Nampaknya YB Karpal Singh dan juga YB DS Hadi Awang tidak dapat lari dari terus diburu oleh para pengamal media yang pastinya muncul dengan seribu satu macam soalan tentang Amanat Hadi, Tabung Memali dan juga tentang hansard Parlimen 1997.
Sejauh manapun kedua-dua mereka lari bersembunyi pasti ada waktunya nanti mereka tidak dapat untuk mengelak dari memberi jawapan kepada berbagai persoalan yang timbul berikutan isu-isu lama itu yang kini telahpun timbul semula.
Cuma yang nyata kini ekoran kebangkitan semula kedua-dua isu Amanat Hadi, Tabung Memali dan hansard Parlimen 1997 telah memberi kesan yang sangat buruk kepada perjalanan politik kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka kini seakan-akan sudah terperangkap di dalam permainan politik yang dicipta sendiri.
DS Hadi Awang yang pernah mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun yang lalu kini terpaksa pula berdepan dengan bekas-bekas ahli PAS sendiri yang mahu beliau menarik balik kenyataannya sepertimana yang terkandung di dalam amanat tersebut setelah menyedari mereka tertipu dan mahu beliau meminta maaf daripada orang Melayu dan msayarakat Islam di negara ini.
Demikian juga dengan Karpal Singh yang sebelum ini begitu beriya-iya sekali mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan haram Pembangkang menang besar pada PRU13 nanti dan keputusan Karpal yang lebih cenderung memilih Anwar berbanding DS Hadi Awang sebagai Perdana Menteri adalah amat bertentangan sekali dengan pandangan beliau sendiri pada tahun 1997 dulu yang bermati-matian mahu kerajaan memecat Anwar dari jawatannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri atas alasan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana memiliki tahap moral yang sangat rendah setelah terlibat dalam kegiatan salahguna kuasa dan juga seks bebas.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Disember 27, 2012
Karpal lari bersama Hj Hadi ! ..lari dari kebenaran !!
Karpal Singh dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dua nama besar juga dalam dunia politik di Malaysia. Datang dari dua buah parti politik yang berbeza fahaman atau ideologinya sehingga sekarang namun demi kuasa sanggup berpakat untuk berjuang bersama walaupun seringkali bertengkar dalam banyak perkara.
Sebagaimana Presiden PAS Datuk Seri Hadi, Karpal Singh juga ada hutang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang perlu beliau bayar sebelum berlangsungnya PRU-13 nanti. Jika DS Hadi dengan isu Amanat Hadi yang perlu ditarik balik manakala Karpal Singh juga tidak kurang hebatnya apabila ada sejarah silam dalam Parlimen Malaysia dengan ucapan penuh kontroversinya seperti yang terkandung di dalam hansard Parlimen 1997 yang mengkehendaki beliau kini menjelaskannya secara terbuka di hadapan seluruh rakyat Malaysia.
Semakin banyak desakan ke atas kedua-dua pemimpin ini agar melakukan sesuatu terhadap dua perkara yang pernah mereka buat seketika dulu di mana kedua-dua perbuatan keduanya ternyata sekali telah menjejas reputasi pihak lain, menjejas kehidupan begitu ramai orang sehingga ada yang membawa maut kepada para pengikut mereka dan satu perkara yang tidak mungkin mudah dilupa apabila perbuatan Karpal Singh yang menimbulkan isu moral Anwar Ibrahim ketika persidangan Dewan Parlimen berlangsung dalam tahun 1997 dulu sehingga membawa kepada kejatuhan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dari jawatannya.

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com