Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 30, 2010

Jawatan MB Selangor TS Khalid kini bertaraf Aji-No-Moto...


YAB Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Besar daripada kalangan pemimpin tertinggi negeri Pakatan Pembangkang yang tidak punya apa-apa kuasa pemutus dalam parti peringkat negeri apabila kuasa yang sepatutnya kekal untuk beliau sejajar dengan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, iaitu jawatan Pengerusi PKR negeri kini telahPUN ditarik dan diberikan pula kepada Naib Presiden PKR YB Azmin Ali yang merupakan bukan anggota dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kalau dalam Barisan Nasinonal terutamanya UMNO perkara ini juga telah berlaku iaitu di negeri Terenggnu Darul Iman apabila jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu telah diberi dan dipegang oleh Naib Presiden UMNO iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan bukannya oleh Menteri Besarnya iaitu YAB Datuk Seri Ahmad Said sebagaimana kelazimannya.

Berbalik kepada krisis kepimpinan PKR di Selangor itu sudah tentu kita dapat melihat bahawa apabila Menteri Besarnya sudah tidak punya apa-apa kuasa dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal parti sepertimana sebelum ini maka amat jelaslah yang kepimpinan beliau kini bukan saja lagi telah ditolak oleh hampir kebanyakkan rakyat di Selangor malah oleh para pemimpin tertinggi PKR sendiri.

Walau apapun alasan yang telah dikemukakan oleh Penasihat PKR YB DS Anwar berkaitan dengan perubahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti dalam kepimpinan PKR negeri Selangor itu, orang diluar parti tetap berpendapat itu semua telah menjelaskan kepada umum bahawa khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor telah sampai ke penghujungnya.

Peranan Tan Sri Khalid dalam PKR negeri serta sebagai ketua pentadbir negeri kini tak ubah seperti keperluan Aji-No-Moto iaitu sejenis serbuk perasa didalam hampir kesemua masakan.

Keperluan Aji-No-Moto didalam masakan memang wajib namun kuantiti yang diperlukan cuma sedikit berbanding dengan jumlah yang diperlukan untuk bawang merah, bawang putih, garam, halia, kantan, cili, asam dan sebagainya lalu ini bersesuaian dengan peranannya yang hanya dijadikan sebagai pelengkap didalam setiap hidangan.

Inilah lumrahnya dalam hidangan harian kita, ada Aji-No-Moto pun jika tanpa garam, tanpa bawang, tanpa serai, tanpa kunyit, tanpa halia dan lain-lain lagi segala rempah ratus sudah tentu tidak menjadi juga...namun tanpa serbuk perasa itupun jika hanya ada garam sedkit gula beserta lain-lain rempahnya kita masih boleh makan juga.

Arkib Blog