Jika dibiarkan perbuatan oleh sesetengah pihak terutamanya NGO-NGO tertentu di negeri Sarawak yang jelas semakin berani menghasut rakyat negeri ini agar membenci Malaysia, tidak mustahil ianya akan lebih menyukarkan keadaan sekiranya tiada sebarang tindakbalas dilakukan oleh pihak yang berwajib.
Sebagai rakyat Sarawak yang sangat menghargai keputusan para pemimpin terdahulu yang memilih untuk bersama Semenanjung Malaysia dan Sabah bagi membentuk Persekutuan Malaysia, saya merayu supaya pihak kerajaan tidak memandang sepi perbuatan oleh segelintir pihak yang secara terang-terangan mahu mencabar perlembagaan Malaysia bagi memenuhi agenda tersirat mereka.