Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 07, 2011

PRU-13: anak sulung Taib ke Parlimen Mukah, Dr Leo ke Astana Kuching..

 Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam ramalan saya akan bersara dari politik Bumi Kenyalang sebelum Pilihanraya Umum ke-13. Beliau yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan DUN N.51 Balingian di Mukah. Selain DUN N50 Dalat, DUN N51 Balingian ini juga berada didalam kawasan Parlimen Mukah.

Ketika berucap kepada para tetamu dalam majlis ramah tamah aidil fitri bersama rakyat di Mukah, Pehin Sri Taib dengan jelas memberi bayangan awal kepada penduduk Parlimen Mukah bahawa anak sulung beliau iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib akan menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Dalam ucapannya di hadapan tetamu pada majlis berkenaan, Ketua Menteri telah mengingatkan DS Mahmud supaya bekerja keras disamping memastikan tempat asal nenek moyangnya iaitu Bahagian Mukah terus membangun seiring dengan kawasan-kawasan yang lain di negeri Sarawak. Pehin Sri tanpa berselindung mahu agar anak sulungnya itu kembali berbakti dan menabur jasa ke kepada rakyat dalam kawasan asal usul keluarga mereka.
Jika ini menjadi satu kenyataan, maka orang yang pertama sekali melonjak kegembiraan adalah saya sendiri dan selepas itu seluruh penduduk Daerah Dalat serta Mukah. Setelah sekian lama mengharapkan pemimpin baru untuk mewakili rakyat dalam Parlimen Mukah, sudah tentulah dengan pengenalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir bagi menggantikan Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad di Parlimen Mukah mampu memberi perubahan sekurang-kurangnya berubah dari seorang pemimpin yang tidak bermaya kepada seorang pemimpin yang baru dan lebih muda.

Andaikata ianya menjadi kenyataan, apabila kelak DS Mahmud dipilih untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Mukah bermakna penyandang yang sedia ada iaitu YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo akan berpindah ke Astana Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Tempoh TYT sekarang kurang dua tahun lagi akan berakhir.

Pehin Sri Haji Abdul Taib tidak berminat dengan jawatan berkenaan sebab sebagai seorang pemimpin yang sejati, saya melihat beliau lebih selesa untuk berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat dan dengan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah memberi banyak kelebihan serta membolehkan beliau untuk berkhidmat secara bersungguh-sungguh kepada Sarawak serta rakyatnya dan ini merupakan satu kepuasan tak terhingga bagi dirinya berbeza sekiranya beliau berkhidmat sebagai TYT.

Memandangkan kepada usianya yang sudah menjangkau ke 75 tahun jelas tidak memungkinkan untuk Pehin Sri Taib akan menerima jawatan sebagai TYT Sarawak ke-7. Ketika menjawat jawatan sebagai TYT Sarawak yang ke-3 pada tahun 1977, usia Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin adalah 57 tahun manakala usia YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad ketika ini ialah 58 tahun...

Pilihan ke jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya berlaku kekosongan, Pehin Sri Taib lebih cenderung kepada YB Datuk Sri Awang Tengah Awang Ali Hassan. Pehin Sri Taib lebih senang diwakili oleh Datuk Sri Awang Tengah dalam mana-mana majlis rasmi penting yang mana beliau tidak dapat untuk menghadirinya. Ini juga adalah merupakan satu latihan asas yang diberikan oleh Pehin Sri Taib kepada bakal pengganti beliau...

Wahai ! Mat Syabun !! ..bantulah wanita malang ini...

,,,jangan Mat Syabun jangan...


Ini bukan wanita Somalia, tetapi rakyat wanita Malaysia. Kalau wanita Somalia mereka kebanyakkan ataupun boleh dikata berpakaian menutup aurat.
 Saya harap selepas ini akan ada misi kemanusiaan dianjurkan untuk membantu segelintir artis-artis wanita di negara ini yang hidup mereka sungguh dalam keadaan yang sangat daif atau serba kekurangan sehinggakan untuk membeli secebis kain bagi menutup tubuh badanpun mereka dah tak mampu.

Jika dibandingkan dengan wanita Somalia yang negara mereka sedang berdepan dengan krisis kebuluran, adalah sangat mustahil bagi wanita di negara ini khususnya mereka yang tergolong didalam masyarakat seni untuk tidak berupaya berpakaian serba lengkap sebagaimana yang diamalkan oleh wanita Somalia yang begitu beretika.

Haraplah selepas ini, kalau Mat Syabun prihatin dengan nasib yang menimpa sesetengah artis wanita Malaysia seperti mereka, maka bolehlah kiranya beliau menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka ini kerana golongan seperti inilah yang sebenarnya yang wajib bagi Mat Syabun untuk menghulurkan bantuan dan bukannya keluarga pewaris Bukit Kepong yang dia telah hina sebelum ini.

Mat Syabun bolehlah membawa seberapa ramai peguam dengan berapa buah bas untuk membantu beliau menjayakan misi kesedaran mengenai etika berpakain kepada golongan artis-artis wanita seperti dalam gambar di atas yang gemar sangat mendedahkan tubuh badan mereka yang terbelah disana sini. Harap janganlah pula Mat Syabun ambil kesempatan hehehe...

PAS perbetulkan semula seluar dalam Mat Syabun...

Mat Syabun pakai seluar dalam cara terbalik, yang sebelah patutnya ke depan di alih ke belakang dan yang patutnya ke belakang di alihnya ke depan...itulah pasal telor dia terdedah dan mudah hilang...KJ nak sambutpun tak sempat lagi.

Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali cuba menyelamatkan keadaan setelah menyedari kemarahan rakyat terhadap Mat Syabun semakin memuncak berikutan sokongan terbuka Mat Syabun kepada keganasan serta kezaliman komunis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Datuk Mustafa Ali cuba membaiki kerosakan yang diakibatkan oleh Mat Syabun. Jika sebelum ini Mat Syabun kata Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Dato' Onn Jaafar serta anggota Polis yang terkorban kerana terlibat dalam mempertahankan Balai Polis Kepong dari di serang oleh pengganas komunis dan rakan-rakan Mat Indera bukannya pejuang negara sebab dakwa Mat Syabun sebab mereka itu adalah pegawai British.

Kata-kata Mat Syabun itu bukan saja setakat mengundang kemarahan keluarga pewaris Bukit Kepong malahan hampir keseluruhan rakyat negara ini berang dengan kenyataan tidak berasas Mat Syabun itu. PAS dalam dilema dan PAS terperangkap gara-gara lidah Mat Syabun. Ini memaksa Datuk Mustafa Ali tampil untuk menjernihkan keadaan. Datuk Mustafa Ali terpaksa telan balik kepahitan air liur yang diluah oleh Mat Syabun.

Dalam ertikata lainnya, Datuk Mustafa Ali kembali semula kepada sejarah sebenar dengan mengakui bahawa UMNO adalah pejuang kemerdekaan negara yang sebenar dan anggota polis serta mereka-mereka yang terkorban didalam mempertahankan Balai Polis Kepong sebagai wira sebenar dan bukannya komunis ataupun Mat Indera... Mat Syabun jadi malu sendirilah!!!

Arkib Blog