Kegagalan beberapa orang wakil rakyat khasnya daripada Barisan Nasional yang mewakili pihak kerajaan untuk berjumpa dengan rakyat bagi menerangkan berbagai isu yang timbul dikawasan DUN yang diwakili menyebabkan semakin ramai rakyat atau pengundi baru dan muda mula mengalih perhatian mereka kepada pihak pembangkang di negeri ini.
Saya tidak bermaksud untuk menuduh kesemuanya bersikap sedemikian tetapi memang ramai yang masih tidak mahu berusaha untuk menjelaskan tentang banyak persoalan yang berbangkit mengenai adanya beberapa projek "yang gagal" maka wajiblah bagi seseorang wakil rakyat itu untuk turun padang semula berjumpa dengan rakyat yang mereka wakili untuk terangkan kenapa, mengapa dan apa sebab projek itu tidak dapat dilaksana atau tidak dapat diterus
Saya ingin mengambil satu kawasan DUN iaitu N50 Dalat sebagai satu contoh. Wakil rakyat untuk DUN ini memang rajin dan selalu balik ke kawasan untuk menemui rakyat walaupun sibuk dengan tugas beliau sebagai seorang menteri kabinet negeri yang sememangnya memerlukan perhatian yang lebih luas namun dalam pada itu beliau tidak pernah lupa mencari ruang agar ada masa untuk kembali melawat rakyat di kawasan sendiri.
Kawasan DUN Dalat sejak diwakili beliau selama dua penggal telah menyaksikan begitu banyak perubahan serta kemajuan dicapai dan ini memang tidak dapat dinafikan namun bukan kesemua rakyat dalam kawasan DUN Dalat buat masa ini sudah menikmati pembangunan yang samarata sam seperti di sesetengah tempat yang lain, ini disebabkan oleh berbagai perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan seperti kesukaran pihak kerajaan BN untuk melaksanakannya sesuatu projek itu walaupun peruntukkan sudah diberi oleh kerajaan.
Selain kesukaran untuk mendapatkan kontraktor yang boleh dipercayai bagi menjalankan sesuatu projek itu, kerajaan BN juga sebenarnya berdepan dengan banyak rintangan lain seperti untuk menyambung kemudahan jalanraya bagi kampung-kampung yang tertentu jadi sudah pasti tidak semudah itu melakukannya kerana sebelum menjalankan kerja-kerja awal maka sudah pastilah pihak kerajaan akan mengkaji, meneliti dan memastikan siapa pemilik tanah yang akan digunakan oleh untuk membina jalaraya, sekolah dan tempat untuk diguna menyambung bekalan tenaga elektrik.
Jadi apabila terdapat pemilik tanah di kawasn terbabit yang gagal untuk dikesan mungkin kerana bukan penduduk disitu maka untuk mendapatkan persetujuan daripadanya itupun sekiranya pemilik tanah bersetuju dengan sedikit pampasan bagi menyerahkan kembali sebahagian tanah bagi tujuan pembangunan. Maka inilah antaranya persoalan utama yang saya rasa perlu diterangkan oleh pemimpin BN kepada rakyat.
Terangkan kepada rakyat sebab kenapa projek yang sepatutnya sudah lama siap tetapi sehingga kini masih tiada tanda-tanda yang BN akan memulakan projek dan ini semua sudah tentu ada masalah dan saya kira masalah inilah yang patut dijelaskan kepada rakyat oleh pihak kerajaan agar rakyat tidak terkeliru dengan perkara seperti itu iaitu kenapa kerajaan tidak berdepan dengan masalah untuk membuat berbagai projek ditempat yang tertentu dan kenapa ditempat lain tidak bermasalah.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, April 07, 2011
Edwin kata: kalau rakyat tak nak SNAP jgn undi PKR tapi undilah BN !
Semasa berceramah di rumah pajang Iban di Ulu Tinjar beberapa hari yang lalu, Presiden SNAP Edwin Dundang telah memberi peringatan penting kepada penduduk disitu.
Antara katanya "enti kitak semua ditu enggai nyukung parti kami SNAP anang ilak sekali-kali kitak semua meri undi ngagai calon PKR, sidanya penipu besai, mulut besai, mulut mayuh macam jaku...tapi enti kitak semua enggai ngundi parti kami SNAP tu undi meh Barisan Nasional, parti ya ke sigi mai pemansang ba menoa kitai bak menoa Sarawak tu."
hehehe..lawak, lawak, lawak... "mana jam Omega aku Pah?, mana jam Omega aku Pah??
Antara katanya "enti kitak semua ditu enggai nyukung parti kami SNAP anang ilak sekali-kali kitak semua meri undi ngagai calon PKR, sidanya penipu besai, mulut besai, mulut mayuh macam jaku...tapi enti kitak semua enggai ngundi parti kami SNAP tu undi meh Barisan Nasional, parti ya ke sigi mai pemansang ba menoa kitai bak menoa Sarawak tu."
hehehe..lawak, lawak, lawak... "mana jam Omega aku Pah?, mana jam Omega aku Pah??
Label:
DUN Sarawak
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com