Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 17, 2009

10 Senarai Kejayaan & Kegagalan Besar Pakatan Pembangkang.

Ini adalah senarai-senarai kejayaan besar DAP, PAS & PKR sejak bergabung di dalam Pakatan Pembangkang ;

1. Berjaya menawan 4 negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sementara masih mengekalkan penguasaan mereka disatu lagi negeri iaitu Kelantan Darul Naim pada PRU yang ke-12 pada 8 Mac 2008.

2. Berjaya mendesak dan menekan Kerajaan supaya membayar Ex-gratia kepada bekas-bekas Hakim yang dipecat dengan wang rakyat sejumlah RM10.5 juta tetapi sejak dipecat bekas-bekas Hakim itu tetap juga diberi wang pencen bulanan.

3. Berjaya mengelirukan orang ramai atau rakyat melalui projek "Lompat Parti" dengan matlamat untuk menubuhkan kerajaan baru menggunakan cara mengajak, memujuk serta merayu Ahli-ahli Parlimen BN sekurang-kurangnya 30 orang supaya lompat kedalam Pakatan Pembangkang dan tarikh yang disasarkan adalah 16hb. September 2008.

4. Berjaya mengekori pergerakkan anggota-anggota Parlimen BN hingga ke Taiwan tetapi malangnya mereka kempunan apabila hanya mampu melihat tumit kasut Ahli-ahli Parlimen BN yang baru saja hendak menaiki pesawat yang akan berlepas dari Taipei ke satu tempat yang belum pasti.

5. Berjaya memecah-belahkan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini dengan mempengaruhi kaum-kaum tertentu supaya menuntut semula perkara yang sudah dipersetujui bersama sejak Malaysia ditubuhkan sepertimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

6. Berjaya memburuk dan mencalarkan nama baik serta imej Malaysia di mata dunia dengan dengan cara yang sungguh tersusun dan terancang seperti melarikan diri ke pejabat Kedutaan Turki, kononnya ingin mendapatkan perlindungan oleh kerana terdapat ancaman bunuh terhadap seseorang.

7. Berjaya mengajar pengikut mereka bagaimana cara melanggar peraturan serta undang-undang negara dengan cara tidak memperduli, tidak mengendah atau tidak menghiraukan malah melawan serta menentang setiap arahan dan amaran yang telah dikeluarkan oleh pihak polis atau pihak berkuasa.

8. Berjaya menanamkan nilai-nilai yang bertentangan dengan amalan hidup seharian masyarakat timur di dalam jiwa generasi muda di negara ini dengan cara menggalakkan pengikut mereka mengadakan perhimpunan haram, demontrasi jalanan, tunjuk perasaan, memfitnah, berbohong, menipu, berbaring di tengah-tengah jalanraya dan sebagainya.

9. Berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar telah berjaya mengubah suasana didalam Dewan Parlimen mahupun keadaan didalam Dewan Undangan Negeri yang dulunya sangat dianggap paling mulia tetapi kini bagaikan sebuah tandas awam. Ertinya, sesiapa saja boleh masuk kedalam tandas awam hanya dengan satu syarat saja, bayar RM0.20 sen untuk buang air kecil dan RM0.50 sen untuk buang air besar. Dalam tandas awam sesiapa saja bebas nak kencing ke, nak berak ke, nak kentut ke, nak bersiul ke, nak menjerit ke, nak cuci muka ke, nak berkumur ke boleh saja...tiada halangan kerna tiada peraturan khusus yang ditetapkan.

10. Berjaya menyemaikan perasaan tidak menghormati Raja-raja atau Sultan dikalangan segelintir rakyat Malaysia, yang mana Institusi Di Raja adalah sebagai lambang pemerintahan Raja Berpelembagaan di negara ini dan telahpun dimaktubkan di dalam perlembagaan Malaysia dan harus diterima baik oleh semua pihak.

Diatas adalah sebahagian kecil sahaja daripada senarai-senarai kejayaan yang sangat besar Pakatan Pembangkang selepas PRU yang ke 12.

Dibawah ini pula adalah sebahagian kecil daripada senarai-senarai kegagalan Pakatan Pembangkang setakat ini ;

1. Pakatan Pembangkang gagal membuktikan kepada rakyat kemampuan mereka untuk memerintah negara apabila salah satu daripada 5 negeri yang telah mereka tawan pada PRU yang ke 12 dulu jatuh semula kedalam tangan BN.

2. Pakatan Pembangkang gagal menyelamatkan sejumlah wang rakyat yang bernilai RM10.5 juta daripada dibazir tanpa tujuan dengan memberikannya kepada bekas-bekas hakim yang telah dipecat diatas kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sendiri dan bukannya berpunca daripada kesilapan rakyat.

3. Pakatan Pembangkang gagal mengamalkan prinsip demokrasi didalam perjuangan mereka apabila jelas ada usaha terdesak daripada mereka untuk berkuasa dengan membelakangi sifat-sifat demokrasi itu sendiri seperti menafikan pilihan rakyat iaitu mengajak Ahli-ahli Parlimen yang sudah dipilih menang oleh rakyat menerusi Parti BN untuk menyertai Pakatan Pembangkang, menolak keputusan yang telah rakyat tentukan semasa PRU ke 12 yang lalu.

4. Pakatan Pembangkang tetap gagal dalam usahanya untuk menjejakkan kaki ke Putra Jaya apabila misi "5 orang PKR" terbang ke Taiwan dengan hasrat untuk bertemu dengan anggota-anggota BN kononnya bagi membincangkan soal penubuhan kerajan baru melalui cara lompat parti tidak kesampaian malah mereka pula yang tersangkut disana setelah Taiwan di landa ribut taufan.

