Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Oktober 29, 2011

Renungkan perbezaan antara BN dengan Pakatan Haram Pembangkang !

BARISAN NASIONAL (BN)
Pengerusi BN                              : YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timb. Pengerusi BN                    : YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin
Ketua Pergerakan Pemuda BN  : YB Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Wanita BN   : YB Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil
PAKATAN 'haram' PEMBANGKANG (PR)
Pengerusi PR                             : ?!...haram tiada...-nil-
Timb. Pengerusi PR                   : ?!...haram tiada...-nil-
Ketua Pergerakan Pemuda PR : ?!...haram tiada...-nil-
Ketua Pergerakan Wanita PR   : ?!...haram tiada...-nil-

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
Penasihat UMNO         : -nil- (tak perlu)
Presiden UMNO           : Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Timb. Presiden UMNO : Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin
Ketua Pemuda UMNO : Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita UMNO   : Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
Penasihat Umum PKR        : Anwar Ibrahim
Presiden PKR                     : Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Timb. Presiden PKR           : Azmin Ali
Ketua Pemuda PKR/AMK : Shamsul Iskandar Akin
Ketua Wanita PKR             : Zuraida Kamaruddin

PERSEKUTUAN CINA MALAYSIA (MCA)
Penasihat MCA          : -nil- (tak perlu)
Presiden MCA           : Datuk Seri Chua Soi Lek
Timb. Presiden MCA : Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai
Ketua Pemuda MCA : Datuk Wee Ka Siong
Ketua Wanita MCA   : Datin Paduka Chew Mei Fun

PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK (DAP)
Penasihat Seumur hidup DAP : Lim Kit Siang
Pengerusi DAP                       : Karpal Singh
Timb. Pengerusi DAP             : Tan Seng Giaw
Ketua Pemuda DAP               : Anthony Loke
Ketua Wanita DAP                 : Chong Eng

PERKUMPULAN INDIA MALAYSIA (MIC)
Penasihat MIC          : -nil- (tak perlu)
Presiden MIC           : Datuk G. Palanivel
Timb. Presiden MIC : Datuk Seri S. Subramaniam
Ketua Pemuda MIC  : T. Mohan
Ketua Wanita MIC    : Datin Paduka Komala Krishnamoorthy

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Penasihat/Mursyidul Am PAS : Datuk Nik Aziz Nik Mat
Presiden PAS                         : Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang
Timb. Presiden PAS               : Mohamad Sabu / Mat Syabu
Ketua Dewan Pemuda PAS    : Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimah PAS : Nuridah Salleh

PARTI GERAKAN (GERAKAN)
Penasihat GERAKAN          : Tun Dr Lim Kheng Yaik
Presiden GERAKAN           : Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Timb. Presiden GERAKAN : Datuk Chang Ko Youn
Ketua Pemuda GERAKAN : Lim Si Pin
Ketua Wanita GERAKAN   : Datuk Tan Lian Hoe

PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB)
Penasihat PBB          : -nil- (tak perlu)
Presiden PBB           : Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud
Timb. Presiden PBB : Tan Sri Datuk Patinggi Amar Alfred Jabu
Ketua Pemuda PBB  : Datuk Hj Fadillah Yusof
Ketua Wanita PBB   : Puan Sri Empiang Jabu

PARTI BERSATU SABAH (PBS)
Penasihat PBS          : -nil- (tak perlu)
Presiden PBS           : Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan
Timb. Preisden PBS : Datuk Dr Maximus Ongkili
Ketua Pemuda PBS  : Datuk Jahid Jahim

Cuba kita fikir, kenapa dalam Pakatan Haram yang menggabungkan tiga buah parti iaitu DAP, PKR dan PAS tiada sebarang jawatan diwujudkan sebagaimana Barisan Nasional yang danggotai oleh 13 buah parti(selepas SAPP keluar BN) ada jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan beberapa jawatan lainnya?

