Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 12, 2010

KDN harus ada Vitamin B1, B2 dan C atau tukar saja menterinya!

Melihat kepada betapa lemah dan longlainya cara YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam mengurus serta mengendalikan Kementerian Dalam Negeri(KDN) sejak beliau diberikan tanggungjawab untuk mengemudikan kementerian tersebut telah membuat saya seperti kurang selesa dalam berbagai perkara yang saya lakukan dan saya juga seringkali terfikir apa akan jadi dengan keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian didalam negara ini sekiranya keadaan yang memerlukan untuk KDN bertindak terhadap perkara yang perlu dengan sewajarnya namun tidak diambil tindakan sebagaimana yang diharapkan bagi membendung dan mengawal daripada ianya berterusan merebak yang akhirnya akan menjadi barah yang tiada penawarnya.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana sejak akhir-akhir ini masih terdapat pihak-pihak yang sama yang seringkali menimbulkan bermacam-macam masalah yang akhirnya menjadi punca kepada pertikaian atau perbalahan kaum setelah pertelagahan pendapat mengambil tempat sebagai medan untuk memperjuang dan menuntuk hak kaum masing-masing disebalik kaum yang satu lagi cuba mempertahankan sesuatu yang memang hak mutlak mereka sejak turun temurun lagi.

Apakah kita sanggup dan rela untuk membiarkan saja keadaan seperti itu menjadi penghias dinding perpaduan kaum di negara ini yang didendangkan kononnya sangat akrab, harmoni, bersatu-padu dan erat walaupun pada hakikatnya yang semua itu hanyalah satu pengakuan yang tidak lebih sebagai satu kepura-puraan untuk dijadikan sebagai daya tarikan kepada rakyat negara luar untuk terus berkunjung dan melancong ke negara kita tanpa mereka sedar yang perpaduan kaum di Malaysia ini bolehlah dikatakan sebagai separuh adalah plastik dan bukannya seratus peratus tulen.

Berbalik kepada kemampuan DS Hisham sebagai menteri, sebenarnya saya tidaklah bermaksud untuk mengatakan beliau tidak layak langsung untuk dilantik sebagai seorang menteri dimana-mana kementerian tetapi biarlah beliau diletak pada kementerian yang sesuai dengan kebolehan serta kemampuan beliau seperti di Kementerian Belia dan Sukan atau juga di Kementerian Pelajaran dimana saya sentiasa ingat betapa beliau sangat menyerlah dan cergas ketika berkhidmat di kedua-dua kementerian berkenaan satu masa dahulu.

Atau letakkan kembali peranan KDN dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang mana Perdana Menteri juga yang akan menjadi menterinya sepertimana apa yang dibuat di era pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dulu dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

(...rujuk kpd blog PapaGOMO, diberitahu bahawa pada tarikh 14hb Oktober ini pihak SUARAM akan menganjurkan satu Forum yang menyentuh secara langsung berkenaan dengan PDRM secara menyeluruh dan boleh dianggap sebagai satu usaha untuk terus menghina PDRM) 

LKS usulkan isu NAMEWEE ke Parlimen untuk dibahas, namun ditolak MCA !

Usaha murni yang telah dilakukan oleh Penasihat Parti DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang membawa isu NAMEWEE supaya dapat dibahaskan di Dewan Rakyat telah ditolak kerana mendapat bangkangan yang sangat kuat daripada Presiden MCA iaitu DS Dr Chua Soi Lek dengan alasan jika hasrat Lim Kit Siang itu tidak dihalang maka besar kemungkinan muslihat halus yang sedang DS Chua jalankan sekarang akan terbantut dan gagal.

Lim Kit Siang yang juga bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng benar-benar mahu agar NAMEWEE supaya dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera kerana karya-karya perkauman yang Namewee hasilkan selama ini memang sama sekali tidak boleh diterima akal oleh masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini dan khuatir ianya akan mengganggu hasrat Perdana Menteri DS Mohd Najib dalam menjayakan konsep 1Malaysia dikalangan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Ketika ditanya pendapat beliau tentang gaya kepimpinan anak beliau iaitu YAB Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pulau Pinang, Lim Kit Sian berkata beliau amat-amat tidak berpuashati dengan cara LGE mentadbir Kerajaan Negeri yang menurut beliau ternyata sekarang Lim Guan Eng gagal menjalankan kewajipannya selaku ketua kerajaan negeri dan menurut Lim Kit Siang lagi yang lebih memalukan beliau ialah bagaimana anaknya itu tergamak menggunakan wang hasil judi untuk dihulurkan sebagai sumbangan kepada penduduk miskin di negeri itu.

