Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa tidak semua orang suka dan ingin terlibat didalam perbicaraan kes liwat yang sedang dia hadapi sekarang. Begitu jugalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, isteri beliau Datin Seri Rosmah serta juga mereka yang lain seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang sebelum ini cuba diheret sama oleh Anwar ke dalam kes liwat II dia itu.
Mereka-mereka ini sebenarnya amat geli, jijik, mual dan nak termuntah-muntah dengan kes seumpama itu apatah lagi apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim yang maruahnya belum lagi mampu dibersihkan selepas terpalit oleh kegiatan songsang dengan kaum sejenisnya serta keruntuhan akhlak yang begitu teruk sekali. Selain Perdana Menteri dan isteri beliau, pasti ramai lagi mereka diluar sana yang berkongsi rasa sedemikian serta tidak berminat untuk terlibat sama dalam perbicaraan kes berkenaan.
Tindakan oleh Datuk Seri Najib untuk mengenepikan sapina yang dikemukakan oleh pihak Anwar terhadap beliau serta isteri merupakan hak mereka berdua dan Anwar Ibrahim tidak ada hak untuk memaksa orang lain agar turut tunduk dan mengikut apa sahaja kemahuannya sebagaimana dia melakukan paksaan terhadap mangsa-mangsa yang telah menjadi korban kepada nafsu seks songsangnya sebelum ini.
Saya pasti, sekiranya kes jenayah yang sedang Anwar Ibrahim hadapi merupakan kes rompakan harta benda awam, penipuan kad kredit, pemalsuan berbagai dokumen dan bukannya kes yang melibatkan salahlaku seksnya, tentu sekali Perdana Menteri dan isteri tidak akan berfikir banyak untuk memberi kerjasama tetapi apabila ianya telah melibatkan perkara-perkara yang berada didalam kain, benda yang tersimpan dan tersembunyi di dalam seluar dalam maka sesiapapun yang berfikiran waras akan merasa geli dan malu hendak membicarakannya secara terbuka apalagi bagi mereka yang menjadi pemimpin besar negara.
Saya rasa elok sangatlah Perdana Menteri jangan melayan lagi karenah Anwar Ibrahim yang tak sudah-sudah, hanya membuang masa. Anwar sendiri yang buat masalah maka dia sendirilah yang harus bertanggungjawab dan apahal pulak dia nak melibatkan orang lain. Takkanlah kunci nafsu seks Anwar Ibrahim berada didalam tangan orang lain, itu adalah sangat mustahil !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, September 22, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com