Saya berpendapat sebab utamanya ialah kerana mereka memang saling mencurigai antara satu sama lain dan DAP, PKR serta PAS memang tidak pernah kenal erti untuk mempercayai sesama mereka. DAP sering berprasangka buruk terhadap PAS dan begitu juga sebaliknya PAS yang sentiasa ragu-ragu dalam kerjasamanya dengan PKR dan DAP.

Maka itulah sebabnya mengapa sehingga kini Pakatan yang mereka bina sejak beberapa tahun lalu belum lagi didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang. Ketiga-tiga parti itu DAP, PAS dan PKR sebenarnya masih bergerak sebagai satu pertubuhan haram dan kerajaan yang mereka dirikan di tiga negeri iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kedah juga adalah merupakan kerajaan yang haram di sisi undang-undang Malaysia.

Mengenai kenapa dalam Barisan Nasional setiap partinya seperti UMNO, MCA, MIC, PBB, PBS kecuali GERAKAN tidak terdapat jawatan Penasihat kepada parti sebagaimana yang ada dalam PKR, PAS serta DAP dan saya punya pendapat sebab ketiga-tiga Presiden dalam Pakatan Haram tidak berkuasa sebenarnya walaupun mereka dipilih oleh para perwakilan jika dibandingkan dengan jawatan Penasihat yang tidak ada dalam perlembagaan parti mereka namun kelihatan mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada Presiden sedangkan mereka hanya dilantik ke jawatan Penasihat oleh Majlis Tertinggi Parti dan bukannya dipilih oleh para perwakilan yang ramai.

Mahpush Omar nak bertinju dengan Ilya Grad pulak...

 Marah betul nampaknya Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabri Cheek kerana dikatakannya telah membawa masuk seorang peninju muay-thai warga Israel ke Malaysia melalui jalan belakang negara.

Mula sekali memang Mahfuz Omar kata macam menuduh Datuk Seri Ahmad Sabri yang bertanggungjawab membawa masuk Ilya Grad untuk satu acara sukan tinju di Malaysia tanpa melalui prosedur di jabatan imigresen tetapi lepas itu Mahfuz mula bermain kata apabila dia berkata "kalaulah" benar benar-benar berlaku perkara seperti itu maka Kementerian Dalam Negeri harus cepat bertindak dan menyiasat.
Cuba anda baca sekejap di sini apa kata Mahfuz Omar tentang kehadiran rakyat Israel ke Malaysia. Kononnya Mahfuz amat sensitiflah orangnya pasal perkara-perkara macam tu yang boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara.

Tetapi kenapa pula tak ada bantahan dari Mahfuz apabila Anwar Ibrahim yang kerap kali berjumpa dengan pasangan sejenisnya Al Gore di London dan Amerika Syarikat yang nyata dan jelas mereka adalah ejen-ejen Yahudi Zionis la'natullah dan sudah tentulah Anwar telah mengundang campurtangan Zionis berkenaan dengan hal ehwal dalaman Malaysia.

Tetapi ada satu pekara yang sangat perlu untuk Mahuz Omar selalu ingat iaitu tidak semua rakyat atau warga Israel yang menyokong keganasan serta kekejaman tentera kerajaan Zionis Yahudi terhadap penduduk di Palestine malah mereka terang-terang menyatakan bantahan tentang layanan buruk dan keji Yahudi Zionis kepada masyarakat Palestine.

Macam di Malaysia jugalah ceritanya, tidak semua orang Islam di Malaysia suka kepada PAS yang telah menjadi rakan boneka kepada DAP dan PKR. Malahan semakin ramai ahli-ahli PAS yang keluar dan rehat dari menjadi penyokong kepada parti itu sebab banyak kali sudah mereka tertipu dan terpedaya dengan permainan politik murahan PAS yang sanggup menggadaikan maruah Islam semata-mata mahu kekal berkuasa.

Arkib Blog