Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 14, 2012

Rakyat Sarawak tidak boleh lagi terima ini sebagai satu gurauan !!!

 Sudah berminggu-minggu malahan telah berbulan-bulan lamanya kegiatan memburuk-buruk, menghina, mengaib serta mencaci orang Sarawak dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, pengecut dan bacul di dalam laman facebook aktif bebas sebebasnya tanpa sebarang tindakan sewajarnya diambil oleh pihak yang berwajib untuk menghalang perbuatan yang boleh meruntuhkan kesatuan negeri-negeri yang bernaung di dalam Persekutuan Malaysia.
 Beberapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional di Sarawak hanya bercakap, bercakap, bercaaaaaaaaakaaaap saja pasal isu ini tanpa mahu berbuat sesuatu. Setiap kali diajukan soalan berkaitan oleh warawan tentang isu ini mereka hanya menjawab "oh, kita serahkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan siasatan, bla, bla, bla, bla, bla.."

Pemimpin BN Sarawak ini macam tidak maklum pula bahawa siasatan hanya boleh dilakukan sekiranya ada laporan yang di buat tetapi bagaimana mereka semacam tidak tahu tentang prosedur siasatan. Kena buat laporan polis dulu macam pemimpin di Sabah buat laporan polis terhadap blog Suara Keadilan semalam yang menghina tarian sumazau suku kaum Kadazan, lalu polis akan buka kertas siasatan dan bukannya hanya bercakap, "oh kita kesal, kita marah sangat dengan orang yang hina, kutuk rakyat Sarawak dalam laman facebook."
 Pemimpin BN Pusat juga lebih kurang sama, kalau pemimpin BN di Sarawak cuma pasrah dan menyerah kepada SKMM mengenai penghinaan terhadap penduduk Sarawak ini, pemimpin BN Pusat pula hanya berpeluk tubuh, membisu seribu bahasa...tiada sebarang ulasan...no komen! Nak tunggu sampai jadi macamana lagi baru mereka ini mahu bertindak. Kita tidak mahu akan berlaku keadaan yang tidak terkawal sekiranya perbuatan mengutuk, mencaci atau mencerca kami rakyat Sarawak dalam media sosial dibiarkan berlanjutan tanpa tindakan tegas menghentikan perbuatan tidak bertamadun seumpama itu.
Rakyat Sarawak bukan saja telah dihina sebegitu buruk sekali sebagai satu masyarakat yang terkeji dalam Malaysia tetapi ditambahkan lagi dengan tanggapan sesetengah orang luar bahawa kami penduduk Bumi Kenyalang hanya tahu mengukur kemajuan negeri Sarawak dengan kewujudan restoran McDonald di beberapa buah bandar di negeri ini.

Kami sangat tersinggung, sangat terhiris hati apabila kami telah dinilai dengan sebegitu hina sekali oleh orang luar. Kami di sini lebih bersyukur dengan apa yang kami ada. Kami juga tidak berhak untuk menentu pergerakan mana-mana warga Bumi Kenyalang yang bekerja di luar Sarawak tetapi kami juga sebagaimana warga negeri-negeri lain yang ada di Malaysia, kami tidak rela dan sama sekali tidak akan membiarkan barang siapa yang mahu menjadikan Sarawak serta penduduknya sebagai bahan gurauan dan ejekan walau dalam apapun jua media!

William & Kate: Sarawak disisihkan dari lawatan 4 hari ke Malaysia !

 Esok bermulalah lawatan selama dua hari pewaris takhta Britain Putera William serta pasangannya Kate Middleton ke negeri Sabah. Keduanya akan melawat beberapa tempat menarik di negeri tersebut. Sarawak tidak tersenarai dalam lawatan empat hari pasangan Di-Raja itu ke Malaysia, entah kenapa...tetapi kalau diikut sejarahnya Sarawak juga adalah sebahagian daripada negeri yang pernah ditadbir oleh kerajaan British satu ketika dulu tetapi mengapa Sarawak dipinggirkan dalam lawatan bersejarah itu hanya kerajaan persekutuan yang ada jawapannya.
Kelihatan KM Sabah Datuk Seri Musa Aman dipersembahkan dgn satu tarian suku kaum Lun Dayeh yang menyerupai tarian Orang Ulu dan orang Iban di Sarawak... Tarian ini telah menenggelam budaya budaya Sabah yang lain sebelum ini. Mengapa?
 Apabila berbicara tentang lawatan pembesar negara apatah lagi pembesar negara asing ke sesebuah negeri dalam Malaysia, kebiasaannya mereka akan diraikan dengan sambutan yang penuh warna-warni budaya masyarakat tempatan. Maksudnya bukan budaya ciplak dari negeri lain. Tetapi esok dapat saya bayangkan bagaimana Putera Wiliam dan Kate Middleton akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah dan disambut berbagai budaya etnik negeri Sabah tetapi apa yang lebih menarik apabila tiba dipintu masuk Putera William dan Kate akan disajikan dengan satu tarian yang dahulunya hanya ada di Sarawak tetapi entah bagaimana tarian itu kini sudahpun berakar di Sabah. Salah siapa?
Ini merupakan budaya asli suku kaum Orang Ulu di Sarawak dan ianya sering digunakan ketika perayaan-perayaan atau majlis-majlis tertentu yang melibatkan pembesar negara. Dan sekiranya tiada usaha untuk memelihara budaya Sarawak agar tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh negeri lain, maka janganlah meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain atas kelalaian kerajaan negeri Sarawak sendiri yang kurang memberi perhatian dalam memelihara kebudayaan negeri dari terlepas ke tangan pihak lain.
Saya taknaklah hendak berbicara dengan terlalu panjang lebar tentang perkara ini, sudah letih mengingatkan kerajaan negeri agar beri perhatian lebih sedikit mengenai masalah berbangkit ini namun apa yang dapat dilihat kini...tak ubah seperti mencurah ke atas daun keladi...langsung tak meninggalkan kesan!!!