Ditanya lanjut pandangan beliau mengenai cara kepimpinan Kerajaan PAS di Negeri Kelantan yang sudah berusia lebih 20 tahun, YB Lim Kit Siang menyelar cara pentadbiran Menteri Besarnya YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang terang-terang terlalu mengikut telunjuk Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim didalam semua tindakannya dan seolah-olah Datuk Nik Aziz telah dicucuk hidung oleh DS Anwar kata YB Lim Kit Siang.

Ketika diaju dengan soalan tentang kempimpinan PKR sebagai peneraju Kerajaan Negeri Selangor, YB Lim Kit Siang agak keberatan untuk mengulas namun atas faktor betapa pentingnya beliau selaku Penasihat kepada Parti yang betul-betul rasis seperti DAP maka beliau dengan rendah diri merasa berat hati untuk membuka mulut bagi meluahkan rasa kesalnya dengan cara PKR mengurus perjalanan kerajaan negeri terutama sekali berhubung dengan isu pasir. Menurut YB Lim Kit Siang, rakyat sekarang tidak mudah untuk ditipu dan beliau mengingatkan kepada semua pemimpin Pakatan Pembangkang, jangan sesekali menabur janji kepada rakyat sekiranya belum tentu mampu untuk menunaikannya.

Semasa ditanya akan pandangan beliau berkenaan dengan keadaan satu lagi negeri yang diterajui oleh PAS iaitu negeri Kedah Darul Aman, YB Lim Kit Siang menjelaskan yang beliau tidak berminat langsung untuk memberi sebarang komen mengenainya terutama sekali Menteri Besarnya YAB DS Azizan Razak yang tak tau pa pa... di tanya kenapa, jawapan YB Lim Kit Siang sangat nudah, DAP bukan kuasa majoriti di Kedah tidak seperti di Perak dulu dan di Selangor sekarang ini walaupun katanya kelihatan bukan DAP yang berkuasa namun kata putus semua terletak ditangan DAP hehe...

Apabila ditanya kembali mengenai hasrat beliau yang beriya-iya ingin mengemukakan usul mengenai isu NAMEWEE di Dewan Rakyat dan bukannya ADUN Bukit Bendera YB Datuk Ahmad Ismail, Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin dan bekas Pegawai Khas DS Najib iaitu Datuk Nasir Safar serta yang membabitkan dua orang pengetua dari dua buah sekolah iaitu satu di Johor dan satu lagi di Perak yang dituduh telah mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, YB Lim Kit Siang memberi alasan bahawa beliau sangat mengambilkira pihak mana yang suka sangat memainkan sesuatu isu-isu yang bersabit dengan sensitiviti antara kaum di negara ini maka pihak itulah harus diambil tindakkan dengan segera dan bukannya pihak yang cuma mempertahankan hak-hak mereka daripada terus dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu katanya lagi.

Ditanya lagi siapakah pihak yang dimaksudkan oleh beliau sebagai yang suka sangat menimbulkan isu-isu sensitif antara kaum serta siapakah pihak yang dikatakan sebagai mempertahankan hak-hak mereka, maka YB Lim Kit Siang menjelaskan secara berkias secara berteka-teki pulak bahawa pihak pertama yang dimaksudkan beliau itu tidak lain dan tidak bukan ialah mereka yang tidak sedar diri dan lupa sejarah bangsa dan pihak yang kedua yang dimaksud beliau penduduk asal negara ini yang senantiasa mempertahankan sejarah asal usul mereka.

Diakhir pertemuan, YB Lim Kit Siang menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang(bukan tulang belakang) kaum, bangsa, agama, fahaman politik haruslah sentiasa berusaha hidup bersatu padu, aman, harmoni, jangan berprasangka buruk diantara satu dengan yang lain dan yang paling utama beliau menegaskan supaya jangan amalkan sikap seperti asyik membuat tuntutan yang melampau dan bukan-bukan terhadap kerajaan tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menyokong kerajaan Barisan Nasional seperti yang diamalkan oleh parti MCA melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek.

Tambah YB Lim Kit Siang lagi, hidup didalam negara yang masyarakatnya majmuk atau berbagai-bagai adalah sangat mustahil untuk satu-satu kaum mendapat semua apa yang mereka mahu dan begitu juga menurut YB Lim Kit Siang adalah sangat mustahil bagi sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Barisan Nasional mampu untuk memuaskan hati semua kaum yang ada di negara ini. YB Lim Kit Siang juga mengajak rakyat agar belajar untuk tahu bersyukur hidup didalam negara seperti Malaysia ini dan merayu kepada semua agar menyokong gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

~~~MIMPIKAH AKU?~~~

Arkib Blog