Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Ogos 30, 2011

Aidil Fitri tahun ini blog proBN tanpa blogger Pahang, Yang Gambi


Yang Gambi
 Blogger Yang Gambi atau nama sebenar, Abdul Aziz Baharom meninggalkan kita semua awal tahun ini iaitu pada 12 January 2011 jam 11:10 minit malam di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

Allahyarham merupakan seorang bloggers dari negeri Pahang Darul Makmur yang sering saya ikuti hasil tulisannya yang tidak terlalu berat namun mudah untuk difahami. Allahyarham banyak menulis mengenai perkara semasa terutama sekali ketika krisis timbul dalam hunbungan dua negara antara Malaysia dengan Indonesia ekoran isu berbangkit seperti 'tarian pendet, kain batik, Pulau Sebatik, lagu Negaraku dan beberapa isu lain.

Selain blogger Brave Heart atau Beranikan Hati, juga dari Pahang, Yang Gambi adalah antara blogger Pahang yang saya kagumi kerana terserlah dari gaya penulisan keduanya nyata ada kesungguhan dalam membuktikan tentang semangat patriotik terhadap negara serta semangat setia kepada pemimpin dan selain itu keduanya juga terbukti lebih ke depan dalam menangkis sebarang fitnah yang dibuat oleh bloggers proPembangkang jika ianya melibatkan isu dalaman Negeri Pahang.

Aidli Fitri tahun ini, marilah anda semua, rakan-rakan blogger proBN kalian,...doakan, sedekahkan al fatihah untuk roh Allahyarham blogger Yang Gambi...

Arkib Blog