Rakyat Sarawak sebenar sangat terkilan dengan layanan berat sebelah kerajaan Pusat berkaitan dengan lawatan 4 hari Putera William dan Kate Middleton ke negara ini, dua hari keduanya di Semenanjung Malaysia dan dua hari juga keduanya di Sabah, jadi Sarawak ini apa adanya? Kenapa Sarawak disisihkan? Kami tahu bahawa jadual serta atur cara lawatan pasangan Di Raja itu telahpun diatur oleh pihak tertentu di Semenanjung Malaysia dan oleh kerana itu, maka begitulah yang terjadi !

Video Bicara Kampus TV1 yang meranapkan nilai2 Integrasi Nasional !

(maaf, video gagal dimuatnaik)


Niat mula pihak RTM khususnya TV1 menyiarkan secara langsung rancangan Bicara Kampus yang bersiaran pada malam 10 September 2012 hari Isnin jam 10, malam Selasa adalah bertujuan untuk tiga ahli panel yang diundang ke studio membicarakan beberapa perkara yang berkaitan soal perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia dan kerana itulah maka topik "Integrasi Nasional" telah dipilih untuk dikupas bersama oleh ketiga-tiganya iaitu Encik Jamawie Jaafar, ahli Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Yusri Hidrus, mahasiswa UKM dan Fitrianoviani Hj. Khalid mahasiswa Unimas.

Tetapi amat malang sekali, apabila impak daripada kegagalan dua daripada tiga ahli panel berkenaan iaitu saudara Mohd. Yusri Hidrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pihak Semenanjung Malaysia serta saudari Fitrianoviani Hj Khalid dari Universiti Sarawak Malaysia (Unimas) bagi pihak Sarawak untuk berhujah dengan sempurna kini telah menambahkan lagi perasaan terguris rakyat Sarawak berikutan kenyataan-kenyataan yang disebut oleh kedua-dua ahli panel berkenaan tentang Sarawak serta penduduknya terutama oleh Mohd. Yusri Hidrus yang nyata tidak berselindung meluahkan tanggapan serongnya mengenai rakyat Bumi Kenyalang.

Apa yang sangat dikesali terhadap wakil dari Sarawak ini, Fitrianoviani Hj. Khalid ialah apabila beliau gagal mempersiapkan diri sebelum masuk studio dengan fakta-fakta yang betul mengenai Sarawak. Beliau seorang mahasiswa tetapi beliau gagal berhujah dengan baik malahan beliau kelihatan lebih cenderung untuk menyetujui apa yang dikatakan oleh Mohd. Yusri Hidrus dalam beberapa perkara sedangkan yang sewajarnya iaitu pada prinsipnya beliau patut mempertahankan hak-hak Sarawak dalam persekutuan Malaysia dan bukannya terus mengiyakan hujah yang disampaikan oleh Mohd. Yusri itu secara membuta-tuli.

Cuma apa yang kita harap dari insiden ini ialah semua pihak terutamanya pihak RTM perlu sangat mengambilnya sebagai satu iktibar. Beringat sebelum kena. Buat penapisan terlebih dahulu sebelum mengundang tetamu ke studio dan ingat bahawa siaran yang bakal mereka siarkan nanti bukannya hanya ditonton oleh keluarga RTM atau Datuk Seri Utama Rais Yatim saja malah akan ditonton oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dan sudah tentu mereka yang menontonnya kelak ada kesimpulan mereka masing-masing tentang sesuatu program tv yang mereka tonton.

Rumusan yang boleh saya buat berkenaan dengan program Bicara Kampus "Integrasi Nasional" TV1 awal minggu ini ialah bahawa dianya telahpun GAGAL! Gagal kerana bukan saja telah mengundang konroversi yang tak masuk dek akal malahan kelihatannya telah mulai meranapkan nilai-nilai integrasi kebangsaan itu sendiri yang sepatutnya dipertingkatkan namun perkara sebaliknya pula yang telah berlaku.

Liwat II: Anwar sudah bersih? Sumpah belum lagi., ujian DNA juga belum !?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah menarik balik saman yang telah difailkan beliau terhadap pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan atas dakwaan bahawasanya Mohd. Saiful telah memfitnah dirinya berkaitan kes liwat II.

Alasan penarikan balik saman oleh Anwar Ibrahim terhadap Mohd. Saiful itu adalah kononnya kini beliau telah bersih... bersih? Macam mana nak bersih ye, lawan sumpah laknat daripada Mohd. Saiful belum pernah lagi, menjalani ujian DNA juga belum...apatah melakukan ujian polygraph sebagaimana yang dicadang oleh ramai orang orang termasuklah YB Khalid Samad.

Tetapi seingat kitalah, keputusan yang dibaca oleh hakim mahkamah tinggi pada 9 January 2012 awal tahun ini hanyalah satu keputusan terpaksa yang dibuat setelah kesilapan teknikal berlaku dan tidak pernah pula menyebut tiada terjadinya kegiatan seks luar tabiee.

Arkib Blog