5. Pakatan Pembangkang gagal menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Mereka telah gagal mempamerkan sikap serta tindakkan yang sesuai dengan gelaran yang telah mereka dapat sebagai Yang Berhormat apabila sering menunjukkan kepada masyarakat di negara ini dengan perangai, tingkah laku, tembelang dan belang mereka yang langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai Yang Berhormat yang mewakili semua kaum didalam kawasan masing-masing.

6. Pakatan Pembangkang gagal untuk menjaga nama baik negara ini di kaca mata dunia dengan tindakkan mereka seringkali mencari kesilapan-kesilapan kerajaan sehingga sanggup membuat berbagai cerita yang karut, merestui perbuatan kumpulan Hindraff yang memburuk-burukkan kepimpinan Malaysia di luar negara. Mereka sedar atau sengaja tidak menyedari bahawa setiap apa yang telah mereka lakukan dengan cara begitu akan tetap orang luar perhatikan sebagai ukuran untuk masa lalu, masa kini, masa depan dan seterusnya.

7. Pakatan Pembangkang gagal menjadikan diri mereka sebagai ikutan kepada rakyat sebagai bakal pentadbir negara(jika ditakdirkan) yang tahu menghormati peraturan dan undang-undang yang telah lama diamalkan di negara ini. Gagal menjadikan diri mereka sebagai pemimpin contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat.

8. Pakatan Pembangkang gagal mengawal para pengikut mereka dari membuat tindakkan yang selalu menyusahkan sesuatu keadaan seperti berdemontrasi dijalanan sehingga menyukarkan aliran trafik, berbaring diatas jalanraya bagi menghalang kenderaan-kenderaan yang membawa rombongan Di Raja serta para pemimpin negara dan sebagainya lagi.

9. Hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang gagal memahami peraturan-peraturan mesyuarat ketika berada atau berbahas di dalam Dewan Parilmen ataupun di dalam Dewan Undangan Negeri. Mereka tidak tahu atau sengaja tidak tahu apa yang patut, apa yang tidak patut, apa yang boleh, apa yang tidak boleh dilakukan ketika berada di dalam dewan. Ini jelas terbukti apabila mereka telah diambil tidakkan tatatertib oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat atau oleh Speaker DUN disebabkan oleh tindakkan mereka sendiri. Mereka akan tegas mempersoalkan kenapa mereka diambil tindakan dan apa kesalahan mereka serta apa yang telah mereka lakukan. Sebenarnya itu lah Pakatan Pembangkang. Gagal menjaga kemuliaan dewan. Gagal membezakan antara Dewan Parlimen & Dewan DUN dengan pasar atau tandas awam.

10. Pakatan Pembangkang gagal mendidik masyarakat terutamanya para pengikut mereka supaya tahu serta harus tahu bagaimana cara menghormati Raja yang memerintah. Mereka sendiri juga gagal dalam soal itu malah lebi teruk lagi mereka gagal untuk memahami apa sebenarnya yang mereka perjuangkan. Kemajuan serta keharmonian negara kah, kebajikkan rakyat kah ataupun kepentingan peribadi mereka sendiri ?

Hafiz - Juara AF7, Tahniah !

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada adik Mohd. Hafiz bin Mohd. Suip kerana telah berjaya menjuarai Akademi Fantasia untuk musim ke tujuh dengan begitu cemerlang sekali. Hafiz sudah berjaya mewujudkan satu keyakinan baru untuk anak-anak muda di Sarawak agar berpegang kepada prinsip yakin kepada diri, tahu apa yang dibuat dan yang penting gigih berusaha jika ingin mencapai kejayaan. Semua itu telah dibukti dan diterjemahkan oleh Hafiz dalam bentuk pertandingan seni suara pada malam terakhir 16 Mei 2009 di AF7 astro semalam.

Adik Hafiz telah berjaya merealisasikan impian keseluruhan peminat-peminat seni di Sarawak untuk melihat adanya wakil dari negeri ini yang akan menjadi juara pada mana-mana pertandingan yang dianjurkan dan seterusnya mengharumkan nama Sarawak di dalam industri seni di Malaysia.

Sarawak kini hampir ketandusan penggiat seni khususnya dalam bidang lakonan dan seni suara di Malaysia selepas era kegemilangan anak-anak seni yang berasal dari Sarawak berakhir seperti nama-nama Siput Sarawak, Murni Sarawak, Dollah Sarawak, Dayang Sulu, Sophia Ibrahim dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka-mereka ini bergiat aktif di dalam kedua-kedua cabang seni ini sejak awal tahun 1950an, 60an dan sekita 70an lagi.

Dengan kemunculan Hafiz sebagai seorang yang bakal bergelar anak seni ini di negara ini, maka diharap kesenimbungan dari generasi yang terdahulu itu akan berterusan. Bermakna Hafiz akan menjadi penerus dan penyambung kepada perjuangan artis-artis kelahiran Sarawak dari generasi kedua, ketiga dan keempat yang kini masih lagi bergiat aktif didalam bidang seni Malaysia seperti Dayang Nurfaezah, Deeja Moss, Nai Dinamik dan yang lain-lainya.

Sekali lagi di ucapkan Syabas & Tahniah kepada Hafiz serta keluarga.
Posted by Picasa

Arkib Blog