Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mac 03, 2011

Kena saman DAP, ADUN PKR Sarawak merayu derma dari rakyat !!!

Yang Berhormat Diminique Ng adalah satu-satunya wakil rakyat bagi kawasan pilihan raya N.9 Padungan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak daripada Parti KeADILan Rakyat, tiada yang lain...cuma dia, dulu ada seorang iaitu ADUN Ngemah YB Gabriel Adit Demong tapi dah lama keluar dari PKR dan sekarang bertindak sebagai Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) yang pro-BN.

Apa masalah terbaru yang dihadapi oleh YB Dominique Ng ? Masalah terbaru ialah apabila beliau kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan untuk terus bergiat dalam politik negeri Sarawak apabila menghadapi masalah kewangan yang berat untuk membayar saman fitnah di mahkamah yang telah dikemukakan oleh dua pemimpin dari parti DAP Sarawak terhadap beliau ekoran fitnah yang dilemparkan oleh YB Dominique terhadap keduanya.

Ini bukannya saman fitnah yang dibuat oleh pihak Barisan Nasional negeri atau daripada rakyat biasa di Sarawak ini tetapi ianya adalah saman fitnah yang dikemukakan di mahkamah oleh rakan serta sahabat mereka sendiri dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP, rakan sekatil dan rakan sepinggan mereka.

KUCHING: Satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini, Dominique NG memberitahu beliau akan diisytiharkan muflis jika gagal membayar jumlah tuntutan ganti rugi atau saman seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah, dalam tempoh terdekat ini.

Ng yang merupakan ADUN Padungan merayu kepada orang ramai termasuk ahli dan barisan kepimpinan PKR bagi membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut dan sehubungan itu juga telah membentuk satu jawatankuasa mengumpul dana daripada orang ramai.

Beliau memberitahu telah diberi masa selama tujuh hari bermula Isnin lepas (28 February 2011) untuk menjelaskan ganti rugi berjumlah RM100,000 kepada seorang peguam Chong Siew Chiang yang merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Pada satu sidang media di sini semalam, Ng memberitahu yang beliau turut berdepan tuntutan RM100,000 daripada seorang lagi peguam (Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen) dalam kes berasingan.

Menurut Ng, beliau telah menerima surat tuntutan bertarikh 28 February 2011 daripada Chong BrothersAdvocates meminta beliau membayar ganti rugi RM100,000 yang telah dimenangi oleh Chong Siew Chiang - Utusan Borneo.

...apa yang pasti ialah, sekiranya YB Dominique Ng gagal melunaskan semua jumlah saman yang dikenakan ke atasnya maka beliau secara otomatik akan diisytihar sebagai seorang yang muflis. Dan apabila keadaan ini berlaku maka pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang beliau tidak layak lagi untuk bertanding.

Jadi untuk memastikan agar kerjaya politik beliau terus bernafas dalam politik Sarawak, mahu tak mahu terpaksalah menebalkan muka dengan mewujudkan satu dana yang mirip kepada dana untuk mangsa Tsunami di Aceh dulu. Kepada rakyat Sarawak yang perihatin, bantulah wakil rakyat ini ! Amin.

Amerika Syarikat, negara pengganas mahu serang Lybia pula..


Tidak serik-serik dengan kesilapan yang pernah dilakukan ke atas beberapa negara Teluk sebelum ini, negara pengganas nombor satu di dunia Amerika Syarikat sekali lagi keluar dengan belang baru mereka untuk menyerang negara di utara benua Afrika iaitu Lybia. Hanya berpandukan kepada laporan yang dibuat oleh media barat belaan Amerika Syarikat, masyarakat dunia sudah percaya apa yang telah berlaku di Lybia adalah benar sebagaimana yang digambarkan oleh media negara pengganas Amerika itu.

Masyarakat dunia seakan-akan telah tidak berlaku adil sebenarnya terhadap Muammar Ghadaffi apabila tidak mahu mendengar sendiri daripada pemimpin Lybia itu berkenaan dengan situasi sebenar apa yang sedang berlaku di negara tersebut tetapi lebih suka untuk menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh pihak media asing serta dakwaan oleh pihak pembangkang di negara berkenaan yang sememangnya sifat mereka tidak pernah ambil peduli mengenai soal ketenteraman, keamanan, keselamatan rakyat serta kedaulatan negara.

Masyarakat dunia kini juga perlu sedar betapa kita semua telah ditipu hidup-hidup oleh pihak Amerika Syarikat ketika mereka menyerang Iraq dulu dimana sebelumnya pihak negara pengganas Amerika bersama pihak media mereka telah membesar-besarkan isu 'senjata pemusnah' yang kononnya Iraq ada menyembunyikannya namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah propaganda pihat barat bagi membolehkan mereka menyerang serta menghancurkan negara Iraq serta menguasai minyak di negara berkenaan.

Amerika Syarikat yang sebelumnya telah menempatkan beberapa wartawan haram mereka di Tripoli serta beberapa wilayah di negara berkenaan yang telah sedia bergolak juga akibat dari hasutan oleh pihak Amerika Syarikat sendiri, dan tujuan wartawan mereka diletakkan di Lybia adalah untuk menghantar maklumat salah iaitu harus melapor kejadian yang tidak benar mengenai apa yang sebenar berlaku di Lybia bagi mengaburi mata masyarakat dunia terutamanya para pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Inilah cubaan seterusnya apabila Amerika Syarikat telah menghantar kapal induk pengangkut pesawat USS Enterprise yang kini telah belayar melalui Terusan Suez, tujuannya cuma satu adalah untuk memusnahkan negara yang kaya dengan hasil minyak itu sepertimana mereka telah lakukan ke atas negara Iraq yang telah musnah. Iraq telah hancur, Saddam Hussein juga telah dibunuh oleh George Bush, tetapi sehingga kini satu senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh pengganas Bush telah disembunyikan oleh Saddam Hussein belum lagi ditemu dan tidak dapat dibuktikan.

Walauapapun penduduk dunia tidak lagi harus untuk membiarkan pengganas Amerika Syarikat bermaharajalela menceroboh negara lain sesuka hati mereka. Adalah tidak salah untuk masyarakat dunia yang cintakan keamanan berdiri sekejap dibelakang Presiden Lybia Muammar Ghadaffi bagi memberikan sokongan kepada beliau walaupun mungkin memang ada berlakunya ketidakadilan sepanjang beliau memerintah negara berkenaan termasuklah tidak membenarkan sistem demokrasi bertapak di negara berkenaan.

Arkib Blog