yang dilakukan di luar pantai Sarawak ianya telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi iaitu berpuluh-puluh tahun sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia dan sejak dari saat itu tiada sesiapapun di kalangan rakyat Malaysia tahu ke mana hasil minyak itu pergi dan tiada seorangpun daripada rakyat Sarawak yang bertanya berapa peratus dari hasil minyak yang dipulangkan kepada negeri ini.
Demikian juga dengan hasil balak serta beberapa sumber hasil lain yang dikeluar dari negeri Sarawak ketika itu, tiada seorangpun rakyat negeri ini yang berani mempertikaikan cara pembahagian kekayaan hasil bumi negeri ini oleh pihak penjajah pada masa itu sepertimana yang dilakukan sekarang oleh segolongan kecil rakyat yang kini menggelarkan kumpulan mereka sebagai Sarawak Sabah Keluar Malaysia atau SSKM.
Perjuangan SSKM hanya berlandaskan kepada dakwaan kononnya banyak hasil makhsul Bumi Kenyalang telah dilarikan ke Semenanjung Malaysia oleh kerajaan pusat iaitu semenjak Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah membentuk negara Malaysia 49 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, maka SSKM berpendapat untuk menyelamatkan harta serta sebarang kepentingan negeri ini dari terus dibawa keluar adalah dengan membawa Sarawak keluar daripada persekutuan Malaysia.
Cuma di sini saya mahu mana-mana pihak daripada SSKM agar membuktikan jika benar dakwaan seumpama, maka buktikanlah andaikata benar dalam masa 49 tahun Sarawak bersama Malaysia banyaknya kekayaan negeri di bawa keluar dan nyatakan satu persatu apa dia, tampilkan bukti dengan nilai-nilai serta jumlah kesemuanya sekali. Jika tiada, janganlah kelirukan rakyat Sarawak dengan dakwaan yang tidak berasas seperti itu.
Semua pihak di Sarawak juga perlu sedar, dalam waktu kita asyik mendakwa kononnya dalam tempoh 49 tahun Sarawak dalam Malaysia, kita telah hilang begitu banyak hasil negeri kononnya akibat dibawa lari keluar oleh kerajaan pusat tetapi adakah kita semua sedar semasa Sarawak beratus-ratus tahun berada di bawah pemerintahan kerajaan Kesultanan Brunei, di bawah pemerintahan kerajaan keluarga James Brooke, ketika di bawah penjajahan Jepun dan kemudian di bawah jajahan British...kemanakah kesemua hasil-hasil negeri kita di bawa?
Rakyat Sarawak janganlah mudah terpengaruh dan dikelirukan oleh pihak yang menggelar kumpulan mereka sebagai SSKM ini kerana sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara kita harus akui akan hakikat bahawa hanya setelah Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah menubuhkan negara Malaysia barulah hasil kekayaan negeri ini dapat dikongsi serta dinikmati bersama oleh rakyat di negeri ini melalui berbagai-bagai bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Khamis, November 08, 2012
Kenyataan Nurul Izzah bakal undang konflik agama di Malaysia !
Sebagai seorang wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen yang juga sebagai seorang pemimpin kanan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar sama sekali bagi Nurul Izzah untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerna walaupun sehingga sekarang hanya sebahagian besar orang-orang Melayu dan Islam yang bangun dan bangkit menyuarakan bantahan mereka terhadap kenyataan terbuka Nurul Izzah itu tetapi bukanlah menjadi satu perkara yang mustahil selepas ini sekiranya orang bukan Islam khususnya orang-orang Kristian juga akan turut bangkit membantah kenyataan celupar Nurul Izzah itu.
Tentu sekali mana-mana agama di atas muka bumi ini tidak pernah merestui barangsiapapun antara pengikut mereka keluar dari agama masing-masing dan kemudian masuk serta menganut lain namun sebagai menghormati hak seseorang, maka pihak gereja terpaksa akur dan menyerahkan keputusan untuk dibuat sendiri oleh mereka yang berhajat untuk memeluk agama lain.
Tetapi seandainya kenyataan oleh Nurul Izzah itu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan dan berkuatkuasa, tidakkah kita melihat bahawa akan berlaku pertembungan yang amat tidak sihat di antara berbagai agama yang ada di negara ini. Tentu sekali siapapun juga akan merasakan diri mereka bebas untuk menentukan agama mana yang patut mereka pilih dan berapa lama mereka akan berada dalam agama berkenaan dan jika rasa tidak serasi maka mereka bebas memilih samada mahu keluar dari agama yang sedang dianuti dan balik serta masuk agama lain pula.
Jika ini berlaku sudah tentu banyak juga perkara lain yang akan turut timbul dan apa yang pasti nanti ialah pertentangan antara agama di negara ini mungkin tidak akan dapat dielakkan lagi daripada berlaku apabila masing-masing cuba mempertahankan hak serta fahaman agama mereka. Mungkin pada forum tersebut Nurul Izzah merasakan bahawa kenyataan beliau itu adalah bertujuan bagi menyedapkan hati para peserta serta ahli panel yang beragama Kristian, tetapi dia tidak dapat menjangka kesan buruk yang wujud dari kenyataan beliau itu terhadap hubungan antara agama yang terdapat di dalam negara ini.
Rabu, November 07, 2012
"Sandy" pembalasan Tuhan terhadap golongan LGBT - Paderi Kristian Amerika Syarikat
Kalau pemimpin agama Kristian di Amerika Syarikat sendiri boleh melihat bahawa apa yang sedang negara mereka hadapi ketika ini seperti bencana alam dasyat dan yang terbaru apabila negara mereka dibadai oleh Taufan Sandy adalah disebabkan oleh perbuatan tidak bermoral rakyat mereka sendiri yang mengamal cara hidup yang lebih teruk daripada haiwan tetapi yang anehnya apabila ada pihak di Malaysia yang terus mendokong perjuangan golongan LGBT itu. Jika haiwan masih boleh kenal jantina lawan tapi golongan LGBT pula sebaliknya.
Sila baca kenyataan beberapa pemimpin agama di Amerika Syarikat tentang amalan LGBT sehingga mengundang bencana Sandy di negara mereka >>> Utusan Malaysia
Selasa, November 06, 2012
LGE jual ubat penat kepada penduduk Melanau di kawasan pendalaman Sarawak
Sungguh manis kata-kata Lim Guan Eng di hadapan para penduduk di sebuah perkampungan terpencil kaum Melanau iaitu di Kpg Bungan Kecil Btg Igan Sarawak sewaktu kempen PRK Parlimen Sibu seketika dulu yang menyaksikan calon DAP Wong Ho Leng menentang Robert Lau Hui Siew calon Barisan Nasional.
Wong Ho Leng menang, tapi sehingga ke hari ini segala janji-janji yang ditaburkan pada kempen PRK tersebut belum juga ditunaikan oleh DAP, jika adapun itu semua adalah projek-projek yang datangnya daripada kerajaan Barisan Nasional
Sabtu, November 03, 2012
Anwar berjanji akan selalu "minum kopi" di Kanowit jika...
Tapi ada satu janji yang paling kelakar Anwar berikan kepada penduduk Rumah Panjang di Kanowit iaitu beliau berjanji "tidak akan berbohong lagi" sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia.
Lihat seterusnya di Utusan Borneo Sarawak
Jaminan masa depan, masa "belakang" bagaimana? !
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com